"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Disember 11, 2009

CC MCA perlu letak jawatan – Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap ahli jawatankuasa pusat MCA dapat berkorban dengan meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru parti diadakan berdasarkan perlembagaan parti. "Mahu tidak mahu, mereka harus berkorban supaya jumlah dua pertiga minima yang diperlukan boleh dicapai," katanya. Beliau berkata pemimpin MCA perlu bertindak sebagai sebuah pasukan dalam usaha menyelesaikan krisis parti itu.

Muhyiddin berkata presiden Datuk Seri Ong Tee Keat, timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai masing – masing mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti di mana boleh menyelesaikan masalah parti. "Kalau dua pertiga sahaja pun tidak baik kerana sepertiga tidak setuju. Oleh itu, sebaik mungkin, bila berhenti, semua berhenti. Lepas itu, kita membolehkan perwakilan MCA menentukan masa depan MCA dan bukan pemimpin MCA sahaja,” jelasnya. –Malaysia Today


>lebih baik bubar sahaja MCA dan keluar BN,sertai PR.Lantak korang le-DPPK Parit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!