"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Disember 05, 2009

BAHAYA GOLONGAN YANG BERKEPENTINGAN DALAM PAS!!!


Mereka adalah sama seperti pendokong Pas yang lain.Mereka hidup dan berpakaian sama seperti kebanyakkan ahli Pas.Mereka juga mengambil berat akan parti(sebenarnya ada niat lain).Mereka juga sensitif apabila pimpinan tertinggi di hina mahupun di caci.Malah mereka lebih terkehadapan apabila datangnya acara2 'keras' seperti demonstrasi,perhimpunan dan rapat umum.Mereka sangat sukar dikesan,kecuali orang-orang yang Allah berikan ilmu ladunni.Kecuali bagi orang-orang yang ikhlas kerana Allah.Mereka gagal menipu golongan yang ikhlas,zuhud,tawaduk serta patuh pada 'ketua' mereka walaupun kepatuhan itu sangat perit,demi Allah dan rasul mereka taat dalam erti kata yang sebenar.

Maksud rencana ini ditulis bukanlah mahu mewujudkan pertelingkahan dalam Pas,tetapi lebih kepada amanah berjuang agar kita tidak tersesat dari matlamat Islam itu sendiri.Perjuangan Pas bukan mudah sejak dari awal penubuhannya lagi.Pas walaupun dilihat pada ketika itu oleh majoriti rakyat sebagai 'mengarut',sesat,jumud dan tidak moden,tidak langsung melenturkan semangat para pejuangnya.Diketika ini sangat jelas penentangan kepada UMNO/BN.Hidup dan mati biar dlam Pas.Di Parit ni rekod dilempang,ditikam,pergaduhan dan dipulaukan masyarakat memang wujud demi melihat Islam itu didaulatkan.Di Blanja umpamanya,ada yang ditampar dikedai kopi andainya berani menghina Pas secara berdepan.Sangat dahsyat ruh mujahid diketika itu.Di Bota juga,ada juga manusia berani demi Islam ini.Umpamanya di Bota Kanan,Seorang yang sekarang disegani dan dihormati oleh masyarakat setempat,kini umurnya dalam lingkungan 65 tahun,sangat terkenal dengan pergaduhan setempat.Pastinya demi Islam.Tak perlulah didedah nama beliau,cukup sekadar renungan kita betapa pemuda dahulu corak dan gaya pejuangnya berbeza.

Kembali kepada bahaya puak yang mementingkan diri ini.Mereka nampaknya semakin ramai,walaupun koloni ini belum mampu merubah dasar Pas keseluruhannya.Namun sangat relevan untuk bimbang!Cara mereka bergerak sangat senyap dan halus.Tapi dapat dikesan oleh 'tangan-tangan iklas'.Sekarang semua ahli/pendokong dan penyokong ...alhamdulillah telah sedar akan kebangkitan dari puak berkepentingan ini.Gerak kerja senyap juga digunakan supaya senang untuk mengawal perilaku mereka.Semoga Allah membantu gerakan Islam PAS dalam memperjuangkan agama Allah ini.Dalam jiwa orang mukmin itu sentiasa mengalir darah dan ruh mujahidin.Tak kita dalam keadaan senang mahupun susah.Mereka hidup seperti biasa dan tidak bongkak berhujah,sentiasa tawaduk sesama mukmin,tetapi sangat keras pula dengan kuffar,fasiq dan munafiq.Semoga ada sedikit ganjaran dari Allah untuk mereka yang ikhlas ini,insya Allah.Bangkitlah jiwa-jiwa mujahid,jangan takut pada kaum toghut!

DPPK Parit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!