"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Ogos 31, 2010

SEKILAS PANDANG



Isnin, Ogos 30, 2010

Fitnah : PAS beri amaran pada Zainuddin Maidin




Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh
bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan
bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 PAS minta Allahyarham Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika
Konfrontasi Malaysia-Indonesia PAS menyebelahi Indonesia supaya
‘mengambil’ Malaysia.




Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan
Jahat PAS" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan
cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina
dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta
bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang
mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.


PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan
sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan
bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.


Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan
propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan
dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS
menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi
menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai
tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan
negara dan menjaga kepentingan rakyat.


PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan
memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik
fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan
dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan
mengemukakan saman kepada beliau.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Jumaat, Ogos 27, 2010

AWAS BARANGAN BERLEMAK KHINZIR!!!





KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.



JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.


"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.


The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :


Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.


"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.


The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :


Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.


http://www.halaljakim.gov.my



Pengetua 'rasis' dijangka bertukar sekolah

Pengetua lelaki sebuah sekolah menengah luar bandar di Kedah yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam baru-baru ini, dijangka ditukarkan ke sekolah baru yang juga terletak di kawasan luar bandar, mulai 1 September ini.



Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) itu dikatakan akan memulakan tugasnya di sebuah sekolah menengah yang terletak di kawasan Felda dalam daerah pendidikan Baling/Sik.


Sumber berkata, pertukaran yang secara 'suka sama suka' itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.


"Langkah itu difikirkan sesuai untuk masa ini dan ia adalah proses pertukaran biasa," kata sumber itu yang memberitahu siasatan terhadap pengetua tersebut dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang dikendalikan Penolong Pegawai Pelajaran (Hal Ehwal Murid), Salmah Hamdan.


'Balik ke China'


"Secara lisannya, pengetua berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menunggu surat rasmi untuk berbuat demikian," katanya.


Selain murid, beberapa guru SMKBS dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan juga memberi kenyataan dan bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.


Turut menyiasat kes itu ialah jemaah nazir dari Putrajaya dan polis cawangan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.


Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa.


Tindakan itu mendapat respos segera daripada partai politik - MCA dan Gerakan - yang mahu tindakan diambil terhadap pengetua berkenaan termasuk menukarkan ke tempat lain.

Sumber itu berkata, pengetua berkenaan juga telah meminta maaf kepada sekumpulan pelajar terbabit dalam pertemuan khas di sekolah berkenaan beberapa hari lalu.

Malaysia Kini

SEBUSUK TAHI DI JAKARTA

Ungkapan yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahthir bahawa umno telah busuk sehingga ke usus, mungkin itu yang telah cuba ditafsirkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan tersebut apabila mereka menginjak-hinjak jalur gemilang dan melontarkan najis ke kedutaaan Malaysia di Jakarta. Seharusnya pada hari itu mereka tidak menghinjak-hinjak jalur gemilang yang pasti mereka telah tersilap bendera, kerana seharusnya mereka memilih bendera yang melambangkan orang yang busuk perutnya, busuk hatinya dan busuk mulutnya .


Mereka yang busuk mulut itu menyatakan bahawa , ada lawan menjadi dalang ,kata barua-barua suruhan mereka yang dibeli dengan harga yang murah Itu .Hati mereka busuk terhadap saudara –saudara se Islam mereka di Palestin bertindak berpura-pura simpati menghulurkan tangan memberikan bantuan yang tidak seberapa hanya sekadar untuk interfrim dikaca-kaca tv , sekadar untuk meraih undi dan untuk membohongi kenyataan sedangkan tangan yang sama berjabat salam dengan yahudi , bukannya salam kosong tetapi dengan nilai puluhan juta ringgit .


Mulut mereka busuk , hati mereka busuk , perut mereka busuk bagaimana manusia yang sebusuk ini dapat menutup hidung semua orang ,sudah pasti orang yang bijak dapat menghidu lakonan mereka.Lantas kenapa mereka ini masih lagi mahu terus berlakon 'duit raya untuk semua' ,yang pencen Cuma dapat RM 500 ringgit sedangkan tiga keping notis saman sudah RM900 ringgit, masih lagi pening kepala untuk beli daging dan lemang.Hari raya sudah hampir, itu belum lagi di kira dari saman yang akan dikutip oleh anak-anak sepanjang perjalanan pulang ke kampung semuanya tidak lagi seharum kasturi yang ada cuma sebusuk tahi di Jakarta.

-Luahan tak puas hati -



Dewan Pemuda Pas Parit

Khamis, Ogos 26, 2010

FAIZAL TAHIR ANTI ROCK???

Semalam seorang artis rock(jiwa rock kononnya) dengan wajah selamba dan yakinnya telah membuat satu kenyataan tentang konflik Palestin.Ini berikutan beliau telah berjaya menyeberangi sempadan Mesir-Palestin minggu beberapa minggu yang lalu.

Artis yang dimaksudkan ialah Faizal  Superman (Faizal Tahir).Beliau mengatakan kita patut bersyukur dengan apa yang kerajaan berikan kepada rakyat dibandingkan  dengan Palestin yang serba kekurangan(maksud bahasa yang beliau berikan).

Selanjutnya kita jangan jadi rakyat yang hanya sibuk mengkritik kerajaan yang ada.Cara Faizal tahir bercakap ni memang seolah-olah si 'cerdik berbicara'.Kita sebenarnya tidak berminat mahu mengkritik sesuatu yang betul.Ini kerja yang tidak betul.Adalah malang ada anak muda hari ini seperti beliau marahkan (Walaupun tidak merujuk kepada sesiapa) pro pembangkang.

Jika beginilah cara pemikiran Faizal,pastinya suatu hari nanti akan lahir satu generasi seperti ini,yang mendabik dada segalanya baik dan elok di Malaysia.Tiada apa yang kurangnya negara kita ini.....ya!jika kelebihan itu sahaja yang kita saksikan di Malaysia,maka kita akan melihat kelebihan itu,dan kita terlupa kekurangan kita.

Anda bandingkan bangsa Palestin dengan Malaysia.Dari beberapa sudut sahaja iaitu,kemajuan dan kesedapan dunia.Dimana kita mahu sorokkan sudut-sudut kemuliaan,kedamaian dan paling penting sekali keredhaan Allah?Adakah cukup sekadar datang ke Palestin,kemudian balik ke Malaysia dan mendakwa kerajaan Malaysia ini sangat prihatin???Bagaimana janji Allah tentang amalan baik-buruk kita yang sebesar zarrah itu???

Tahukah Faizal Tahir ini,manusia itu lebih aman menyembah manusia(kerana mahu redha manusia) melebihi Allah ???Jangan disebabkan Faizal mahu dianggap menegenang BUDI kerajaan,maka Faizal lupa untuk mengenang BUDI 'Raja' segala kerajaan....JANGAN LUPA FAIZAL!!!


MAT MISKIN DPPK PARIT

KAFIR HARBI LAWAN ISLAM, MELAYU HARBI BERNAMA UMNO


Ketua penerangan Pemuda UMNO ini tidak berwajah melayu, tapi dakwanya melayu

utusan meroyan melaporkan;

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mempertahan khatib jemputan, Zakaria Ahmad mengenai doa yang dibacakan dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang merupakan pendirian kolot parti itu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan Pemuda Pas tersebut hanya akan menyebabkan agama Islam terus dipandang mudah dan diperlekeh oleh masyarakat luar. [sila klik]

komen;

UMNO bukan sekadar tipu melayu, tetapi kini sudah sampai satu tahap yang sungguh kritikal, iaitu mula hendak membohongi agama.

Di mana salahnya mendoakan hidayah terhadap Ketua Menteri pulau Pinang yang dilakukan oleh Khatib, ustaz Zakaria Ahmad. Sama ada atas mimbar atau tidak?

Nama yang dipertuan Agong hendak disebut atau tidak, ia tidak memberi sebarang kecacatan kepada islam sedikit pun. Khalifah islam yang empat, Abu bakar As-Siddiq, Umar bin Al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Talib, tidak pernah marah pun kepada mana-mana khatib yang tidak pernah mendoakan mereka di atas mimbar.

Sikap UMNO ini, lebih kepada hendak mengampu, bukan untuk menyatakan keikhlasan mereka terhadap yang dipertuan Agong. Jika ini keadaan UMNO, adalah layak parti itu di lempar dengan pasir.

sabda nabi SAW;

ارم التراب علي المداحين

maksudnya;
"lempar tanah terhadap kaki mengampu"

pada UMNO, mendoakan agar orang bukan Islam memeluk islam merupakan kolot. dengan maksud, UMNO amat rela dan bangga jika Lim guan Eng kekal dalam keadaan tidak Islam.

Jika nabi SAW melihat, salah seorang dari dua umar [umar bin Al-Khattab dan Amru bin Hisyam atau dikenali Abu Jahal] masuk islam akan menyebabkan Islam akan digeruni, maka keadaan yang sama juga dilihat oleh Khatib, Ustaz Zakaria Ahmad dengan keislaman Lim Guan Eng.

Dengan keislaman Umar bin Al-Khattab ekoran keberkatan doa Nabi SAW itu, menyebabkan kafir Quraish takut dan gentar terhadap Islam, maka keadaan yang sama juga sedang menimpa 'kafir Quraish malaysia' yang bernama UMNO dengan keislaman seorang pemimpin politik yang bernama Lim Guan Eng.

"wah... nampaknya semakin teserlah penolakan UMNO terhadap Islam.. nampaknya amat relevan bahawa UMNO digelar MELAYU HARBI"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
26 Ogos 2010 * 3:40 Pagi

Elok MCA keluar BN masuk Pakatan Rakyat


SEJAK akhir-akhir ini kelihatan Umno dan MCA sering bercakaran sesama sendiri, bersengketa dalam hal-hal perkauman sempit, kata-mengata antara satu sama lain.
Persengketaan kedua-dua parti utama komponen Barisan Nasional ini mengheret kepada pertikaman lidah antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek

Apa yang dibangkitkan MCA, dalam usaha mereka untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina yang sudah beralih kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP, mungkin dilihat relevan untuk survival MCA.
Namun Umno melihatnya pada perspektif yang berbeza. Umno mendakwa MCA sudah terlalu rasis, menjejak langkah DAP. Sehinggakan TPM sering memberi amaran kepada MCA supaya jangan sesekali menggugat persefahaman BN dengan pelbagai kenyataan yang menghiris hati orang-orang Melayu dalam Umno.
Persengketaan ini berlaku sehingga wujud pertikaian di kalangan BN bahawa MCA sudah tidak setia dan tidak boleh dipercayai lagi.
Pertelagahan Umno-MCA bukannya baru. Hampir setiap kali Perhimpunan Agung Umno atau MCA, masing-masing sering mengeluarkan ucapan dan usul yang berbaur rasis.
Apa pun, di sebalik pertelagahan Umno-MCA, ada yang kata persengketaan ini sebagai sandiwara. Ada yang kata, cetusan api perkauman Umno-MCA boleh berulang seperti peristiwa perbalahan bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai dengan Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tahun 1987 sehingga membawa tangkapan ISA.
Jika MIC sudah dikambing hitamkan oleh Umno, sehingga ditubuhkan parti Makkal Sakhti, barangkali pemimpin Umno boleh berfikir untuk mewujudkan parti baru untuk menggantikan MCA.
Sebenarnya masalah MCA sama dengan masalah Umno, sama dengan masalah Gerakan dan MIC. Masing-masing tengah meroyan kerana kekecewaan ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, sampai sekarang masih terkesan.
Umno terpaksa menukar Presiden. Umno terpaksa memperbetulkan arah tuju perjuangan. Umno mahu jadi lebih Melayu pada Melayu. MCA juga begitu, mahu jadi lebih Cina dari Cina dan MIC mahu jadi lebih India dari India.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana perjuangan mereka, teras dan asasnya adalah perkauman. Semua parti ini asasnya adalah rasis. Mereka tegak dan disokong selama ini oleh bangsa masing-masing.
Asal tujuan mereka ialah Umno diguna untuk menjaga Melayu. MCA untuk jaga Cina dan MIC untuk jaga kepentingan kaum India.
Masalahnya ialah kini Umno-MCA-MIC sudah ditolak bangsa mereka sendiri. Sebab apa Melayu tolak Umno? Sebab apa Cina tolak MCA? Sebab apa India tolak MIC? Ini yang harus dikaji sebenarnya.
Sebabnya yang pertama Umno, MCA dan MIC tidak menjaga kepentingan bangsa masing-masing. Jika ada pun hanyalah pada kadar peratusan yang rendah.
Yang Umno, MCA dan MIC jaga adalah kepentingan pemimpin, keluarga dan kroni. Selama ini tidak ada perkongsian pintar dalam BN untuk memperjuang dan menjaga kepentingan rakyat pelbagai kaum.
Yang ada hanyalah perkongsian pintar Umno, MCA dan MIC untuk 'menyapu' sebanyak mana harta negara untuk kepentingan anak-beranak dan juak-juak mereka.
Sebab itu hari ini kita dapat lihat puluhan kes dalam siasatan, segelintir yang dihadapkan mahkamah, yang membabitkan penyelewengan, skandal dan salah laku pemimpin BN.
Ini isu sebenar. Isu utama kepada rakyat bahawa pemimpin Umno, MCA dan MIC from no where, sekarang ini sudah terlalu kaya raya dan hidup mewah kerana kuasa politik yang mereka ada.
Sebab kedua ialah, rakyat Malaysia sudah semakin terbuka dan matang. Mereka sudah tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman yang sempit.
Rakyat Malaysia sama ada tua muda, mahukan kehidupan yang harmoni dan rasional. Bagi rakyat yang penting adalah keadilan dalam pemerintahan, meliputi semua kaum, tanpa dibatasi atas nama Melayu, Cina, India atau sebagainya.
Maka dengan sebab itu permasalahan yang dihadapi Umno, MCA, Gerakan dan MIC sekarang ini adalah amat kronik.
Selepas dua tahun, sebenarnya mereka masih gagal memulihkan sokongan rakyat, malah yang lebih teruk lagi gagal memperbetulkan struktur dalaman parti masing-masing.
Mereka beruntung kerana mereka masih berkuasa di peringkat Pusat. Mereka boleh melindungi kepincangan dan penyakit dalaman mereka dengan bantuan media talibarut BN.
Dalam konteks MCA, apa yang dibangkitkan oleh Soi Lek, sama ada soal Islam dan Melayu, soal kouta dan sebagainya, hanyalah untuk mencuri perhatian umum, bahawa MCA masih wujud dan bernyawa.
Barangkali beliau menyangka, dengan berbuat demikian dapat mengalihkan perhatian rakyat kepada MCA, sekali gus memberitahu MCA masih relevan dalam politik negara.
Tetapi Soi Lek dan rakan-rakan pemimpin dalam MCA harus sedar bahawa kedudukan mereka dalam BN sudah tidak lagi relevan. Mereka sering dibuli pemimpin Umno.
Ramai pemimpin MCA dijangka akan menuruti jejak langkah bekas Presiden, Tun Ling Liong Sik yang didakwa terbabit dalam penyelewengan PKFZ. MCA pun tahu ramai pemimpin Umno yang terbabit dalam pelbagai skandal, tetapi didiamkan kerana mereka Umno.
Jelas, kedudukan MCA dalam BN bukan lagi berasaskan smart partnership, sebaliknya mereka sudah jadi second class partner. Dalam kata mudah, MCA bagi Umno, hanyalah 'parti cap ayam'.
Kesimpulannya pertelagahan Umno-MCA menunjukkan bahawa konsep 1Malaysia gagal. Rakyat terfikir, bagaimana BN hendak promote 1Malaysia sedangkan hendak menjaga 1BN pun huru hara.
Oleh kerana itu rakyat tidak sesekali mahu menyokong parti yang sering bermasalah dan gabungan yang tidak stabil.
Justeru MCA tidak ada pilihan, jika mereka masih dalam BN, mereka akan 'close shop.' Kepimpinan MCA sudah beberapa kali membincangkan sama ada mereka harus kekal atau keluar dari BN dan inilah masa yang terbaik bagi mereka untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
 

Selasa, Ogos 24, 2010

CERAMAH TUAN GURU PRESIDEN


CERAMAH BADAR AL- QUBRA

Bersama:

YB. DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG(PRESIDEN)

YB. DATO SERI IR. HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN(MENTERI BESAR BERPELEMBAGAAN)

USTAZ HAJI ABU BAKAR HUSSAIN(PESURUHJAYA PAS PERAK)


TARIKH: 28 OGOS 2010/18 RAMADHAN 1431

TEMPAT: PONDOK PENGAJIAN DARUL MUBARAK,KAMPUNG SELBOH ,PARIT

MASA :10 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Isnin, Ogos 23, 2010

PROVOKASI UMNO BERJAYA

Kecoh 1 Malaysia dibuatnya apabila khatib dari Pulau Pinang dituduh membelakangkan AGONG dan Yang Dipertua dalam khutbah Jumaat.

Disana sini pelbagai lapisan masyarakat yang kononnya sayangkan Islam,membuat laporan polis tanda tidak berpuas hati dengan perkara itu.Tetapi benarkah mereka ini menyayangi AGONG dan Islam?

Kita tidak lupa,siapakah yang menimbulkan isu BANNER Anwar dengan Sultan Johor.Mana mungkin PKR sewenangnya menimbulkan isu GILA dengan memaparkan gambar SULTAN Johor itu.Puak lain yang buat kerja,pimpinan PR pula yang tanggung azab!GILA....punya kerja!!!

Kes di Pulau Pinang ada kemungkinan sama 90%...Semua pasti menjadi apabila melibatkan AGONG dan sensitiviti bangsa.dan yang  menjadi persoalannya,adakah anda terpengaruh dengan media-media pro BN ini???Tanya diri anda sendiri!ianya bermula dari bagaimana anda mengenal muslihat politik tanah air....

MAT MISKIN (DPPK Parit)

Gempar: Tragedi Ribut Taufan Bazar Ramadhan Jasin, Kini Melanda Pula Bazar Ramadhan Dekat Mahkota Square Depan Masjid Negeri Kuantan !!


KUANTAN, 23 Ogos - Hujan lebat berserta ribut petir melanda bandar ini sekitar jam 6.10 petang semalam. Kejadian yang berlaku ketika umat Islam sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa itu jelas sekali mengejutkan sebahagian besar penduduk disini. Apa tidaknya, igauan ngeri kejadian ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin di Melaka baru-baru ini masih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka. Ramai yang panik apabila melihat petir sabung menyabung dan ribut beserta hujan tiba-tiba datang mengganas. Keadaan panik itu menyebabkan berbagai insiden lain yang dipercayai berlaku di merata tempat. Tinjauan krew kami ke beberapa lokasi yang berkenaan mendapati keadaan yang berlaku amat mengejutkan sekali. Inilah kali pertama "ribut dasyat umpama halilintar" melanda bandar ini. Memang sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama seperti itu, tapi ia tidaklah sehebat apa yang berlaku petang semalam. Rata-rata orang ramai yang ditemui menganggap kejadian itu merupakan pertama kali dalam sejarah sejak mereka bermastautin di bandar itu. Banyak insiden lain yang berkaitan menyebabkan orang ramai terkejut dan tidak menyangka segalanya. Tambahan pula, ketika kejadian umat Islam sememangnya sedang menantikan waktu berbuka puasa dan rata-rata diantara mereka sedang bersedia ke arah itu. Mungkin dek kerana "bala dan kemurkaan Allah terhadap umatnya", tiba-tiba ribut yang dasyat itu berlaku.

Gerai Bazar Ramadhan Musnah Di Pukul Ribut


Difahamkan, beberapa buah kanopi di Bazar Ramadhan Mahkota Square (foto) di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I turut musnah akibat dipukul ribut petang semalam. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa di kawasan terbabit. Malah, difahamkan insiden itu juga berlaku selepas seorang "VVIP" melawat ke situ. Tujuh buah kanopi dipercayai melambung ke udara dan menghempap beberapa buah yang lain. Ini menyebabkan beberapa orang peniaga gerai berkenaan terpaksa bertempiaran lari akibat takut kejadi ribut taufan di Bazar Ramadhan Jasin berulang. Menurut sumber terdapat beberapa orang awam dan peniaga yang tercedera dalam kejadian itu. Seorang peniaga dipercayai telah patah tangan, manakala beberapa peniaga lain cedera ringan. Sebelum ini, kami pernah mendedahkan aktiviti berbuka puasa besar-besaran yang dijalankan di Padang MP3 di hadapan Masjid Negeri itu telah mencemar kesucian agama Islam. Ia berikutan orang ramai menjadikan aktiviti berkenaan sebagai pesta sedangkan mereka tidak mengimarahkan masjid sewaktu solat Maghrib berjalan. Malah, banyak terdapat adengan-adengan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu sendiri berlaku sebenarnya.


Ranap, sebahagian daripada gerai yang telah musnah dipukul ribut

Kedudukan Bazar Ramadhan yang hanya beberapa meter dari masjid

Kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan oleh pihak penganjur bazar
Malah, kami juga pernah mendedahkan terdapat beberapa orang peniaga yang sanggup tidak bersolat "Asar, Maghrib dan Isyak" apatah lagi "solat Tarawikh" biarpun jarak Bazar Ramadhan hanya beberpa meter dengan pintu masjid berkenaaa. Semuanya itu akibat kesibukan melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di situ. Penganjur tidak boleh disalahkan dalam hal ini, kerana peniaga sepatutnya mengutamakan tanggungjawab sebagai umat Islam daripada terus mengejar keuntungan duniawi. Akhirnya, apa yang kami khabarkan itu berlaku jua. Semuanya akibat kasilapan dan kealpaan mereka sendiri akibat tidak menghormati waktu solat dek kerana tertumpu kepada perniagaan masing-masing. Semoga kejadian yang berlaku ini dapat menyedarkan pihak yang berkenaan agar lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Usahlah alpa dan lalai, sedangkan mereka mendengar laungan azan dan berada betul-betul di hadapan "rumah Allah itu sebenarnya". Ambillah ikhtibar atas apa yang telah berlaku semalam.

[Sesungguhnya apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Tambahan pula sebelum hujat dan ribut melanda, kelihatan awan begitu hitam dan petir yang amat kuat. Ini membuatkan rata-rata orang ramai tergamam seketika kerana mengesyaki sesuatu yang dasyat akan berlaku. Mujurlah dalam kejadian petang semalam, tiada kehilangan nyawa terjadi. Malah, tiada kecederaan serius yang dilaporkan terjadi. Apapun, semua pihak harus berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini. Amaran Allah sudah bila ada manusia yang terus engkar dengan perintahNya. Difahamkan, kawasan lain yang teruk terjejas juga ialah di sekitar Indera Mahkota, Cenderawasih dan Bukit Setongkol. Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)].

Pahang Daily

Sabtu, Ogos 21, 2010

WAJAH-WAJAH DISEBALIK PERLEMBAGAAN BARU



1.Dato Seri Harussani -orang yang mendakwa  terdapatnya  perlembagaan baru negara dirangka oleh parti-parti politik tertentu untuk menyisihkan hak-hak orang melayu dan islam.Menampakkan tembelangnya secara terang menjadi alat kepada umno sejak tertubuhnya  kerajaan pakatan rakyat di perak









2.Drs Nizar Zakaria -membuat kenyataan akhbar (sinar harian ) agar orang yang terlibat dikenakan tindakan 
dibawah akta  dalam negeri -Didalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi parlimen parit kerana ramai yang berminat untuk mmengantikan tempat  beliau sebagai calon terpaksa membina reputasi untuk kekal sebagai calon kerana Parlimen Parit dianggap Save Seat untuk calon umno untuk pilihnarya yang akan datang .







KENYATAAN MP PARIT TIDAK BERLANDASKAN FAKTA

Parit- Dewan pemuda pas kawasan parit hari menyatakan kekesalannya terhadap kenyataan ahli parlimen parit Drs Nizar Zakaria terhadap isu perlembagaan yang disifatkan dangkal dan provokatif terhadap isu ujudnya penulisan perlembagaan baru seperti yang didakwa oleh mufti Perak Dr Seri Harussani didalam ceramahnya di AlorStar Kedah .Nizar didalam kenyataan akhbarnya menyatakan mereka yang terlibat seharusnya dikenakan tindakan dibawah akta keselamatan dalam negeri (ISA ) , ini merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik dan ianya juga tidak berdasarkan fakta bahawa perlembagaan negara hanya boleh diubah melalui kelulusan parlimen sahaja .


Ketua Penerangannya berkata , setiap kenyataan yang dikeluarkan mestilah bersandarkan bukti dan fakta yang sah , sedangkan belum ada pendedahan oleh mufti Perak tersebut terhadap apa yang didakwa .Berapa banyak sekalipun perlembagaan baru yang ditulis semuanya tidak terpakai jika tidak mendapat konsensus parlimen ,sebagai ahli parlimen yang kompeten seharusnya beliau lebih memahami perkara tersebut.Dewan Pemuda Pas Parit mengganggap isu ini merupakan perkara yang serius dan kami mencabar agar Drs Nizar zakaria mendedahkan apa yang didakwa sebagai perlembagaan baru kerana ianya benar-benar melibatkan kepentingan negara.

Dakwaan Dato Seri Harussani semasa berceramah di Alor Star yang menyatakan beliau telah menerima tiga buah buku baru perlembagaaan yang dikatakan ditulis oleh parti-parti tertentu
perlu disiasat dan didedahkan kerana kandungannya yang dikatakan menyisihkan hak-hak orang melayu dan islam mampu menyebabkan kehormonian diantara kaum didalam negara ini tergugat. Kita tidak mahu dakwaan ini sekadar untuk mencipta persepsi yang memberikan keuntungan politik kepada pihak-pihak tertentu tanpa disokong oleh bukti yang kukuh dan kita juga tidak mahu ianya dijadikan satu cara bagi menghalalkan implementasi tindakan dibawah akta keselamatan dalam negeri

Dewan pemuda Pas Parit berharap , isu ini akan dapat selesaikan dengan seberapa segera kerana ianya melibatkan kestabilan politik negara dan jika tidak ditangani dengan bijaksana ianya mampu mencetuskan perkara-perkara yang tidak dinigini.

Jumaat, Ogos 20, 2010

DINAR EMAS KELANTAN SATU SISTEM SIMPANAN PINTAR

Ungkapan Nothing beats gold ,zero inflation in 1450 years bukanlah ungkapan retorik semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang diakui oleh ahli-ahlisejarah dan ekonomi bahawa penggunaan dinar emas telah terbukti begitu berjaya tanpa mencetuskan krisis ekonomi untuk satu tempoh yang begitu panjang. Dengan reputasi yangbegitu baik seharusnya sistem ekonomi bersandarkan nilai intrisik(intrinsic value) emas seharusnya dikaji semula penggunaannya .Langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan seharusnya dipuji kerana ianya merupakan langkah awalan dalam mengorak langkah kearah satu bentuk adaptasi ekonomi lebih berdaya maju dan bebas daripada risiko untuk dimanupulasi oleh penyangak-penyangkak mata wang seperti George soros.




Emas yang mempunyai nilai intrisik merupakan satu sandaran yang lebih terjamin dan mempunyai nilai tambah yang sentiasa menokok setiap hari dipasaran emas dunia .Menyimpan wang didalam bentuk emas merupakan satu langkah yang cukup bijak kerana nilai emas yang sentiasa meningkat dan emas sebagai tukaran nilai bersifat universal yang diterima diseluruh dunia sebagaimana yang disabdakan oleh rasullah s.w.t akan tiba satu zaman tiada apa yang bernilai yang boleh digunakan oleh manusia ,maka simpan lah DINAR dan DIRHAM (untuk digunakan ) riwayat Imam Ahmad bin Hambal .



Pengeluaran emas pertama kerajaan negeri Kelantan dengan usahasa sama sebuah syarikat dari Negara china merupakan satu manifestasi kerajaan negeri Kelantan untuk memakmurkan ekonomi negeri dan pelancaran Dinar emas oleh Tuan Guru Nik Aziz merupakan satu gambaran bahawa kemakmuran dan kekayaan negeri itu akan dikongsi rakyat kelatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya dengan menjadikan Dinar emas sebagai satu sistem tabungan Pintar dimana rakyat secara tidak langsung dapat berkongsi kekayaan negeri tanpa membenarkan manopoli golongan-golongan tertentu sahaja, sdan mungkin itulah yang dikatakan islam adil untuk semua .



Penekanan terhadap penggunaan dinar emas merupakan satu tindakan yang memenuhi aspirasi ekonomi islam walaupun kedengaran suara-suara kerarjaan persekutaan yang seakan –akan tidak berpuashati terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan , seharusnya usaha murni itu disokong bukannya ditentang kerana apa yang dilakukan merupakan apa yang dituntut oleh islam

bagi menjamin keadilan ekonomi dapat dilaksanakan , sesungguhnya penggunaan dinar emas ini amat –amat tidak senangi oleh yahudi dan zinonist kerana sistem dinar dan dirham ini pasti akan menggagalkan agenda mereka untuk menguasai ekonomi dunia islam .



Agenda yahudi dan Zionis cuba untuk mengalihkan sandaran nilai emas ini dengan sesuatu yang lain sepert i nilai yang tinggi yang diletakkan keatas batu permata seperti berlian merupakan antara usaha mereka untuk melakukan tranformasi nilai keata sesuatu bidang yang mereka kuasai . Mereka menguasai pasaran berlian dunia melalui sindiket-sindiket berlian dunia yang dikuasai oleh mereka selain daripada sistem ekonomi moden bagi mengantikan sistem ekonomi islam .Kemunculan Dinar emas sebagai satu sistem merupakan satu assimilasi ekonomi yang mampu menjadi batu pengimbang kepada ekonomi dunia.





Boatman –Dewan Pemuda PasParit

Kerajaan langgar hudud Allah, rakyat hidup tanpa batas


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
-النور : 1
Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududullah  negeri Kelantan Darul Naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan Seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Saya mulakan dengan serangkap pantun :
Papan tualang mari diukir,
buat penyeri si kayu jati,
siang malam hidup berzikir,
hidup bersendi kehendak rabbi..
Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT? Inilah yang disebut di dalam firmanNya:
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ – سورة  الأنعام : 57
Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا – سورة الأنعام : 115
Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.
Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi  hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT. Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ – الحديد : 12
Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu
Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan:
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan أَنْزَلْنَاهَا bermaksud Kami turunkan diikuti dengan  فَرَضْنَاهَا bermaksud  wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya أَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya  oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT. Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
Allah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ – النور أية 2
Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Hudud bukanlah bererti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan  masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman:
وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ – سورة البقرة  أبة 229
Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.
Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT:
فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ... –سورة النساء أية 12-13
Yang bermaksud: Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.
Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia  meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.
Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT:
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة  المائدة: 38
Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :
1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil  lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.
Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.
2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ  – سورة الأعراف، أية 96
Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.
Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak.  Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.
Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.
Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.
Artikel di atas adalah teks ucapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan pada 9 Ramadhan 1431H bersamaan 19 Ogos 2010 di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Ramadhan: Mufti Chechnya Arah Tutup Pusat Maksiat ..M'sia?


Terpaksa mempertahankan hak..
KHAMIS 19 OGOS 10: Pemimpin spiritual wilayah Muslim Chechnya telah memerintahkan agar restoran (kegiatan maksiat) ditutup sepenuhnya selama bulan suci Ramadhan, namun perintah ini telah memicu kemarahan sebahgian aktivis dan warga yang mengatakan hal itu melanggar perundangan di Rusia.
Dengan latar belakang tersebarnya penentangan umat Islam yang dianggap radikal, telah membangkitkan lagi semangat pejuang Islam untuk menciptakan sebuah negara pan-Kaukasus yang diatur oleh syariah Islam.
Mufti Chechnya Sultan Mirzayev Rabu kemarin (18 Ogos) mengatakan bahawa kafe dan restoran perlu tetap tertutup bahkan setelah matahari terbenam pada bulan suci Ramadhan.. sebuah langkah yang dianggap radikal dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia orang Muslim.
"Kita tidak boleh bertoleren (dalam perkara maksiat), adanya bau makanan melalui jalan-jalan dan menggoda orang yang lapar kerana berpuasa." kata Mirzayev kepada Reuters melalui telefon.
Bulan suci Ramadhan, yang dimulai pada 11 Ogos di Rusia tahun ini, menyuruh umat Islam menjauhkan diri dari makanan dan minuman sampai matahari terbenam setiap hari. Warga ibukota Chechnya Grozny mengatakan ini adalah pertama kalinya pelarangan total terjadi, sedangkan tahun lalu mencatatkan hanya kira-kira setengah dari kafe dan restoran di Chechnya sahaja masih beroperasi.
Pusat kota sunyi pada hari Rabu kemarin kerana banyak kafe menutup pintunya. Hanya kedai-kedai dan pasar luar, di mana ramai orang Chechen membeli makanan mereka, yang masih berfungsi. "Mereka setidaknya meninggalkan kita beberapa tempat di mana kita dapat mengunyah," kata penduduk Grozny, Emira Sadulayeva, 32 tahun.
Perintah mufti itu tidak memiliki kekuatan undang-undang, tetapi mungkin akan diikuti kerana Mirzayev adalah pemimpin spiritual yang sangat dihormati. Dia mengatakan kafe yang menolak untuk mematuhi perintahnya "akan diarahkan tutup." Sebagai perbandingan, di negara Muslim tetangga Chenchnya, iaitu Dagestan, Ramadhan tahun ini berlaku sebagaimana negara-negara umat Islam lain di dunia, di mana kafe-kafe tetap buka waktu malam, dan alkohol disajikan.
Aktivis Hak Asasi Manusia dan pendiri Forum Masyarakat Sivil Chechnya, Minkail Ezhiev, mengatakan penutupan Kafe selama Ramadhan menunjukkan bahawa Chechnya telah berfungsi sebagai negara terpisah dari Rusia, di mana konstitusinya yang menyatakan agama dan negara adalah terpisah.
"Saya benar-benar menentang penutupan kafe-kafe.." katanya kepada Reuters. "Semuanya perlu dalam perundangan yang ditentukan di Rusia."
Ramzan Kadyrov, pengkritik yang disokong Rusia menganggap kononnya ada misi peribadi yang ingin memaksakan visi Islam di Chechnya, di mana alkohol dilarang, perempuan perlu pakai tudung di pejabat pemerintah dan poligami digalakkan.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Hal-hal seperti ini perlu diperhatikan oleh pejuang-pejuang hak asasi manusia. Golongan minoriti perlu diberi haknya, terutama dalam melaksanakan tuntutan agama masing-masing, supaya kumpulan-kumpulan tersebut tidak menjadi radikal. Jangan memandang hal-hal 'spiritual' dari persepsi 'material' dan sekular.
Di Malaysia juga hal-hal seperti ini perlu ditangani dengan baik. Tidak malukah di negara bukan Islam minoriti Muslim, pusat-pusat maksiat boleh ditutup di bulan Ramadhan, sedangkan di Malaysia masih berleluasa? (2MA)

Ibnu Hansyim

Raja Azmi DITAHAN Polis - Gagal Dijamin - Berbuka Di Lokap


Bukan sebab khalwat tetapi kes lain. Siapa yang mahu menggugutnya? Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tiada tanda akan berkesudahan apabila semalam penerbit filem itu ditahan ketika dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis.
 
Belum pun reda kisah dia dikaitkan sebagai punca perceraian bintang badminton, Muhammad Roslin Hashim dan Nurhayati Othman, Raja Azmi ditahan pada pukul 4.50 petang selepas dia membuat laporan polis berhubung satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa mempunyai unsur ugutan.

Penerbit filem itu ditahan selepas dia didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.

Dalam kes tersebut Raja Azmi didakwa terlibat dalam satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.
Sehingga pada pukul 12 malam tadi, Raja Azmi tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia akan terus dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) hari ini.

Suaminya, Jalani Sidek cuba mengikat jaminnya tetapi gagal. Akibatnya Raja Azmi kena berbuka puasa di dalam lokap.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan penahanan Raja Azmi oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

“Wanita itu ditahan berkaitan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 21 Julai lalu ekoran keingkaran penerbit filem itu untuk hadir satu perbicaraan,” kata beliau.

Sebelum ditahan, menurut beliau, Raja Azmi datang ke IPD Ampang untuk membuat laporan berhubung dakwaan dia menerima satu mesej SMS yang didakwanya ada unsur ugutan daripada seseorang yang tidak dikenali.

DUNIACACAMERBA

Khamis, Ogos 19, 2010

TAZKIRAH

Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak










Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.









Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”









Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.









Dalil-dalil tentang Aurat Wanita









(i) Batasan aurat wanita



Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,



“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].



Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].



Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].



Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.



Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].



Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,



“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]



(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu



(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan

(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).



Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,



“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].



Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.



Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).



Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.



Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,



“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].



Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.



(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)

Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.



Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,



“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]



atau sabda Nabi,



“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].



Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).



Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.



(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab



Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,



“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].



Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].



Larangan Bertabarruj

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,



“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]



Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah



“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]



Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,



“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”



Abul A’la al Maududi berkata:



“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-



(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);



(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].



Khatimah

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:



"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".



Wallahu ‘alam bi sawab.



BS

GILA BOLA!