"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Julai 13, 2010

German Malaysian Institute (GMI) Mengaku......

Ekoran dari artikel saya bertajuk “German Malaysian Institute (GMI) Pun Dah Kering Fulus”,  saya merasa perlu untuk saya mendapatkan pengesahan dari pihak MARA dan GMI supaya tidak dikatakan menyebar fitnah. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak MARA dan dapat bercakap dengan seorang wanita (Pn.H) yang menjaga program GAPP. Mengikut Pn.H, beliau tidak mengetahui hal tersebut dan berkemungkinan ianya dilakukan oleh pihak GMI bagi menyelesaikan masaalah kelewatan membayar yuran oleh para pelajar.

Sekali lagi saya mengambil inisiatif menghubungi pihak GMI melalui talian   +603-8921 9000 tetapi tidak dijawab. Saya menghubungi bahagian kemasukkan dan rekod di nombor +603-8921 9011 juga tiada jawapan. Saya masih tidak berputus asa dan mencuba menghubungi bahagian hal ehwal pelajar ditalian +603-8733 9255 dan agak bernasib baik kerana panggilan ini dijawab. Saya telah dihubungkan kepada En.A yang mana telah mengaku bahawa pihak GMI memang mengenakan denda lewat bayar sebanyak RM20 dan ditambah RM10 setiap hari hingga maksima RM50 seminggu. Mengikut En.A, memo telah dikeluarkan dan ianya merupakan prosedur biasa yang dijalankan oleh pihak GMI. En.A, juga memaklumkan bahawa para pelajar tidak membaca memo yang diberi oleh pihak pengurusan GMI.
Ketika ditanya adakah pihak MARA mengetahui tentang perihal denda lewat ini, En.A, menjawab bahawa pihak MARA mengetahui. Setelah dimaklumkan bahawa saya telah menghubungi pihak MARA dan pihak MARA tidak mengetahui maka En.A terdiam.
Selepas itu saya bertanyakan perihal ketiadaan Pensyarah selama hampir 3 bulan, beliau mengesahkannya dan menyatakan bahawa Pn.M yang bertanggungjawab dan bukan pihak beliau. Bahkan beliau juga mengakui bahawa terdapat pelajar yang mengupah guru tuisyen bagi menangani masaalah tersebut.
Pertanyaan saya kenapa selama 3 bulan ketiadaan pensyarah, pihak GMI tidak membuat sebarang potongan yuran dan kini denda dikenakan oleh pihak GMI kepada pelajar yang lewat membayar yuran selama 1 hari tidak dijawab oleh En.A.
Selepas itu, saya menghubungi rakan saya di GMI dan beliau mengesahkan pada jam 10 pagi tadi, denda dinaikkan kepada RM25.00. Mengikut beliau, kenaikkan sepatutnya berlaku jam 12 tengahhari tetapi diawalkan pada jam 10 pagi.
Saya mendapat maklum balas dari seorang rakan yang mempunyai anak yang sedang mengikuti kursus GAPP di GMI barusan tadi mengatakan bahawa kerani yang menerima pembayaran juga bersikap non polite bila ditanya oleh para pelajar rasional denda tersebut. Mengikut anak beliau, sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian ini.
Untuk pengetahuan semua, saya menalipon MARA dan GMI dengan memaklumkan bahawa saya mendapat maklumat ini melalui internet (detikdaily) dan menyamar sebagai seorang penjaga pelajar.
Tak sampai 15 minit selepas memaklumkan tentang detikdaily, hit ke artikel tersebut mencecah 800 lebih  dari 700 sebelumnya.
Saya sedang menunggu jawapan dari pihak MARA dan GMI bagi membuktikan siapa yang bercakap benar. Adakah MARA atau pun GMI atau KEDUA-DUA PIHAK BERBOHONG............................  


2 ulasan:

  1. pelajar gmi keseluruhan nya adalah berbangsa melayu......adakah pihak mara dan gmi mahu menyusahkan bangsa mereka sendiri?????

    BalasPadam
  2. Kenapa mesti bayar lambat. Benda lain boleh pulak beli. Inilah masalah org melayu...fikirkanlah...semua benda nak bantuan tapi nak enjoy

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!