"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Disember 01, 2009

DOA HAPUSKAN KEZALIMAN: RAKYAT PERAK DISERU TERUSKAN DOA


Kenyataan Media (1 Disember 2009)



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bersetuju kaedah yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan semasa berkhutbah Hari Raya Korban telah berdoa supaya Allah Taala palingkan hati Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya memberi royalti petrol kepada Kelantan dan sekiranya Datuk Seri Najib enggan berbuat demikian, katanya beliau (Datuk Nik Aziz) tidak akan teragak-agak untuk mendoakan agar Datuk Seri Najib dan kerajaanya dimusnahkan Allah Taala.



DPPN Pk akan terus menyokong usaha ini dan terus menggunakan kaedah yang sama sebagai Umat Islam terutamanya rampasan kuasa oleh UMNO di Negeri Perak ini. Malah DPPN Pk juga telah meminta semua Ahli PAS agar mendoakan supaya Allah Taala juga memalingkan hati Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang tidak sah agar menyerahkan kembali hak rakyat Perak bagi menentukan siapakah kerajaan yang sah dan jika sebaliknya perkara yang sama juga dituntut kepada seluruh rakyat supaya Datuk Seri Zambry dan pakatannya akan dimusnahkan oleh Allah Taala.



DPPN Pk menegaskan bahawa senjata utama Umat Islam adalah berdoa kepada Allah Taala bagi memastikan kezaliman dapat dihapuskan dan keadilan dapat ditegakkan. Oleh yang demikian, DPPN Pk sekali lagi meminta supaya seluruh rakyat meneruskan doa yang telah di ajar oleh Islam bagi memastikan hak rakyat Negeri Perak ini dikembalikan segera.


SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!