Kami ingin tahu tentang siapakah anda mengikut kategori manusia seperti dalam senarai kami.
1-Muslim/muslimah yang yakin dengan Al-quran dan As -sunnah tanpa berbelah bagi.
2-Muslim/muslimah yang kurang yakin dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi
3-Muslim/muslimah yang tidak yakin dengan apa yang disampaikan oleh Muhammad SAW
4-Muslim/muslimah yang bukan saja tidak yakin dengan Al-quran dan Sunnah nabi malah menentang Allah
dan Rasul(walaupun sedikit).
5-Muslim/muslimah yang bukan saja menentang,lebih teruk lagi bersekongkol dengan musuh Islam
menghancurkan agama Allah
6-Muslim/muslimah yang bukan saja menentang dan bersekongkol,tetapi menjadi pengkhianat/talibarut
pula dalam jemaah Islam.
7-Muslim/muslimah seperti no 2,3,4,5,6 dan semua
sekaligus,tetapi masih kekal dalam jemaah Islam dan
kononnya berasa selamat seolah-olah pejuang sejati.
Sekiranya anda dalam senarai no 1,syukurlah dan mohonlah dari Allah dengan rendah hati,moga di berkati amal ibadat kita.Tapi selain dari no 1 itu,anda sebenarnya tidak mahu ada ruang dalam ilmu tauhid dan berjaga-jagalah dengan janji-janji Allah.Sila respon apa yang kami sampaikan ini sekiranya anda tidak berpuas hati ataupun ada pandangan sendiri.Semua pandangan dan respon anda adalah di dahului sengan ucapan terima kasih.
DPPK PARIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.