"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, Ogos 11, 2010

MENJENGAH JENDELA DEMOKRASI DARI KONTEKS MELAYU


             Penglibatan Dewan  Pemuda Pas Perak ddidalam Wacana Pemikir Muda
                                          -satu adaptasi politik yang Baik-


Demokrasi pada kebanyakan orang merupakan satu ungkapan biasa disebut tanpa difahami dan dihayati makna sebenarnya . Kefamanan rakyat terhadap demokrasi itu sendiri merupakan satu cabaran besar yang terpaksa ditangani sejak bermulanya sejarah penubuhan negara ini pada tahun 1957 selepas mendapat kemerdekaan daripada British . Kemerdekaan seharusnya mengambarkan pembebasan secara keseluruhan ( total freedom )bukan sahaja fizikal tetapi per hambaan pemikiran yang ujud mencipta fenomena kronikal (the malay chronicles) terutama didalam masyarakat melayu itu sendiri.Kronikal melayu ini sebenarnya satu halangan besar untuk berlakunya total transformasi didalam negara tidak kira dari segi politik, birokrasi ,ekonomi atau kemasyarakatan yang begitu menuntut pembebasan rentak perubahan pemikiran masyarakat melayu , kerana melayu merupakan satu core bisnes yang masih belum betul-betul ditangani .


Kemunculan Pakatan Rakyat kedalam Masyarakat FELCRA baru –baru ini melalui Himpunan Warga Felcra buat kali itu pertama benar-benar meresahkan umno kerana ia merupakan satu penetrasi secara terus ( direct penetration into the core of Malay society ) kedalam masyarakat melayu .Mereka rasa begitu tergugat setelah apa dikatakan simpanan tetap umno (cash deposit ) itu semakin merosot akibat usaha yang dilakukan bagi menerangkan kecurangan pentabiran Felcra kepada masyarakat khasnya kepada warga-warga FELCRA sehinggakan mereka terpaksa menggunakan pihak polis dalam usaha mereka untuk mengagalkan program tersebut .

Walaupun kesan terhadap warga felcra itu masih lagi terlalu awal untuk dibicarakan secara terperinci tetapi sudah pasti selama tempoh 11 bulan kerajaan pakatan rakyat memerintah telah menampakkan jasa mereka dengan pengurniaan hak milik tanah kepada peneroka dibeberapa buah FELCRA telah membuktikan aspirasi mereka kepada rakyat sebagai sebuah kerajaan yang berkerja berorientasi keperluan rakyat . Kehadiran Mazlan Aliman Kebumi FELCRA betul –betul merungsingkan Dato Tajudin Rahman mungkin kerana reputasi Mazlan Aliman yang berjaya membawa isu FELDA dengan begitu berjaya sekali antara nya FELDA terpaksa membayar saman kepada peneroka sejumlah 11 juta ringgit yang mana kes ini diwakili oleh seorang peguam yang bernama wan Rohimi .Jelas kepada kita memang berlakunya penipuan didalam FELDA dan ini telah terbukti dimahkamah dan ada banyak lagi saman yang telah difailkan dan kemungkinan penipuan berlaku didalam FELCRA juga adalah tinggi , mungkin sebab itu Tajudin Rahman begitu cemas lantas cuba menutup jendela-jendela demokrasi di bumi FELCRA itu dengan menakut-menakutkan rakyat mengunakan pihak berkuasa (polis) .

Apa yag ingin dibicarakan melalui konteks demokrasi bukanlah semata-mata isu sahaja atau membicarakan tentang satu-satu kumpulan dalam masyarakat tetapi ianya lebih merujuk kepada kesuburan proses demokrasi itu secara keseluruhannya. Melayu bukanlah satu-satunya isu yang ada tetapi ianya merupakan satu segmen yang cukup penting didalam menjadikan demokrasi itu cukup relevan bagi menjaga hak –hak rakyat .Penetrasi yang berterusan kedalam masyarakat melayu adalah amat penting dan ianya dilihat sabagai satu senjata yang cukup ampuh bagi Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya yang ke 13. Serangan yang berterusan seakan-akan membuatkan umno membuka sedikit jendela demokrasi yang membolehkan terbuka nya perpekstif baru didalam politik negara ini walupun apa yang dilalkukan mungkin untuk memenuhi politik mileage mereka ,beberapa hari lepas telah diadakan satu wacana pemikir muda bersama dengan Y.b Ahli Parlimen Parit Drs Nizar Zakaria , Dr Iskandar ( setiausaha pemuda pas Perak ) yang bertajuk perpaduan generasi muda ,gaza sebagai teladan . Kelihatan jendela demokrasi itu sedikit terbuka atau sudah ada perspektif baru dikalangan pimpinan-pimpinan muda umno . Walaupun bicaranya merupakan bahasa politik umno yang mahu mencipta reputasi ataupun krisis, tetapi di peringkat pemuda pas perak ini merupakan ruang dan peluang agar jendela demokrasi itu lebih terbuka.Pemuda Pas Parit mengucapkan tahniah kepada pemuda pas perak yang begitu berani menyahut cabaran walupun salam yang diberikan oleh mereka penuh dengan muslihat dengan menampakakan satu adaptasi politik yang begitu baik dan matang.

Walau macam manapun focus utama ialah untuk membebaskan pemikira n orang –orang melayu dari suatu bentuk perhambaan mental ( emacipate from mental slavery ) mungkin satu ungkapan yang biasa didengar peminat-peminat bob marley didalam lagunya bertajuk” redemption songs” bukanlah tujuan orang yang menulis itu untuk menjadikan sebagai rujukan apatah lagi untuk dijadikan ikon tetapi sekadar untuk melihat kepada satu ekspresi terhadap perhambaan , mungkin juga menbaca liriknya itu tidak menjadi satu kesalahan .Melayu perlu dibebaskan dari perhambaan pemikiran , mungkin perlukan kan “amukkan politik” ( bukan bermaksud mengamuk mengunakan parang atau keris) ? ………..

Botaman = Dewan Pemuda Pas Parit



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!