Jumaat, Jun 04, 2010
Sirah para sahabat Rasulullah s.a.w
Sirah para sahabat Rasulullah s.a.w
Inilah Bilal yang menentang Umayah bin Khalaf dengan ucapannya “Ahad! Ahad!” sedang badannya berada di atas pasir panas membara dan dadanya ditindih oleh batu besar.
Inilah Khabab yang seluruh badannya di seterika, namun hal itu tidak memalingkannya keluar dr agama.
Dan inilah keluarga Yasir! Semuanya disiksa, Sumayah dibunuh, sedangkan mereka bersabar dan iman mereka tidak melemah. Kerana membenarkan janji Rasulullah s.a.w: “Sabarlah keluarga Yasir! Sesungguhnya yang dijanjikan pada kalian adalah syurga!”
Dan lihatlah sahabat Muhajirin! Mereka meninggalkan keluarga, harta benda, dan anak mengharungi padang sahara antara Mekah dan Madinah tanpa bekal. Mereka berhijrah kepada Allah dan RasulNya.
Dan inilah Abu Ubaidah! Dia membunuh ayahnya pada perang Badar. Abu Bakr as-Shidiq pada saat itu nyaris membunuh anaknya. Adapun Mush’ab, membunuh saudara lelakinya, Ubaid bin Umair.
Dan inilah Mush’ab yang syahid pada perang Uhud. Para sahabat tak mendapatkan kain pembungkus jenazahnya selain selembar serban putih bergaris hitam yang jika digunakan menutup kepala, kakinya terbuka. Semoga Allah merahmati Mush’ab. Sungguh, sebelumnya dia adalah seorang pemuda Quraisy yang hidupnya paling mewah.
Mari surut sedikit ke belakang, melihat tangan2 sahabat Anshar yang berjabat tangan berbaiat pada malam Aqabah, padahal mereka mengerti, seluruh bangsa Arab akan bersatu padu memerangi mereka dari segala penjuru, dan tokoh2 terbaik mereka akan dibunuh. Menghadapi semua risiko ini mereka bahkan berkata:
“Telah beruntung ‘jual beli’ ini, kami tidak membatalkan dan tidak akan minta pembatalan!”
Kemudian pandanglah mereka agar anda melihat mereka membahagikan harta, rumah, dan harta benda dengan saudara2 mereka, kaum Muhajirin.
“Dan mereka mementingkan saudara mereka daripada diri mereka sendiri, meskipun mereka sangat memerlukan.” (Al-Hasyr: 9)
Dengarkanlah kisah mereka pada perang Badar, salah seorang di antara mereka ada yang berkata kepada Rasulullah s.a.w:
“Berjalanlah ya Rasulullah, ke mana pun tuan kehendaki! Kerana kami akan menyertai tuan! Demi Allah yang telah mengutuskan Anda dengan membawa kebenaran! Sekiranya Anda menghadapi laut ini bersama kami, lalu tuan masuk menyeberanginya nescaya kami menyeberanginya bersama tuan. Tidak seorang pun dari kami akan ketinggalan..maka berjalanlah dengan berkat Allah!”
Lihatlah mereka, melindungi Rasulullah pada perang Uhud. Tujuh orang di antara mereka gugur kerana membela baginda s.a.w.. Kemudian, berjalanlah bersama kami ke perang Hunain, ketika 12 000 ribu perajurit melarikan diri meninggalkan Rasulullah s.a.w, sebelum akhirnya 80 sahabat Anshar berhimpun di sekeliling baginda untuk merebeut kemenangan dari kaum Hawazin dan mengumpulkan rampasan perang. Dan ternyata Rasulullah s.a.w mambahagi-bahagikan rampasan perang itu kepada selain sahabat Anshar. Baginda memberikannya kepada orang-orang yang paling dahulu melarikan diri dan paling belakang menyerang, kepada orang2 yang perlu dijinakkan hati mereka. Lalu, apa bahagian sahabat Anshar, ya Rasulullah? Inilah sabda baginda s.a.w kapada mereka:
“Tidakkah kalian rela kalau orang2 pulang dengan membawa domba dan unta, sedang kalian kembali dengan memboyong Rasulullah dalam rombongan kalian?”
Menangislah kaum Anshar sambil berkata:
“Kami redha dengan Rasulullah sebagai jatah dan keuntungan!” (HR al-Bukhari)
Marilah kembali ke Madinah! Lihatlah Abu Bakr As-Shidiq yang melepaskan seluruh hartanya sebagai andilnya dalam mempersiapkan pasukan Islam. Lantas apa yang dia tinggalkan untuk anak2nya?! Dia tinggalkan buat mereka: Allah dan RasulNya. Adapun Ibnul Khattab (Umar) mendermakan separuh hartanya, Uthman membiayai sendiri jaisyul ‘usrah (pasukan yang dikirim pada masa sulit, pasukan perang Tabuk)
Marilah berhenti di balik perang Khandaq. Tentera sekutu mengepung Madinah selama sebulan sehingga digambarkan “Pandangan mata telah miring dan hati sudah menyesak sampai di tenggorokan.” (al Ahzab : 10) Maka iman berpekik dari dalam kerongkongan itu: “Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita!” (al Ahzab :22)
Mari berhenti mengagungkan ribuan mujahid yang bergerak menuju Tabuk. Mereka meninggalkan tempat yang teduh penuh buah-buahan serta berjalan melintasi padang sahara gersang dan ganas. Tiada bekal selain sedikit kurma dan air tak seberapa. Namun dengan hati gembira mereka menyertai “Nabi Tercinta” dan “Pilihan Allah” Muhammad s.a.w.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.