"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Januari 24, 2010

Persediaan Di Hari Kematian-Latah Anak Melayu


Kematian adalah peristiwa besar, kejadian yg daysyat serta perkara yg hebat. Tiap-tiap makhluk pasti mengalaminya.

Allah SWT berfirman : “Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka & dimasukkan dalam Syurga maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan.” Ali-Imran : 185

Dan Allah SWT berfirman pula : ” Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yg kukuh.” An-Nisa : 78

Dan firman Allah SWT pula : ” Setiap orang yg berada di atas (dunia) akan binasa, Dan tinggalkanlah zat Allah SWT yg Maha Angung lagi Mulia.” Ar -Rahman : 26-27

Bersiap-siap diri untuk menyambut kematian dengan mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini supaya tetap berada di jalan Tuhan, kerana kematian merupakan penutup dari semua kejadian2 di dunia. Maka orang yg berpandangan jauh ke depan adalah yg dapat memikirkan kesudahan yg terjadi nanti.

Sedangkan orang yg bodoh ialah orang2 yg tertutup matanya dari melihat kesudahan2 yg akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan2 & kelalaian2, sehingga tidak dapat mengingat atau memikirkan kematian. Sekalipun ia mengingatnya tetapi ia tidak mengingatnya dengan hati yg lapang , naman dengan perasaan yg dibius dengan nafsu kesenangan & kelazatan.

Kerana itu ingatannya tidak sampai menembus ke dalam jiwa. Rasulullah s.a.w. bersabda :

” Perbanyaklah mengingati mati, nescaya akan meremehkan kelazatan-kelazatan.”

Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yg banyak mengingati mati, maka ia akan mengutamakan tiga perkara.

1. Segera bertaubat

2. Berhati tenang

3. Rajin beribadah

Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan menderita tiga perkara:

1. Menunda-nunda taubat

2. Tidak rela hidup sederhana

3. Malas beribadah

Jadi mempersiapkan diri, bererti seseorang mukmin tidak lengah untuk mengingat kematian yg ada dihadapanya & menggunakan cara yg paling besar kegunaannya dalam usaha mengingat mati, iaitu mengingatkan sahabat2, teman2nya & sesamanya sehingga mereka akan mengingat tempat kembalinya yg berada di dalam bumi serta mengingat nasib mereka akan menghapuskan wajah2 mereka yg baik serta pembalasan yg akan terjadi di dalam kubur mereka, bagaimana anak2 mereka akan terlepas, harta2 mereka akan ditinggalkan, majlis & masjid mereka serta bekas2 mereka akan terputus.

Dalam kitab ringkasan Manhajul – Ashidien dari Hamid al-Qaishary, bahawa ia pernah berkata : ” Kami semua mempercayai mati. Tetapi kami tidak melihat orang yg menyiapkan diri. Kami semua mempunyai syurga. Tetapi kami tidak melihat orang yg beramal untuk memasuki syurga. Kerana itu bagaimana kamu dapat bergembira & apa yg kamu semua nanti2kan ? Kematianlah yang pertama- tama akan datang kepadamu sekalian dengan perintah Allah SWT dalam keadaan baik atau jahat. Kerana itu, berjalanlah menuju Tuhanmu dengan cara yang baik. Dan sejiwa dengan nasihat di atas ini, iaitu dari Ibrahim bin Adham ketika dia ditanya orang2 mengenai pengertian firman Allah SWT .”

” Mohonlah kepada Ku nescaya Aku akan perkenankan kamu.” al Mukmin : 60

Mereka berkata : Kami telah memohon kepadaNya tetapi Dia tidak memperkenankan permohonan kami itu. Jawabnya : Sebab hati kamu telah mati kerana sepuluh hal.

1. Kamu mengetahui Allah SWT, tetapi kamu tidak mahu menunaikan hak-hakNya.

2.Kamu membaca al Quran, tetapi tidak mengamalkannya.

3. Kamu mengatakan memusuhi syaitan, tetapi ternyata kamu jadikan ia teman.

4. Kamu mengatakan cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan jejaknya.

5. Kamu mengatakan senang masuk syurga, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

6. Kamu mengatakan takut neraka, tetapi kamu tidak berhenti dari berbuat dosa.

7. Kamu mengatakan bahawa mati mesti terjadi, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuknya.

8. Kamu sibuk melihat kekurangan orang lain, tetapi kamu biarkan aibmu sendiri.

9. Kamu memakan rezeki Allah SWT , tetapi kamu tidak mahu bersyukur.

10) Kamu menguburkan mayat-mayat kamu, tetapi kamu tidak mahu menjadikannya sebagai pelajaran.

Bagi orang2 yg sedar bahawa kematian menjadi penasihat tanah tempat tidurnya, ulat-ulat sebagai temannya, Munkar Nakir menjadi penanyanya, amalnya sebagai tempat duduknya, kuburan sebagai kediamannya, barzakh sebagai penginapannya, kiamat menjadi hari yg dijanjikannya, & syurga atau neraka sebagai tempat persinggahannya, nescaya ia tidak akan lengah atau melupakan mati dengan segala kejadian sesudahnya, dan nescaya dengan sungguh-sungguh mempersiapkan dirinya menerima kematian. Ia akan menyiapkan dirinya & menghimpunkan dirinya ke dalam golongan orang2 yg telah mati lebih dahulu, mahu memperhatikan penghuni2 kubur & mahu ingat bahawa kalau di hari ia tinggal dalam rumah atau istana tetapi esok akan tinggal di dalam tanah galian & kuburan.

Kematian adalah suatu musibah yg besar & penderitaan yg hebat. Akan tetapi yang lebih hebat lagi adalah sikap melalaikan & menutupi diri untuk mengingati kematian, tidak mahu merenungkan soal ini & tidak mahu beramal untuk persediaan di hari itu.

Kita hendaklah berusaha memperbaiki diri & beramal untuk menghadapi masa sesudah mati.Sementara mereka yang jahil ia adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya & berangan-angan bahawa Allah SWT alan memberikan kebaikan kepada dirinya.

Perbuatan-perbuatan yg dapat menolong seseorang untuk mengingati mati & beramal untuk menyambut masa sesudahnya itu ialah ziarah kubur, memandikan mayat & menyembahyangkan jenazah.

Dari Abu Zar ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :

” Berziarahlah ke kubur, kerana ia dapat mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah orang mati, kerana mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yg mendalam. Dan sembahyangkanlah jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan hatimu (menyedihkan) kerana orang yg bersedih dibawah naungan Allah SWT , bererti menghadapi segala kebajikan.”

Jadi bagi orang yg berakal janganlah ia lengah dari mengingat nasihat yg paling berharga yakni kematian, bahkan hendaklah ia banyak mengingatinya, kerana dengan mengingat itu akan menjadikan dirinya berpantang dari godaan kesenangan duniawi dan menyiapkan dirinya kepada dengan amalan soleh yg dapat mendekatkan dirinya kepada Tuhan serta menjauhkan dirinya dari perbuatan2 dosa yg menyebabkan jauhnya rahmat Tuhan daripadanya.

Ketika maut telah mendatangi, sedangkan ia berada dalam amal yg soleh, maka ia merasa senang untuk bertemu dengan Allah SWT dan Allah pun senang bertemu dengannya serta akan dibangkitkan sebagaimana keadaan disaat ia mati.

Dari Barra’ bin Azib ia berkata : Ketika kami bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, tiba-tiba beliau melihat sekelompok orang maka sabdanya :

” Mengapa mereka itu berkumpul ? Lalu ada orang berkata : Mereka berada dalam sebuah kubur sedang menggalinya. Maka Nabi terkejut & terus berlalu dari hadapan sahabat-sahabatnya dengan berjalan cepat hingga sampai ke kuburan itu, lalu beliau duduk, menangis sehingga bajunya baah oleh linangan airmatanya. Kemudian beliau kembali ke tempat kami dan bersabda : Siapa di antara saudara-saudara yg hari ini seperti ini, maka hendaklah mempersiapkan dirinya..”

Dari Hani’ bekas budak Usman berkata : Usman apabila berdiri di atas kuburan ia menangis sampai janggutnya basah kuyup. Lalu ada orang yg bertanya kepadannya : Apakah tuan ingat syurga dan neraka & menangis keranannya ? Jawabnya :

Rasulullah s.a.w. sungguh telah bersabda :

” Kuburan adalah perhentian pertama di alam akhirat, jika ia selamat di sini maka seterusnya ia kan mengalami lebih mudah. Tetapi jika ia tidak selamat, maka selanjutnya ia akan mengalami lebih berat.”

Tsabit al-Bunani berkata : Kami biasa menyaksikan jenazah. Maka setiap kali kami menyaksikannya keluarlah tangis dan perasaan menyerah. Aku berkata : Begitulah iman mereka para sahabat kepada Allah SWT dan demikianlah takut mereka kepadaNya.

Di Zaman kita sekarang, kebanyakan mereka yang mendengar berita kematian dan memberitakan tertawa serta senang-senang, sebab dari sikap mereka itu tidak lain dari kelalaiannya kepada mati, yang mengakibatkan keberanian melakukan dosa & maksiat hingga lupa hari akhirat & dahsyatnya peristiwa-peristiwa alam Barzakh. Inna lillaahi wa innaa ilaihi raji’un. Kami mohon semoga Allah SWT memberi kesedaran dari sifat lali itu. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!