GUA MUSANG, 30 Okt:  Bekas calon BN Pengkalan Chepa,  Nor Idris memaki hamun Menteri Besar,  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat ketika menziarahi rumah bekas  Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang  ini.
Rombongan  Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan  negeri, Datuk  Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan  pegawai-pegawai  kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik  Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di  dalam rumah keluar menyambut  mesra kehadiran Menteri Besar dan  rombongannya.
Kemudian tuan  rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan  diikuti anggota  rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor  yang juga bekas  pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan  bersalam dengan  Menteri Besar.
Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.
Ekoran  itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor   bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat   lehernya.
“Sebagai tetamu kita  hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama  tetamu. Saya datang  bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak  menziarahi tuan  rumah,” kata Menteri Besar.
Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.
Haji  Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh  mencemarkan  imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar  yang datang  ke rumahnya.
Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas  dua penggal pada  1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi  itu dirampas  semula BN pada pilihan  raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.
Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd  Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui   kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang   langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.
“Beliau  bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan  rumah  tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan  tuan  rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.
Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.
  Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen   Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial    mencari arahSumber
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
 

 
 
Inilah acuan anmoapco,akai ada ka,taruh kat lutut...agak mamat ni berani kata ka, mcm.tu kat umno yg.kawan dgn. mca?woit mangkok utat Nor,DAP lg baguih la..dr perangai hang...lol
BalasPadam