Konsep federalisme seharusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah negara yang stabil dari semua segi dan menjadi payung kepada negeri-negeri yang bernaung dibawahnya dengan memberikan pengertian kepada perlaksanaan keadilan dan kebajikan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelaksanaan yang bersifat autorititatif melakukan diskriminasi terhadap negeri yang ditabir oleh kera jaaan negeri yang mengamalkan ideologi politik yang berbeza.Kepelbagaian ideologi politik merupakan maknisme asas yang menghidupkan sistem demokrasi itu sendiri dan sudah tentu ianya tidak harus dihalang kerana setiap ideology itu pasti mempunyai nilai yang akan menyokong kelangsungan demokrasi , semuanya dapat dilihat dinegara –negara maju seperti amerika , England dan jerman bagaimana sistem perlbagai parti ini memainkan peranannya dalam menjamin ketelusan pentabiran dan kesejahteraan rakyat. Sokongan rakyat mereka bergantung kepada integriti dan prestasi sesebuah kerajaan itu dan bukan berdasarkan dogma politik yang sempit.
Penguasaan beberapa negeri oleh Pakatan Pembangkang seolah –olah telah membuat kan kerajaan persekutuan mahu mengabaikan nilai yang terkandung didalam konsep federalisme dengan mengetepikan hak-hak beberapa negeri tentu .Nampaknya mereka mahu mengembalikan pemerintahan negara ini kembali ke zaman feudal atau mungkin lebih tepat lagi membawa kesatu era feudal moden ( modern feudal ) ,rakyat di jadikan liege-man satu istilah yang digunakan didalam zaman kegelapan itu bahawa rakyat harus memberikan perkhidmatan secara percuma kepada Tuan Tanah ( land Lord) tanpa mendapat hak semua nya bergantung kepada ikhsan sahaja. Adakah BN sebagai Parti yang memerintah negara ini merasakan mereka mempunyai hak mutlak terhadap setiap inchi tanah negara dan setiap hasil mahsul yang dikeluarkan oleh negara dengan menafikan hak rakyat samada melalui kuasa autoritatif yang berada ditangan mereka atau melalui penyelewengan atau ketelusan yang dipersoalkan . Sebagai contohsejak tahun 1990 kuasa pemerintahan dinegeri Kelantan telah bertukar tangan dan sejak itu juga hak royalti minyak yang seharusnya dinikmati oleh rakyat Kelantan telah dinafikan oleh kerajaan persekutaan, sebaliknya royalty itu telah digantikan dengan wang ehsan jelas sekali ianya bertentangan dengan perlembagaan negara yang menjamin hak sesebuah negeri untuk mendapat royaltinya .
Mungkin Robin hood dizaman feudal menggunakan anak panah dan busar untuk mendapatkan kembali hak yang dirampas daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat tetapi dizaman ini mahkamah dan pilihanraya merupakan anak panah dan busar yang akan membidik sasaran .langkah kerajaan negeri Kelantan membawa kes royalti minyak kemahkamah merupakan keputusan yang tepat kerana ianya akan memberikan satu gambaran hak rakyat yang harus dituntut dari pemerintah yang zalim .Mereka (BN) mungkin merasakan bahawa mereka mesti terus berlagak menjadi sheriff seperti dizaman feudal yang melakukan kezaliman dan melakukan penindasan untuk terus mengekalkan kuasa mereka tanpa memperdulikan kebangkitan kuasa rakyat . PIlihanraya Kecil Galas mungkin akan menjadi medan yang menentukkan samaada anak panah yang yang dibidik itu akan mengenai sasaran ?
Botaman
Dewan Pemuda Pas Parit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.