"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Januari 08, 2010

Tabanak Bandar Gangster Lahad Datu?


APA yang menarik untuk diperkatakan tentang kewujudan Bandar Tabanak yang letaknya lebih kurang dua kilometer daripada Bandar Sampah Palma, Lahad Datu ialah lokasinya yang strategik untuk membeli belah khasnya produk pertanian di samping prasarana yang lengkap seperti medan selera dan pelbagai kedai menjual barangan keperluan harian yang hanya boleh di sini.

Sungguh mudah bagi penduduk di sekitarnya dan juga kepada pemandu yang lalu di kawasan itu untuk singgah dan menjamu selera di gerai-gerai dan restoran yang terdapat di situ disamping membeli belah barang keperluan harian.

Tapi awas! Jangan terleka dan terlupa meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan yang diletakkan di bahu jalan kerana sudah pastinya akan menjadi mangsa penyamun Geng Pecah Kereta (GPC) kerana perkara ini seringkali terjadi dan mereka yang menyaksikan insiden ini hanya mampu berdiam diri kerana takut menjadi mangsa amukan si penjenayah.

Aktiviti pecah kereta kebiasaanya berlaku di waktu puncak sekitar pukul 11 pagi sehingga jam 2 petang. Kes kecurian yang biasa berlaku ialah laptop, beg galas dan barang-barang berharga yang ditinggalkan individu di dalam kereta mereka ketika mereka keluar membeli belah atau makan tengah hari.

Sering juga berlaku kes ragut beg tangan dan telefon bimbit yang kebanyakan kes disaksikan oleh orang ramai tapi tiada yang berani membantu, kerana pernah berlaku orang yang diragut melawan akibatnya beliau dipukul separuh mati oleh GPC dan penjenayah ini.

Para peniaga di situ hanya diam membisu kerana takut diapa-apakan oleh geng samun ini. Perkara ini biasanya berlaku di siang hari kerana kegiatan mencuri tayar lori dan menyedut minyak diesel daripada lori tangki yang diletakkan di sekitar kawasan tersebut.

Selepas penat mencuri mereka akan mencuri pula barang jualan peniaga buah buahan di kawasan itu untuk mengisi perut dan melegakan tekak mereka dan antara buah yang menjadi kegemaran mereka ialah tembikai, durian, cempedak dan buah buahan yang ada nilai di pasaran.

Situasi ini tiada kesudahan kerana hampir setiap malam ada sahaja peniaga yang menjadi mangsa. Tong simpanan barangan dagangan mereka di pecahkan penjenayah ini kerana mereka tidak ingin mengambil tahu siapa tuan punya gerai tersebut.

Pelbagai aduan telah di buat kepada pihak berkuasa tempatan tetapi insiden ini sering berulang,kerana apa tiada pemantauan oleh ibubapa sendiri dan pihak berwajib yang dilantik; namun yang ketara menanggung rugi adalah si peniaga di kawasan tersebut.

Memang amat menyedihkan kerana ada di antara ‘Penyamun’ ini berusia seawal 12 tahun dan masih bersekolah, namun apabila tiba malam hari mereka akan berkeliaran sekitar bandar Tabanak untuk mencari mangsa.

Apakah punca semua ini sehinggakan mereka ini sukar dikawal dan kekadang bertindak diluar kawalan. Jawapannya ialah mereka di bawah pengaruh DADAH jenis SYABU yang banyak dijual di kampung setinggan sekitar bandar Tabanak ini.

Apabila mereka terasa gian tapi tidak berwang, apa saja akan mereka curi untuk dijual kepada ‘penjenayah’ yang suka membeli barang curi tanpa rasa malu dan berdosa.

Lazimnya, mungkin kita yang dipersalahkan kerana kada bidalan orang tua-tua, ada pembeli maka lahirlah Pencuri yang boleh menjual barang curi tersebut dengan harga murah kemudian menggunakan wang tersebut untuk membeli DADAH.

Apa yang menyedihkan bagaimana nasib mereka apabila dewasa kelak? Mungkinkah mereka akan insaf atau lebih ganas sehingga layak digelar ‘Perompak’?

Segala kemungkinan dan kebarangkalian ini boleh berlaku jika aktiviti mereka tidak dipantau oleh pihak berwajib. Sewajarnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberkas pembeli barang curi ini dan dakwa mereka di bawah kanun keseksaan menjadi penyumbang kepada jenayah ini sebenarnya.

Berikut adalah nama-nama penjenayah yang menjadi buruan Polis ketika ini , semuanya menggunakan nama samaran iaitu;

1) Cullak Warganegara Indonesia : kesalahan Mencuri dan Dadah jenis syabu

2) Anca Warganegara Malaysia; kesalahan pecah rumah dan Dadah jenis Syabu

3) Cummang Warganegara Indonesia: kesalahan pengedar Dadah jenis Syabu

4) Domba Warganegara Malaysia (Wanted) kesalahan: merompak, pecah kereta dan Dadah jenis syabu

5) Roger Warganegara Piliphino (Wanted) kesalahan; pengedar dadah jenis syabu

6) Jack Warganegara Malaysia (Wanted) kesalahan: aktif pecah kereta dan dadah jenis syabu

7) Pawak warganegara Indonesia (Wanted) kesalahan:pengedar dadah dan rogol

Siteksi Warganegara Malaysia: Kesalahan mencuri

Oleh: ANTI GANGSTERISM (sabahkini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!