Hari ini setelah dijanjikan dalam berita beberapa hari yang lalu,seramai 40 'ulama' telah dengan rasminya menyertai UMNO.Niat sebenar penyertaan mereka secara beramai-ramai hanya Allah sahaja yang mengetahui.Kita sebagai manusia mana mungkin tahu apa yang berada dalam benak 'ulama' ini.Namun,secara zahirnya,penyertaan mereka ke dalam UMNO hanyalah sambungan melukut di tepi gantang.Masihkah anda ingat bilama Almarhum bekas mufti Selangor,Ishak Baharom?Beliau yang begitu lama dalam kerajaan (mungkin bukan ahli UMNO) pun boleh digulingkan oleh UMNO sesuka hati,inikan pula beberapa 'ulama' muda dan segar.....masih mentah dan tidak tahu selok belok permainan politik bahaya UMNO!
Sekali lagi diingatkan kepada mereka yang begitu mengharapkan UMNO berubah dari UMNO yang pro kebangsaan kepada pro Islamik,bukan mudah membaca gerak kerja manusia,kalau UMNO mahu Islam,mereka sudah pun mengharamkan hiburan tidak kiralah yang melampau atau hiburan yang berlebih-lebihan.UMNO juga pasti menyokong perlaksanaan hukum sebat Kartika dahulu.UMNO juga sepatutnya berada dengan PAS ketika melaungkan anti Yahudi dan Israel(PM tidak menafikan kebenaran fakta kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang).UMNO juga sepatutnya tidak menyokong mana-mana agensi kerajaan yang mahu melaksanakan JUDI BOLA(nak main bola pun nak judi juga)dengan alasan rugi kalau tidak memanipulasi 'keadaan'.
Suka diingatkan,niat yang baik tidak menjanjikan hasil yang baik sekiranya kita membiarkan kebaikkan itu rendah dari keburukan .Mungkin kita rasa nak ubah UMNO dari dalam,takut-takut kita pula yang berubah menjadi UMNO(mungkar)dalam diam,kerana secara tradisinya memang begitu selalu..
Bahimatan Leh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.