"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Disember 21, 2009

Enjin F-5E TUDM Dijual Di Amerika Selatan




BAGAN DATOH: Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

“Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah melarikan enjin itu ke luar negara.

“Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis.

“Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki,” katanya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu. – BERNAMA

kemudiannya......

Timbul pula isu baru, yang tengah panas, Enjin F-5E TUDM telah dijual dan kini berada di Amerika Syarikat. Hairan bin ajaib sungguh..

Kenapa.. sebab enjin pesawat tersebut bukan enjin kereta potong yang boleh dibeli di kedai-kedai potong. Ini barang kawalan hak kerajaan Malaysia, jikalau dalam Malaysia hanya TUDM sahaja yang menggunakan nya.

Macam mana boleh bolos enjin tersebut kalau bukan orang dalam, orang dalam pula kalau hal macam ni bukan setakat koperal atau sarjan, paling bangsat kolonel ke atas, sebab arahan sesuatu benda projek begini arahan dari di atas, Pegawai Memerintah di Pangkalan berkenaan yang bertanggungjawab.

Kes ini telah pun jadi polis kes, tetapi sepatutnya kes sebegini ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Ini bukan setakat hilang rifel M16, ini maruah negara, sikap anggota tentera yang selama ini dihormati oleh pihak awam diluar sana dah tak boleh diharapkan lagi…Rakyat dah tak boleh menaruh harapan dan hilang kepercayaan kepada pihak anggota tentera.

Boss kepada pegawai memerintah tu pulak Panglima Tentera Udara, ia pun kena jawab juga, pasal apa enjin tersebut telah dijual, PTU nak jawab ia kena rujuk pada Panglima Angkatan Tentera, yang kini dijawat oleh PTU sebelum ini, ha ha .. nampak tak!!! Bijaknya Zahid Hamidi atur strategi… Kes ni dah tak boleh lari kemana dah… orang lain tak payah jawab, kaum puak TUDM saja yang kena jawab, tentu kita ingin tahu… siapakah Menteri Pertahanan waktu tu….

Inilah bala yang rakyat terima disebabkan Menteri Pertahanan yang dahulu tu bersikap lebih teruk dari apa yang anggota TUDM tula lakukan, cuma setakat jual enjin pesawat, tetapi Menteri Pertahanan waktu tu terlibat dengan banyak kes, sehingga Pak Lah terpaksa mengambil alih semula jawatan Menteri Pertahanan sebelum Pak lah pencen dahulu, mungkin juga ini kerja Pak Lah yang belum selesai sewaktu Pak Lah jadi Menteri Pertahanan yang kemudiannya disambung oleh Zahid, tahniah Zahid… anda telah melakukan tugas yang cukup baik….

http://manjongmari.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!