"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Oktober 04, 2010

TARBIAH PEMUDA PAS , ADAKAH MAMPU?

Selama 3 hari berturut-turut ribuan pemuda PAS berkampung di Rusila.Untuk apa?Adakah sekadar berjalan-jalan?atau bercuti sambil belajar?atau mencari kerja?ataupun mencari jodoh?

Ternyata persoalan diatas bukanlah matlamat tunjang haraki ini  berkumpul,tetapi menyahut seruan 'mempersiapkan' jentera 'perang' pada tahap paling berdaya tahan.Mengapa?adakah kerana pemuda-pemuda ini tidak berdaya tahan?manja?terlalu bergantung pada sesuatu?inilah kesannya akibat terlalu lama terlena dengan sesuatu keindahan yang bersifat sementara.

Sebenarnya pemuda-pemuda ini ketandusan tarbiah,bukan kerana tidak ada yang mahu mentarbiah mereka,tetapi mereka ini mengalami sindrom suka bersedap-sedap.Sindrom ini bukan hanya berada dalam individu pemimpin sahaja,malah sudah berjangkit ke 'anak buah'  sekali.

Jadi,tidak hairanlah,kepimpinan pusat sangat cepat sensitif dengan penyakit ini.Penyakit tidak mahu ditarbiah(suka bersedap).Ternyata kehadiran ribuan pemuda di perkampungan Rusila tidak sia-sia.Mereka di 'sajikan' dengan pelbagai 'acara' pemahaman pentarbiahan daripada para mujahid-mujahid era 60-an hingga ke zaman ini.Memang tidak sia-sia.

Kehadiran Mursyidul Am,Presiden,timbalannya,saf kepimpinan pemuda pusat,tidak ketinggalan juga muslimat-muslimat yang dianggarkan seramai 500  orang,bagi tidak melepaskan peluang seklai dalam setahun ini.Rasanya,jika diadakan dengan lebih kerap,umpamanya 3 kali setahun,mungkin boleh dipertimbangkan.Mungkin?

Cuma sedikit mengecewakan ialah,sambutan untuk mengadakan qiam pada waktu malam.nampaknya  menemui sedikit kegagalan.Diakui,qiam malam adalah perkara yang sukar dilakukan,hatta kepimpinan di peringkat kawasan pun masih tergagap-gagap!Maka tidak hairanlah tarbiah pemuda kali ini menzahirkan sedikit kelemahannya.

Tapi,bukan pula bermaksud pemuda tidak mampu untuk ditarbiah,cukup sekadar melakukan sedikit 'lonjakan' pemikiran dan mempersiapkan diri untuk menerima  pentarbiahan dari kepimpinan pada tahap paling selamat.Diharapkan juga kita sebagai pemuda jangan terlena kerana pujian yang tinggi dari pemimpin di akhir forum kelmarin,takut nanti kita diumpamakan 'cakap tak serupa bikin'.Bertakbir lebih kuat dari berjuang!Tanya diri kita dimana 'hilangnya ruh mujahid' dalam diri!!!


Hidupkan tarbiah Islam demi menegakkan Kalimah ALLAH!!!

MAT MISKIN

3 ulasan:

  1. Pemuda PAS sebenarnya tak perlukan "tarbiah".Yang amat diperlukan ialah "suntikan wacana baru" sesuai untuk menghadapi cabaran-cabaran zaman ini.Memerlukan "anjakan paradigma" agar dapat bekerja,berfikir dan merancangan - menghadapi hari-hari yang mencabar dewasa ini dan akan datang.Wajar keluar dari "kepompong lama" dan berupaya melihat perubahan yang berlaku disekeling tempurung itu.Semua ini hanya dapat dilakukan sekiranya diundang pakar-pakar yang berkenaan untuk melakukan "pencucian dan pembersihan" mental.Kalau sekadar yang kelihatan duduk diatas pentas(waktu acara perasmian oleh Presiden)tak kemanalah halanya Pemuda PAS.Bak kata pepatah Melayu,10 jong masuk,anjing tetap bercawat ekor juga".

    BalasPadam
  2. TARBIAH MEMANG TIDAK DIPERLUKAN BAGI GOLONGAN YANG BERKEPENTINGAN,AGAK MALANG SEKARANG PEMUDA PAS MENINGGALKAN TARBIAH SEBENAR.JANGAN TERMAKAN DENGAN BENTUK TARBIAH YANG SALAH,DIMANA HANYA AKAN MELEMAHKAN LAGI HARAKI.TINGGALKAN MANUSIA-MANUSIA YANG HANYA MENYANGKAKAN TARBIAH TIDAK PENTING.TERUSKAN USAHA MENTARBIAH PEMUDA ISLAM MENGIKUT ACUAN PAS.KITA MASIH BARU DLM MENGHARUNGI CABARAN YANG SEMAKIN SUKAR.

    BalasPadam
  3. anon 6:16

    segar pandangan tuan,terima kasih...pokoknya wacana bagaimana modul yg diinginkan?tarbiah merupakan jantung perjuangan..

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!