"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Jun 06, 2010

Ambil tindakan tegas terhadap rejim Israel

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap jenayah yang dilakukan rejim zionis Israel.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi MPMN, Mohd Fadzil Jamal berkata, usul tergempar di Parlimen harus membawa tindakan mengheret rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menuntut keadilan 19 orang sukarelawan yang telah dibunuh, baru-baru ini.

MPMN juga, katanya mendesak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak lebih agresif dan proaktif terhadap jenayah terbaru yang dilakukan Israel seterusnya meminta sekutu kuat rejim Yahudi itu, Amerika Syarikat tidak membenarkan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Selain itu, kita berharap kerajaan Mesir terus membuka pintu sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia dapat dibawa masuk dengan mudah,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau menambah, MPMN juga menyeru mahasiswa dan masyarakat seluruh dunia bersatu hati dan berdiri di atas paksi keamanan sejagat untuk terus memberikan tekanan terhadap rejim Israel dan menyatakan pendirian tegas membenci sebarang bentuk kezaliman dan penindasan.

Baginya, bumi Palestin terus menangis apabila flotila pembebasan Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan terus disekat rejim Israel.

Terbaru, kapal MV Rachel Corrie yang disertai sekumpulan sukarelawan pro-Palestin seluruh dunia telah ditawan secara ‘aman’ oleh armada tentera laut Israel.

Mohd Fadzil berkata, sikap angkuh dan biadap rejim Israel itu terbukti kerana mereka sebelum ini telah menawan kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 19 orang sukarelawan terbunuh dan lebih 30 orang lagi cedera.

Katanya, rakyat Palestin diibaratkan hidup di penjara terbuka kawalan Israel yang menyaksikan setiap usaha membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sentiasa gagal di mana jalan darat terus disekat, tiada laluan udara dan perairan Gaza terus dipantau rejim zionis.

Tambahnya, serangan rejim Israel baru-baru ini telah membawa masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama turun ke jalan raya mengecam dan memprotes sekeras-kerasnya tindakan biadap mereka itu.

“Situasi getir ini juga mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab mengadakan sidang tergempar. Namun tiada resolusi bertindak yang tegas sehingga sekarang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pemimpin utama dunia termasuk Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel tersebut kerana telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.



Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!