"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, September 17, 2010

SAMBUTAN 16 SEPTEMBER DIMANA REALITINYA

                                               16 september 1963 -hari malaysia

Setelah 47 tahun wujudnya Malaysia buat pertama kalinya hari kita menyambut tarikh bersejarah 16 september 1963 dimana tertubuhnya Malaysia yang terdiri daripada semenanjung tanah melayu , sabah , Sarawak dan singapura. Apakah signifikasi sebenarnya disebalik sambutan tersebut, setelah berpuluh tahun baru hari ini diadakan sambutan sedemikian , semuanya dilakukan disaat –saat Barisan Nasional memerlukan sokongan rakyat terhadap mereka . Kehilangan sokongan disemenanjung telah membuat mereka sekarang ini begitu resah dan terpaksa bergantung kepada sokongan daripada sabah dan Sarawak yang merupakan talian hayat mereka yang terakhir bagi menentukan survival mereka untuk menghadapi pilhanaraya yang ke-13 .


Najib kelihatan bersungguh-sungguh cuba mempamerkan nilai-nilai penyatuan dengan konsep satu malaysianya , walaupun realitinya apa yang cuba dilakukakan oleh beliau hanyalah gambaran satu nilai yang bersifat kosmetik sahaja(cosmetic value)menyembunyikan perkara sebenar .

Rakyat Malaysia diajak untuk bernostalgia dengan sambutan hari Malaysia 16 september sedangkan perkara yang sama dilakukan semasa sambutan kemerdekaan juga sebenarnya gagal untuk membuai rakyat dengan nostalgia lama untuk merangsang pemikiran rakyat bagi kembali memberi sokongan kepada mereka . Mungkin 20 tahun dahulu perkara-perkara seperti ini sudah cukup memberikan kesan tetapi dizaman maklumat yang bergerak begitu pantas merentas tanpa mengira sempadan mereka masih lagi hidup dizaman batu untuk membohongi rakyat.Adakah dengan mengajak rakyat bernostalgia akan dapat menutup segala kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan.

Bermula dari tahun 1965 kita sudah kehilangan singapura yang asalnya sebahagian daripada Malaysia cuma mampu bertahun untuk satu tempoh masa yang singkat dengan alasan untuk menghalang pengaruh komunis dari terus menular ketanah melayu maka dipisahkan singapura dari Malaysia apabila rang undang-undang perpisahan antara singapura dan Malaysia diluluskan di parlimen pada 9 ogos 1965 akhirnya apa yang kita lihat singpaura menjadi antara kuasa ekonomi penting dirantau ini dan bukan menjadi sebuah negara komunis . Penguasan republik kecil itu semakin dominan apabila kita kehilangan pulau batu putih kepada singapura dan tanah ktm dipulau itu gagal dipertahankan . Semakin lanjut usia tertubuhnya Malaysia kita menjadi semakin resesif dan menjadi satu ironi apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Najib Tun Razak memilih sabah sebagai vanue pertama untuk sambutan satu 16 september , sedangkan dibawah pentabiran beliau rakyat sabah telah dinafikan hak mereka keatas blok minyak L dan M yang berada diluar pantai sabah diserahkan kepada Brunei yang dianggarkan bernilai lebih 32 billion ringgit yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat sabah secara khususnya.

Pesoalan nya, cukupkah sekadar membuai rakyat dengan nolstalgia lama agar mereka diulit mimpi indah walau pun hakikatnya ianya sekadar mimpi yang bertentangan dengan realiti sebenar . Mampukah mereka menyorokkan bangkai gajah yang begitu besar dengan sehelai daun kering dan layu dari pengetahuan rakyat , semua nya akan terjawab pada pilihanraya yang akan datang.

Botaman - dewan pemuda pas parit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!