"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Disember 05, 2009

Yang mati dan yang akan beranak !



Yang mati dan yang akan beranak !

Oleh : albanjari
Mendung cuaca di hujung minggu buat ramai girang gembira. Mendung yang diharapkan tanpa tetesan air-air hujan. Dan itulah yang sangat diharapkan oleh mereka-mereka yang sedang sibuk berwalimahtul urus hari ini dan esok. Cuaca yang tidak panas dan berbahang. Sekurang-kurangnya kepada yang berkenduri di kawasan kampung, tidaklah becak halaman rumah dan dibawah khemah. Khemah-khemah kenduri kampung tiada air-cond macam kenduri di hotel2 besar dibandar. Sekadar mengharapkan udara percuma yang segar pemberian Allah swt.

Jika nak hujan ribut dan taufan, tunggulah malam nanti. Mungkin itu yang dihajati oleh pengantin2 baru yang jika ditanya akan dijawabnya penuh malu-malu. Ceh !! Dan hari ini ada 5 undangan ke majlis walimahtul, perlu dipenuhi. Dan esok, selain dari saudara yang juga jiran tetangga yang kenduri, wajar juga memenuhi undangan sahabat dan rakan, meriahnya kenduri. Seringnya masyarakat baik di desa mahupun dibandar, jadualnya cukup ketat bila tiba hari sabtu dan ahad. Sibuk memenuhi undangan ke majlis perkahwinan sanak saudara dan handai taulan. Musim kenduri dan mengawan tiba lagi.

Jika dilihat dalam seminggu ini, sekadar apa yang wak lihat dan rasa. Adilnya Tuhan. Sejak dari hari selasa yang lalu sehingga pagi ini, sudah hampir 16 kematian yang wak dijemput untuk hadir solat jenazah di sekitar wak bermukim. Dan yang terbaru kematian trajis yang mengorbankan 2 anak muda di persimpangan lampu isyarat Simpang 3, Titi Serong. Sesungguhnya kematian itu pasti, tidak terlewat atau tercepat. Pada pagi ini pula, seorang imam pula dijemput Allah swt. untuk diperhitungkan amal baiknya sepanjang menghuni duniaNya.

Di sebelah sana, lain pula kisahnya, gembira kerana menerima menantu dan bakal menimang zuriat baru buat menjadi warga dunia. Tidak cukup dengan lembu dikorbankan, kambing dan ayam turut 'terbunuh' bagi meraikan tetamu yang bertandang. Kad-kad wangi walimahtul urus yang berbagai rupa dan harga, menjadi penyeri ingatan buat ingatan anak cucu. Sewajarnya semua bergembira. Pengantin jangan tanyalah, hampir tidak sabar-sabar menanti malam yang sangat 'bahagia'. Malam pertama yang 'menguja'kan. Jangan 'gelojoh' sangat !

Hospital2 diseluruh negara juga menerima kunjungan bakal ibu yang juga 'luar biasa' dalam 3 bulan terakhir setiap tahun. Kepada yang 'subur' dan rajin 'bertani', maka 'hasil' tuaian itu akan di iqamahkan atau diazankan dihujung tahun-tahun begini. Seronoknya bakal ibu dan ayah bukan kepalang. Tidak kurang juga yang 'overdose' menerima pemberian Allah itu dengan meletakkan nama yang panjang-panjang belaka. Ada ketikanya cukup memeningkan kepala cikgu-cikgu 7 tahun akan datang. Bila butir huruf namanya ada yang mencapai 50 biji banyaknya. MasyaAllah ! Nasib baik tak ada yang letak butir huruf nama anak ikut biji tasbih..mau 100 biji tu ! Ikut suka hangpalah..nama anak hangpa kan !

Yang bakal sengsara ialah bila anak itu dah besar dan gatal nak menikah. Lelaki tak kisahlah, yang perempuan tu, kesian bakal laki hangpa nak sebut nama hangpa masa nak akad nikah. Berbelit-belit lidah menyebutnya sampai semput nafas, sudahnya 7 kali pun tak lepas-lepas lafaznya. Adoi..kesian laki hangpa. Kena mandi 7 'tempurung' air kolah masjid.

Apabila sudah seronok berkumpul, cerita-cerita politik selalu mendapat tempat. Baik dibawah khemah atau pun dibalik pokok2 rimbun belakang rumah. Kat belakang rumah seringnya 'port' masak-memasak (baca : dikampung). Topik ini wak akan buat berasingan, kerana butir kandungannya lain macam. Tunggulah nanti.

Tak kurang juga ketika inilah muka-muka Adun dan Ahli Parlimen parti akan tunjuk muka, selepas pilihanraya. Jangan tak percaya ! Betul belaka. Bagi wak yang selalu melihat fenomena itu, sekadar senyum dan ketawa dalam hati. Jangan terperanjat jika ada ahli Adun yang datang bertandang, membawa serombongan wakil media, tak cukup dengan juru kamera, diusung juga juru video sama. Publisiti tu !

Begitulah rencah-rencuh cerita dihujung tahun. Selain kematian, bini beranak, walimahtul urus dan kenduri kahwin, segalanya bercerita kepada manusia, dan terus diulang-ulang tayang untuk yang hadir berfikir, dan bukan sekadar membawa perut untuk dikenyangkan. Tepuk dada tanya hati. Benarkah apa yang wak tuliskan. Jika sebaliknya, kita sembang-sembangkan bersama diruang komen dibawah. Selamat berwalimahtul urus ! dan salam Takziah kepada keluarga yang telah pulang ke rahmatullah. Jam pun dah cecah 11.30pagi, wak gerak dulu ke rumah pertama buat meraikan majlis sahabat yang 'potong' lembu 2 ekor. Wow !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!