"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Oktober 14, 2010

Tiada Paksaan Kepada Rahimi Osman Buat Kenyataan Bersumpah


PETALING JAYA 14 OKT : Tiga individu yang terbabit menjaga keselamatan Rahimi Osman, bekas pembantu Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau dipaksa atau diugut ketika diminta untuk membuat akuan bersumpah kedua.
Ketiga-tiga mereka, Zulkifli Ibrahim dan Amizuddin Ahmat kedua-duanya Exco AMK Pusat serta Amizuddin Ahmat mengesahkan bahawa tiada paksaan dibuat keatas Rahimi Osman dalam satu sidang media di ibupejabat PKR hari ini.
 Mereka mengadakan sidang media berkenaan selepas di panggil ke Balai Polis Bukit Aman semalam dan hari ini berhubung kes kenyataan bersumpah Rahimi Osman yang mendakwa dibuat secara paksaan. 
Menurut Amizuddin Ahmat, beliau memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan tersebut dan menggunakan hak di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab beberapa persoalan yang diajukan.
 Tegas Amizuddin beliau bersama Zulkifkli yang 'menjaga' Rahimi memberi kebebasan kepadanya untuk bergerak dan tiada unsur paksaan sepanjang tempoh mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi.
 "Pada setiap masa kami bersama Rahimi dan beliau bebas untuk ke mana sahaja termasuk membuat dan menerima panggilan telefon dan beliau juga bebas untuk berjumpa sesiapa serta keluar ke mana-mana sahaja", jelas beliau lagi di sidang media berkenaan. 
Menurut Amizuddin, sepanjang bersama menemani Rahimi , beliau tidak pernah melihat Rahimi samada dipaksa,diugut,ataupun sebarang kekerasan digunakan ke atasnya oleh sesiapa juga termasuklah mereka sendiri. 
 Sebelum ini, mereka telah menerima panggilan daripada seorang pegawai polis yang hanya dikenali sebagai Superintendan Meor, bagi tujuan melengkapkan siasatan tersebut berikutan laporan polis yang dibuat oleh Rahimi di balai polis Klang, 6 Oktober lalu. 
Dalam siasatan awal polis terhadap laporan polis Rahimi, selain nama peguam Anwar Lathefa Koya dan Saiful Izham Ramli, nama Amizuddin Ahmat (Din Binjai) dan Zulikifli Ibrahim juga disebut kerana mereka berdua yang menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam ketika itu.


TV Selangor

40 Peneroka FELDA Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Maslan

Ahmad Maslan didakwa hina peneroka

Lebih 40 peneroka Felda dari Negeri Sembilan telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kerana didakwa menghina peneroka Felda baru-baru ini.

Diketuai oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman; peneroka terbabit membuat laporan di balai polis Seremban 2 dengan mendakwa Ahmad menghina mereka dalam laporan akhbar Harian Metro bertarikh 8 Oktober 2010.

Menurut Mazlan, terdapat 14,882 peneroka dari seluruh negara yang masih belum mendapat semula wang tanam semula mereka berjumlah RM17,000 setiap seorang.

"Bagaimanapun Ahmad dalam laporan akhbar tersebut berkata Felda tidak memberi wang tanam semula kepada peneroka bagi mengelak ianya disalahguna.

"Beliau berkata jika wang itu diberikan kepada peneroka, mereka akan membelanja duit itu untuk membeli motor, baiki rumah dan beli kereta.

"Beliau juga menghina peneroka dengan berkata kebun peneroka akan bertukar menjadi hutan dan dipenuhi dengan babi hutan, ular sawa dan tikus," kata Mazlan.

Sehubungan itu, beliau menuntut Ahmad menarik balik kenyataannya "yang mengguris perasaan dan bersangka buruk terhadap peneroka".

"Beliau mesti meminta maaf atas ungkapan yang berunsur penghinaan terhadap peneroka.

"Sebagai satu pengajaran, hari ini saya bersama wakil peneroka di Negeri Sembilan membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap beliau," tambahnya.

Mazlan turut menjelaskan bahawa wang tanam semula adalah hak peneroka, di mana wang tersebut dicarum melalui potongan bulanan, hasil daripada pendapatan peneroka selama 20 tahun sebelum ini.

Oleh itu, tegasnya, adalah tidak munasabah untuk mempersoalkan penggunaan wang tanam semula oleh peneroka.

Turut hadir menemani peneroka membuat laporan polis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamed Omar.





 GB

Ahad, Oktober 10, 2010

POLIS vs peguam....?



sumber

Mengapa Kita Lambat Bertemu Jodoh?



Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia “Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik “Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul “Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


SP

Memalukan: Tindakan Polis "Patahkan Microfon" Dan Gempur Majlis Jamuan Hari Raya PKR Johor Buktikan UMNO Negeri Kian Nazak Sebenarnya !!


Sungguh memalukan apabila kami mendapat berita yang Majlis Jamuan Hari Raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang diadakan di Kg.Ayer Manis Kulai telah diganggu oleh pihak polis dua hari lalu (8 Okt). Ia sesuatu yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Apakah UMNO Johor sudah terlalu takut dan sanggup mengarahkan pihak polis untuk menggempur sebuah majlis jamuan hari raya parti politik?. Biarpun pihak polis yang melakukan kekasaran itu, namun hakikatnya rakyat lebih tahu yang mereka melaksanakan tugas mengikut arahan puak-puak UMNO Johor itu sendiri sebenarnya. Mahu dinafikan pun tidak berguna, kerana Johor adalam "Lubuk UMNO" yang kononnya terlalu sukar untuk ditembusi oleh parti pembangkang di negara ini. Tambahan pula UMNO itu sendiri lahirnya di negeri Onn Jaafar itu. Makanya, ketakutan yang amat sangat menyebabkan UMNO Johor terpaksa menggempur majlis anjuran PKR itu. Difahamkan pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Zul dari Balai Polis Kulaijaya telah mematahkan mikrofon ketika Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (foto), sedang berucap dihadapan lebih 400 orang hadirin. Tindakan tersebut menyebabkan Chua Jui Meng terpaksa berucap tanpa menggunakan microfon. Walau pun sudah mematahkan microfon, pihak polis masih terus berada disitu termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Difahamkan antara pemimpin PKR pusat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin


Inilah gaya polis upahan UMNO JOhor yang bertindak kurang ajar itu

Orang ramai panik lihat polis tergamak gempur majlis jamuan hari raya

[Nampaknya UMNO Johor semakin gentar untuk berlawan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat di negeri itu sekarang ini. Tindakan mengarahkan pihak polis menggempur Majlis Jamuan Hari Raya adalah satu tindakan biadap bagi manusia yang tidak bertamadun. Apakah ini yang dikatakan demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini agaknya. Ternyata, mereka sudah terlalu takut untuk melihat satu persatu kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun, syabas dan tahniah kepada PKR Johor yang telah berjaya mencipta sejarah yang amat menarik untuk diperkatakan oleh rakyat Malaysia ini. Semoga dengan ini, rakyat Johor yang selama ini karat UMNO akan membuka mata dan hati mereka untuk membuat perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika inilah sikap mereka, ternyata mereka tidak layak untuk berkuasa lagi sebenarnya].


PD

Sabtu, Oktober 09, 2010

“ MALAYSIAN FIRST LADY” ANTARA DILEMA DAN KRONIKALITI DIDALAM UMNO

Khabarnya “ Our Malaysian first lady” akan menerima anugerah dari kerajaan negeri Melaka dengan anugerah gelaran Dato seri Utama , kerajaan negeri yang sama yang menganugerahkan gelaran Dato kepada Shah rukh Khan pelakon terkenal bollywood yang menjadi pujaan hati “Our Malaysian First Tea Lady “ Itu . Nampaknya gelaran itu akan menempat kan Datin Seri Rosmah Mansor sebaris dengan tokoh-tokoh yang banyak berjasa didalam umno seperti menteri KEKWA Dato Seri Utama Rais Yatim sedangkan dia bukanlah tokoh besar didalam umno Cuma isteri kepada perdana menteri yang mempunyai reputasi yang sentiasa dipertikaikan didalam sejarah kepimpinan negara. Kalau hendak dikira Tun Dr Hasmah lebih layak untuk ditonjolkan kerana beliau merupakan seorang perempuan yang menjadi tulang belakang kepada seorang pemimpin yang hebat “ Mahathir The Great Leader Of Malaysia”,mungkin itu analogi mudah untuk diketeng ahkan dan fikirkan bagaimana satu pertimbangan politik yang langsung tidak masuk akal itu masih lagi boleh bertaut dikalangan politicking-politicking umno. Melihatkan bagaimana kompentensi tidak lagi menjadi garis pemikiran kepada daya kepimpinan dalam umno , sudah tententu persoalan kredi biiti bukanlah lagi menjadi agenda utama dalam menentukan politikal survivor umno itu sendiri, apatah lagi untuk mengembeling sumber-sumber Inteluktual yang ada didalamnya untuk menjadi frontliner kepada umno itu sendiri dalam menghadapi era kemorosotan sokongan dan struktur nya yang semakin rapuh yang semakin terumbang –ambing dalam melayari bahtera politiknya .


Sudah tentu mereka yang punyai daya inteluktualiti dan berpemikiran kritis(critical minded) didalam umno yang katanya betul-betul cintakan umno amat resah dan gelisah untuk berhadapan dengan komplikasi hari –hari tua umno yang dilihat yang dilihat sangat –sangat kronikal itu. Rosmah Mansur bukanlah sehebat ratu Isabella yang mampu menggengam dan menghancurkan sebuah ketamadunan (andalusia ) yang sekian lama menjadi opposisi Kepada kewujudan bangsanya . Malah Rosmah sekadar duduknya sama rendah dengan Imelda Marcos,mungkin juga dia lebih hebat dari Imelda dengan koleksi kasutnya yang lebih banyak .

Tun Mahathir dizaman awal pembabitanya mencipta reputasinya tersendiri dengan menampilkan hasil penulisannya yang bertajuk “The Malay Dilemma” dilihat oleh kebanyakkan tokoh –tokoh umno pada ketika itu dapat memberikan sentuhan tersendiri dalam memacu hala tuju umno dalam mengharungi arena politik tanah air .Sudah tentu orang yang Idealistik sepertinya mampu membawa perubahan yang besar kepada umno . Hari ini umno terperangkap didalam dilemma yang dicipta oleh mereka sendiri dan dihurung dengan krisis kepimpinanan . Kemunculan Rosmah yang mahu membina reputasi nya sendiri ,mengangkat penampilan imej politik yang keterlaluan dengan ungkapan “First Ladynya itu telah membuatkan dikalangan Orang umno sendiri semakin loya dan meluat sedangkan dikala ini sepatutnya Umno mengangkat imej kepimpinan-kepimpinan yang mempunyai kredibiliti untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka sebaliknya mereka terpaksa memenuhi impian dan fantasi first Lady mereka yang mengimpikan dirinya diangkat seperti American First Lady , berdiri sama tinggi dengan Mrs Obama kononnya .

Umno semakin terjerumus didalam keadaan yang semakin kronik , mungkin kerana sikap individualistik dan agenda peribadi yang semakin bercambah telah mengatasi kepentingan

‘par ti , setiap pilihanraya kecil telah menjadi dilemma cukup besar kepada mereka apatahlagi untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang nyata menuntut keyakinan tinggi dan percaturan yang jitu.Keadaan mereka yang sebegini sudah tentu meberikan ruang kepada pakatan untuk membuahkan hasil yang lebih baik dalam usaha mengambil alih tampok pemerintahahan negara.



Botaman



Dewan Pemuda Pas Parit



Jumaat, Oktober 08, 2010

Bantah konsert Adam Lambert penyanyi gay















KUALA LUMPUR, 8 Okt: PAS yakin rakyat sedia 

membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam 
 
Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.





Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian kerana rakyat umumnya masih mempertahankan dunia hiburan yang baik, iaitu berpaksi pada adat ketimuran dan agama.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, kalau budaya cium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu yang mahu dibawa ke negara ini diyakini rakyat menolaknya.

Menurut beliau, sepatutnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) tidak semberono bersetuju membawa artis gay tersebut ke tanah air.

Ini kerana, katanya artis tersebut sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Ekoran itu, beliau berkata, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Adam di udara kerana menolak budaya liar penyanyi gay itu.

"Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini," soalnya.

Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjempu selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas Konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanah air supaya membantu PAS untuk mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar.

Rabu, Oktober 06, 2010

DUN GALAS:UMNO BAKAL MENANG!

Umno/BN nampaknya begitu obses akan menang di Galas.Impak perubahan rakyat yang kononnya dirasakan oleh  Umno/BN ini,sebagai bukti yang mereka akan menang mudah,paling teruk pun menang selesa.Benarkah begitu?
Jika dilihat secara kasarnya,diakui gagasan 1 Malaysia ini (idea APCO Worldwide) berjaya menambat hati rakyat,dan ternyata kebajikan yang sentiasa diperjuangkan Pakatan Rakyat begitu berhasil sekali dan ditiru oleh BN(mungkin ditiru juga oleh APCO).

Namun jika dengan lebih mendalam lagi,ternyata,UMNO/BN masih gagal menyediakan standard keselamatan yang baik(sekurang-kurangnya) untuk rakyat yang nampaknya begitu terganggu dengan kematian Sosilawati bulan lalu.Ianya sangat-sangat terganggu wahai sahabat! 

Gerak saraf politik UMNO di Dun Galas nampaknya sudah digerakkan dengan model yang sama(idea APCO Worldwide).Mereka yang mendapat suntikan 'turbo charge' dari Ku Li,nampaknya semakin 'berahi' menawan Galas.Tapi harus juga diingat Nitrogen Oxide System (NOS) mereka ini mampu memberikan impak negatif sehingga boleh menghancurkan keseluruhan sistem yang ada.

Lebih malang lagi,cerita Dun Galas bukan sebuah  cerita sebuah kereta,tapi ianya adalah cerita 'maruah' Islam dan bangsa melayu yang melibatkan begitu banyak masalah tertangguh,dan paling menakutkan pemimpin hari ini sudah berani menjadi 'balaci' yahudi laknaktullah!

 Bagi pemimpin begini,menjadi balaci yahudi lebih baik dari kehilangan kuasa pemerintahan negara.Biar pembangkang melabelkan apa sahaja kepada kerajaan(setiap label ada asasnya juga),biar kita pro yahudi,biar kita pro APCO,biar kita pro Amerika,biar kita pro Mac Donald(MacD),asalkan berkuasa di negara ini,dan yang penting segala penyelewengan pemimpin tidak 'kantoi'.

Tunggulah nanti saatnya Dun Galas menghukum,siapa sebenarnya dipercayai oleh rakyat setempat,adakah BN/UMNO yang begitu sinonim dengan gaya pro kezaliman,ataupun PR/Pas yang sangat mengamalkan kehidupan beramanah,berkebajikan dan yang penting jangan kita termakan 'umpan' pejuang bangsa yang semakin hilang jati diri(sudah tentu).

MAT MISKIN

Selasa, Oktober 05, 2010

Selepas Arthur’s Day, Mizz Nina Layan Konsert Arak Hennessy



Entah mana di’letaknya sensitiviti masyakarakat Islam, apabila Mizz Nina buat hal sekali lagi dengan melakukan persembahan untuk sebuah syarikat arak, Hennessy sempena konsert H-Artistry Halo 2010. Kami tahu, lagu-lagu Mizz Nina memang berkonsepkan urban, tetapi ramai juga artis urban tempatan yang lain masih juga menjaga sensitiviti orang Islam!
Mungkin cara ini lebih tampak gah & terkenal apabila di’dampingi oleh artis-artis antarabangsa, confirm meletup nama Mizz Nina sampai soal neraka pun sudah tak ambil kisah. Well, baru’lah up-to-date layan arak-arak ni…
Tempoh hari, persembahan Mizz Nina sempena Arthur’s Day telah mendapat bantahan pelbagai pihak, namun tidak berapa di’endahkan sangat. Pemuda PAS yang selama ini kuat melaungkan slogan-slogan anti-arak pun nampak’nya tidak begitu agresif membantah penglibatan penghibur beragama Islam.
Apa pula kata Mizz Nina, tak kan mendiam’kan diri?


SUMBER

Galas:Tengku Razaleigh setuju





PUTRAJAYA (link)- Sepanjang pengetahuan pengurusan BN, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk menjadi Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berkata, surat pelantikan itu telah pun ditandatangani Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan akan diserahkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu sekembalinya beliau ke tanah air dijangka Jumaat ini.


Isnin, Oktober 04, 2010

TARBIAH PEMUDA PAS , ADAKAH MAMPU?

Selama 3 hari berturut-turut ribuan pemuda PAS berkampung di Rusila.Untuk apa?Adakah sekadar berjalan-jalan?atau bercuti sambil belajar?atau mencari kerja?ataupun mencari jodoh?

Ternyata persoalan diatas bukanlah matlamat tunjang haraki ini  berkumpul,tetapi menyahut seruan 'mempersiapkan' jentera 'perang' pada tahap paling berdaya tahan.Mengapa?adakah kerana pemuda-pemuda ini tidak berdaya tahan?manja?terlalu bergantung pada sesuatu?inilah kesannya akibat terlalu lama terlena dengan sesuatu keindahan yang bersifat sementara.

Sebenarnya pemuda-pemuda ini ketandusan tarbiah,bukan kerana tidak ada yang mahu mentarbiah mereka,tetapi mereka ini mengalami sindrom suka bersedap-sedap.Sindrom ini bukan hanya berada dalam individu pemimpin sahaja,malah sudah berjangkit ke 'anak buah'  sekali.

Jadi,tidak hairanlah,kepimpinan pusat sangat cepat sensitif dengan penyakit ini.Penyakit tidak mahu ditarbiah(suka bersedap).Ternyata kehadiran ribuan pemuda di perkampungan Rusila tidak sia-sia.Mereka di 'sajikan' dengan pelbagai 'acara' pemahaman pentarbiahan daripada para mujahid-mujahid era 60-an hingga ke zaman ini.Memang tidak sia-sia.

Kehadiran Mursyidul Am,Presiden,timbalannya,saf kepimpinan pemuda pusat,tidak ketinggalan juga muslimat-muslimat yang dianggarkan seramai 500  orang,bagi tidak melepaskan peluang seklai dalam setahun ini.Rasanya,jika diadakan dengan lebih kerap,umpamanya 3 kali setahun,mungkin boleh dipertimbangkan.Mungkin?

Cuma sedikit mengecewakan ialah,sambutan untuk mengadakan qiam pada waktu malam.nampaknya  menemui sedikit kegagalan.Diakui,qiam malam adalah perkara yang sukar dilakukan,hatta kepimpinan di peringkat kawasan pun masih tergagap-gagap!Maka tidak hairanlah tarbiah pemuda kali ini menzahirkan sedikit kelemahannya.

Tapi,bukan pula bermaksud pemuda tidak mampu untuk ditarbiah,cukup sekadar melakukan sedikit 'lonjakan' pemikiran dan mempersiapkan diri untuk menerima  pentarbiahan dari kepimpinan pada tahap paling selamat.Diharapkan juga kita sebagai pemuda jangan terlena kerana pujian yang tinggi dari pemimpin di akhir forum kelmarin,takut nanti kita diumpamakan 'cakap tak serupa bikin'.Bertakbir lebih kuat dari berjuang!Tanya diri kita dimana 'hilangnya ruh mujahid' dalam diri!!!


Hidupkan tarbiah Islam demi menegakkan Kalimah ALLAH!!!

MAT MISKIN

Jumaat, Oktober 01, 2010

Transformasi Ekonomi akan gagal di bawah Kerajaan pimpinan UMNO-BN


Intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Hubungan Luar (CFR) yang berlangsung di New York semalam mengenai Program Transformasi Ekonomi  (ETP) di Malaysia adalah merupakan satu lagi ucapan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara kita.  Perdana Menteri bersyarah mengenai satu paradigma baru yang perlu dilakukan oleh Malaysia sebagai keperluan untuk menyesuaian Malaysia dengan persekitaran global untuk bersaing dengan pasaran China, India dan Vietnam.
Parti Islam Islam SeMalaysia (PAS) melihat bahawa hasrat untuk membawa pasaran ekonomi negara ke persada dunia adalah suatu cita-cita yang murni, tetapi keadaan semasa urustadbir dan ketelusan pihak Kerajaan  Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di ketika ini sebenarnya adalah merupakan satu halangan besar terhadap impian membawa negara ke ekonomi yang lebih kompetetif dan berdaya saing.

Ini adalah kerana persekitaran kerakusan rasuah dan ketirisan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masih berleluasa serta ketelusan urustadbir kerajaan yang masih berada di takuk lama malah semakin buruk adalah merupakan halangan terbesar yang gagal dihadapi oleh kerajaan pimpinan UMNO-BN sejak puluhan tahun di negara kita ini.

Oleh yang demikian, PAS tidak terperanjat dengan pengumuman terbaru Laporan Daya Saing Dunia tahun 2010/2011, Forum Ekonomi Dunia yang mana Malaysia terus jatuh ke tempat 26 daripada 139 buah negara. Untuk rekod dalam laporan sama 2009/2010 Malaysia di tempat 24 dari 133 negara dan dalam tahun 2008/2009 Malaysia di tempat  21 dari 134 negara.

Keputusan ini juga sudah dijangka oleh PAS, malah oleh para penganalisa pasaran berdasarkan rekod buruk Malaysia dari segi ketelusan dan urus tadbir korporat. Malah campur tangan kuasa politik dalam urus tadbir yang menyebabkan rekod ketelusan dalam urus tadbir semakin teruk dan menyebabkan pelabur semakin tidak yakin dengan daya saing Malaysia. PAS juga memandang serius mendedahan terbaru yang telah dibuat oleh salah seorang tokoh korporat yang hampir dengan pimpinan UMNO bahawa terdapat orang-orang peringkat tinggi kerajaan yang telah merancang dan memaksa beliau keluar dan menjual semua pegangan dalam sebuah syarikat korporat secara paksa. Selain dari itu, beliau juga menegaskan bahawa sejumlah saham syarikat berkenaan adalah bukan milik beliau atau pihak yang berkaitan dengan beliau.

Ini merupakan pendedahan terbaru yang membuktikan betapa tidak telusnya pasaran dan pengurusan pasaran Malaysia disebabkan oleh campur tangan politik dan kerajaan. Jesteru PAS mendesak kerajaan dengan segera membuat pengakuan dan pendedahan terbuka terhadap apa yang telah didedahkan oleh Tan Sri Halim Saad tersebut kerana hanya itu yang boleh memperbaiki keyakinan pelabur dan memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global. Jika gagal, PAS amat yakin daya saing Malaysia akan semakin teruk dan seterus akan memburukkan lagi pasaran dan ekonomi negara.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Khamis, 21 Syawal 1431/ 30 September 2010

GILA BOLA!