Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di Kampar, kira-kira 45km dari sini, pada hari raya kedua Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata, mereka dikenal pasti sebagai Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain dan rakan mereka Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar.
Mereka bertiga dikatakan pergi beraya di rumah rakan-rakan di sekitar Kampar pada pukul 11 pagi, tetapi tidak pulang sehingga pukul 11 malam pada hari sama, katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ibu dua beradik kembar itu, Harliza Samah, 44, membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka.Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga remaja itu bersekolah di Sekolah Menengah Sentosa, Pekan Baru, Kampar. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.