"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Julai 06, 2010

Bolehkah muslimat jadi timbalan presiden?



Soalan 1:
Apakah nasihat tuan-tuan semua kepada anak-anak kalian? Apakah harapan Naib Presiden sekalian ke atas mereka? Adakah Naib Presiden sekalian akan menggalakkan mereka menceburi bidang politik?
TITM: Saya mempunyai 8 orang anak – 3 lelaki dan 5 perempuan. Anak sulung lelaki berusia 22 tahun, bersama anak kedua, ketiga dan keempat sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa cawangan Kuantan dan Gombak. Dua anak berada di sekolah menengah manakala dua lagi di sekolah rendah.
Nasihat buat anak-anak macam orang lain juga, dua perkara utama ialah solat berjamaah di awal waktu dan al-Quran mesti dibaca setiap hari. Tentang penglibatan diri dalam jamaah adalah wajib.
Kita perlu melahirkan sekurang-kurangnya seorang petugas jamaah setiap rumah.
Pengalaman dibesarkan dengan menghormati ibubapa dan guru sangat besar kesannya dalam kehidupan saya sekeluarga. Emak sering berpesan 'jangan sesekali menyakiti hati guru, kamu tidak akan berkat selama-lamanya. Kerana keberkatan ilmu lebih penting dari banyaknya ilmu".
SA: Saya mempunyai enam orang anak - yang sulong berusia 24 tahun sudah bekerja sambil belajar lagi, yang nombor dua, tiga dan empat semua berada di universiti, yang kelima mengambil SPM tahun ini dan yang kecil sekali baru darjah empat.
Saya mahu mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka kena menimba ilmu yang sebanyak-banyaknya kerana mereka mesti menjadi orang yang berilmu dan beriman dan dengan itu sahajalah saya rasa saya dapat memberikan mereka bekalan yang secukupnya untuk mereka di dunia dan juga di akhirat.
Sudah pasti anak saya akan mewarisi perjuangan yang saya bina untuk keluarga pada hari ini. Ini memang sesuatu yang menjadi cita-cita saya lah, paling tidak pun sebelum saya pergi meninggalkan dunia ini, ada di kalangan anak-anak yang akan mewarisi perjuangan yang saya bina ini.
Selain politik, saya berharap mereka jadi orang yang knowledgable, yang mampu menghadapi setiap cabaran hari ini dan yang pasti saya juga mahu mereka mempunyai keluarga yang bahagia, yang mengikut spesifikasi Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS hari ini.
Kaya tak kaya itu terpulang pada mereka kerana matlamat di dunia ini bukan kita mencari kekayaan tapi kebahagiaan yang berasaskan ajaran Islam yang kuat.
MO: Saya ni tak banyak anak. Tiga orang saja - yang sulung lelaki, dua lagi perempuan. Walaupun miskin tetapi saya mengharapkan kekayaan ilmu, ibadah dan amalan-amalan yang mulia perlu dimiliki anak-anak.
Inilah kegembiraan saya sebagai seorang ayah. Saya hanya meletakkan pengharapan dan bimbingan untuk mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Anak-anak saya telah teruji dengan persekitaran kehidupan yang mencabar apabila saya ditahan ISA dan dipenjarakan. Dan saya tidak pernah menghalang malah gembira kalau ada yang mengikut jejak saya. Nampaknya ada yang nak ikut.
Yang tidak dapat saya lupakan apabila anak-anak menziarahi saya di Kamunting dan di Penjara Kajang. Saya masih ingat masa di Kamunting, anak kedua saya masih kecil dan saya sempat menyuap ais krim kepadanya. Itu luahan kasih sayang yang dapat saya terjemahkan.
Soalan 2:
Apakah anda fikir muslimat layak menjadi Timbalan Presiden PAS? Apakah hujah Naib Presiden terhadap jawapan yang diberikan?
MO: Soal jawatan dalam parti, saya berpegang kepada peruntukan perlembagaan parti. Tiada larangan untuk muslimat memegang apa-apa jawatan dalam parti termasuk timbalan presiden.
Malah dalam majlis syura ulamak sebagai badan tertinggi pun mempunyai anggota di kalangan muslimat. Parti telah mengiktiraf kebolehan muslimat di dalam syura, jadi tiada masalah untuk muslimat memegang apa-apa jawatan di peringkat eksekutif.
TITM: Persoalan layak atau tidak muslimat jadi timbalan presiden PAS - bagi perlembagaan parti, kita bersifat terbuka bagi sesiapa sahaja ahli untuk bertanding, walaupun ia agak janggal bagi sebuah gerakan politik di Malaysia.
Sehingga kini tiada mana-mana parti politik di negara ini menjadikan timbalan mereka dari kalangan wanita. Tentulah ia lebih aneh bagi sebuah parti Islam.
Cabaran besar bagi sebuah parti politik ialah membina keyakinan ahli dan massa ke arah dasar yang diperjuangkan parti. Sesiapa sahaja yang mampu membantu ke arah perjuangan parti, ia adalah amilin bagi parti, walaupun ia tidak memegang apa-apa jawatan sekalipun.
SA: Saya rasa dalam parti kita tidak menentukan siapakah yang menduduki jawatan parti itu … dan saya rasa setiap orang bebas untuk mengisi keperluan perjuangan dan mengisi kriteria yang parti kita harapkan.
Saya mungkin rasakan berdasarkan keadaan dunia yang berubah dan dunia yang semakin mencabar ini, saya rasa tidak mustahil satu hari besok, ada di kalangan muslimat yang akan duduk di peringkat itu sekiranya mereka membuktikan mereka layak. Bagi saya, saya sentiasa berfikiran positif.

Soalan 3:
Pada pandangan Naib Presiden, apakah ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang digeruni?
SA: Dalam menghadapi era hari ini, saya rasa kita perlukan pada suatu kekuatan peribadi yang paling fundamental dalam Islam iaitu, bagi saya pemimpin yang paling digeruni hari ini ialah mereka yang sangat tinggi dan murni akhlaknya dan juga berpengetahuan tinggi dalam semua bidang ilmu.
Akhlak mengambil tempat dahulu kemudian keduanya barulah ilmu dan iman yang berada dalam diri mereka yang akan memandu stail dan gaya kepimpinannya.
TITM: Ciri-ciri pemimpin yang digeruni ialah pemimpin yang sentiasa gerun kepada azab Allah sehingga ia merasai kehebatan melaksanakan perintah Allah mengatasi segala yang lain.
Pemimpin itu haruslah juga merupakan seorang yang memelihara hubungan dengan Allah, dan menjaga batas larangan Allah.
Di samping itu, pemimpin itu harus bersifat tegas dengan prinsip perjuangan dan mampu mengemukakan idea yang berkesan pada waktu yang tepat, di samping menghargai perbezaan pandangan, dan mencari yang terbaik untuk ummah.
MO: Pemimpin tidak boleh digeruni rakyat kerana ini akan menjauhkan dan menjarakkan pemimpin dengan rakyat. Pemimpin perlu ada sifat yang digeruni musuh tetapi penyayang dengan rakyat dan mudah didekati.
Oleh itu pemimpin mesti memiliki gandingan kekuatan rohani, fizikal dan mental. Ini bermakna pemimpin perlu punya ketahanan untuk mengharungi cabaran untuk membawa pembaharuan dalam masyarakat.
Tidak cukup dengan ketahanan dalaman tetapi pemimpin perlu juga memiliki kebijaksanaan, ketepatan dalam membuat pembacaan persekitaran semasa dan masa depan. Pemimpin mestilah memiliki pemikiran stategik untuk merencana strategi masa depan.
Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang bukan hanya berfikir mengenai “What’s for next election?” tetapi pemimpin yang bersifat sebagai seorang negarawan yang akan berfikir pasal “What’s for next generation?”
------------------------------------------------------------
Kolum mingguan baru “MINDA NAIB PRESIDEN PAS” akan memaparkan komen-komen esklusif daripada 3 Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Berhormat Saudara Salahuddin Ayub.
Setiap minggu, dua hingga tiga soalan akan ditanya kepada 3 ahli berhormat PAS yang merangkumi semua aspek termasuk isu semasa, isu politik, isu dalaman PAS, prediksi, isu keluarga, agama dan juga soalan-soalan terpilih daripada pembaca supaya kita dapat mengenali ketiga-tiga Naib Presiden PAS secara lebih dekat.
Jika saudara mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila hantarkan soalan saudara ke sembangnaibpresidenPAS@gmail.com. Pemilihan soalan pembaca adalah bergantung keistimewaan soalan dan juga budi bicara pengelola kolum ini.
P.S Minda Presiden ditangguh minggu lepas kerana Ustaz Datuk Tuan Ibrahim pergi menunaikan umrah. Amin.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!