PARIT,  12 Julai - Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit (DPPKP) tidak ketinggalan dalam demam  bola sepak Piala Dunia yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Pada malam  yang bersejarah itu, kira-kira 60 orang hadirin telah memeriahkan acara-acara  yang berlangsung sejurus selepas solat isyak di Markas PAS Titi  Gantung,Perak. 
 Acara malam semalam  mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila berlangsungnya acara yang paling  unik iaitu "Bola Sepak Berapi" yang mendapat sambutan hangat oleh golongan muda.  Sebanyak 4 buah pasukan telah berentap untuk merebut anugerah johan dan ianya  telah dimenangi oleh pasukan MRRQ. 
 Menariknya, hadirin  turut disajikan dengan menu nasi ikan bakar BBQ dan acara-acara lain iaitu kuiz  isu semasa dan cabutan bertuah. Sementara menunggu saat bermulanya perlawanan  akhir Piala Dunia 2010, para hadirin juga tidak mensia-siakan masa yang terluang  memandangkan pihak penganjur ada menyediakan tayangan video isu-isu semasa.  Apabila bermulanya perlawanan bersejarah itu, semua hadirin yang hadir  menyaksikannya di skrin putih gergasi yang disediakan. 
                                            Ustaz zaidan sedang memberikan ucapannya  
Menurut  Ketua DPPKP, Ustaz Zaidan Abdul Ghani ketika berucap di majlis perasmian, dalam  PAS kita juga berhibur dan mengikuti Piala Dunia Bola Sepak, tetapi kita tidak  sekali-kali lalai atau melanggar batasan Islam. Kita hendaklah sentiasa  mengingati Allah dan menelusuri perjuangan Islam di mana-mana sahaja. Beliau  juga berpesan supaya semua hadirin solat subuh berjemaah di masjid sebelah  markas sebaik sahaja tamat perlawanan tersebut. Selepas perlawanan, Ustaz Zaidan  kelihatan begitu gembira dengan keputusan perlawanan akhir yang berprestij itu kerana beliau merupakan penyokong kuat pasukan sepanyol.
                                         antara aksi  bola api-perlawanan diadakan diatas padang 
                                        futsal pemuda pas parit .....hangit bau bulu kaki yeop



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.