Dengan  latar belakang tersebarnya penentangan umat Islam yang dianggap  radikal, telah membangkitkan lagi semangat pejuang Islam untuk  menciptakan sebuah negara pan-Kaukasus yang diatur oleh syariah Islam.
Mufti  Chechnya Sultan Mirzayev Rabu kemarin (18 Ogos) mengatakan bahawa  kafe  dan restoran perlu tetap tertutup bahkan setelah matahari terbenam   pada bulan suci Ramadhan..  sebuah langkah yang dianggap radikal   dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia orang Muslim.
"Kita  tidak boleh bertoleren (dalam perkara maksiat), adanya bau makanan  melalui jalan-jalan  dan menggoda orang yang lapar kerana berpuasa."  kata Mirzayev kepada  Reuters melalui telefon.
Bulan suci  Ramadhan, yang dimulai pada 11 Ogos di Rusia  tahun ini, menyuruh umat  Islam menjauhkan diri dari makanan  dan minuman sampai matahari terbenam  setiap hari. Warga ibukota Chechnya Grozny mengatakan ini adalah  pertama kalinya  pelarangan total terjadi, sedangkan tahun lalu  mencatatkan hanya kira-kira setengah dari kafe dan  restoran di Chechnya  sahaja masih beroperasi.
Pusat kota sunyi pada hari Rabu  kemarin kerana banyak kafe menutup  pintunya. Hanya kedai-kedai dan  pasar luar, di mana ramai orang  Chechen membeli makanan mereka, yang  masih berfungsi. "Mereka setidaknya meninggalkan kita beberapa tempat di  mana kita dapat  mengunyah," kata penduduk Grozny, Emira Sadulayeva, 32  tahun.
Perintah mufti itu tidak memiliki kekuatan  undang-undang, tetapi mungkin akan  diikuti kerana Mirzayev adalah  pemimpin spiritual yang sangat dihormati.  Dia mengatakan kafe yang  menolak untuk mematuhi perintahnya "akan  diarahkan tutup." Sebagai  perbandingan, di negara Muslim tetangga Chenchnya, iaitu Dagestan,   Ramadhan tahun ini berlaku sebagaimana negara-negara umat Islam lain di  dunia, di mana kafe-kafe tetap  buka waktu malam, dan  alkohol  disajikan.
Aktivis Hak Asasi Manusia dan pendiri Forum Masyarakat  Sivil Chechnya, Minkail  Ezhiev, mengatakan penutupan Kafe selama  Ramadhan menunjukkan bahawa  Chechnya telah berfungsi sebagai negara  terpisah dari Rusia, di  mana konstitusinya yang menyatakan agama dan  negara adalah terpisah.
"Saya benar-benar menentang penutupan  kafe-kafe.." katanya kepada  Reuters. "Semuanya perlu dalam perundangan  yang ditentukan di  Rusia."
Ramzan   Kadyrov, pengkritik yang  disokong Rusia menganggap kononnya ada misi peribadi yang ingin  memaksakan visi Islam  di Chechnya, di mana alkohol dilarang, perempuan  perlu pakai tudung di pejabat pemerintah dan poligami digalakkan.
Komen Blog Ibnu Hasyim:  Hal-hal seperti ini perlu diperhatikan oleh pejuang-pejuang hak asasi  manusia. Golongan minoriti perlu diberi haknya, terutama dalam  melaksanakan tuntutan agama masing-masing, supaya kumpulan-kumpulan  tersebut tidak menjadi radikal. Jangan memandang hal-hal 'spiritual'  dari persepsi 'material' dan sekular.
Di Malaysia juga hal-hal  seperti ini perlu ditangani dengan baik. Tidak malukah di negara bukan  Islam minoriti Muslim, pusat-pusat maksiat boleh ditutup di bulan  Ramadhan, sedangkan di Malaysia masih berleluasa? (2MA)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.