"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Jun 05, 2010

NIZAR ZAKARIA SEKADAR BAHAN PUBLISITI UMNO DAN APCO


                        KETUA PENERANGAN DPPK PARIT



Parit –Kehadiran Y.b Nizar Zakaria bersama sukarelawan didalam kapal Rachel Corrie yang menuju ke Gaza sebagai wakil kerajaan Malaysia hanya sekadar untuk memperlihatkan dimata rakyat bahawa kerajaan perihatin terhadap nasib malang yang menimpa umat islam palestin , sedangkan sikap kerajaan yang mengambil firma perhunbungan awam yahudi( apco ) sebagai penasihat kerajaan merupakan satu tindakan yang berlawanan dengan apa yang cuba dipamerkan oleh ahli parlimen Parit tersebut .


Ketua penerangan DPPK Parit -, dalam kenyataanya hari mengatakakan apa yang cuba dilakukan adalah sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Apco untuk menaikkan reputasi Malaysia dimata sebagaimana yang dinyatakan oleh CEO apco malaysia Sdn Bhd Margery Kraus didalam laman web rasmi mereka bahawa perjanjian yang ditandatangani diantara Apco dan kerajaan Malaysia mengkhususkan kepada dua perkara iaitu perhubungan Media (media relationship) dan Pengurusan reputasi antarabangsa( International reputation Management) .

Secara teoritikalnya jelas menunjukkan ses uatu perlu dilakukan untuk menaikkan imej kerajaan yang yang agak teruk terjejas berhubung beberapa perkara terutama melibatkan isu hubungan antara kerajaan Malaysia dan Apco begitu juga dengan beberapa tindakan kerajaan yang dipertikaikan antaranya memberhentikan eksport minyak ke Iran ,rakyat beranggapan bahawaaa kerajaan telah tunduk dengan desakan Isreal agar mengenakan sekatan ekonomi keatas negara tersebut dan yang terbaru tindakan kontraversi kerajaan meluluskan Lesen pertaruhan sempena piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

 Dewan Pemuda Pas Parit Percaya rakyat sudah mampu membuat penilaian terhadap niat dan kejujuran pihak kerajaan terutamata yang melibatkan permasalahan umat islam didalam negara ini , justeru kami menyeru agar apa yang dilakukan oleh kerajaab perlulah dilaksanakan secara bertanggungjawab dan beramanah bukan sekadar untuk mancari ( mileage politic)semata-mata atau sekadar untuk menutup kenyataan yang sebenar dari pandangan umum. 

DPPK PARIT

2 ulasan:

  1. sesungguhnya bukan semua ahli parlimen BN tidak baik... usaha YB Nizar Zakaria amat dihargai.

    kita tahu usaha YB Parit bersama NGO malaysia & luar negara sebelum ke GAZA tidak mendapat tempat lgsung di mata kerajaan.

    apapun Perak kini mempunyai dua org yg bernama Nizar yg boleh dibanggakan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Saya sebagai anak jati Parit, rasa bangga dengan usaha yang dijalankan oleh Nizar Zakaria tu walaupun macam tulisan tuan berapi menafikan peranan kecil itu.Saya percaya sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Nampak ruangan saudara ini mengutuk usaha orang lain,selalu berfikir buruk pasal orang.Pemuda Islam bukan bersikap begitu.Percayalah PAS akan lebih dihormati jika kita hormatkan apa yang orang lain buat walaupun sekelumit berbanding kita asyik cari buruk orang lain, pekung didada tak perasan.Apa peranan DPPK Parit dalam menangani isu setempat.Kalau takat ceramah, lama-lama jadi fitnah.Cth kes enjin kapal terbang. saya ada dengo ceramah tu tapi dari seorang penceramah ke seorang penceramah perkaranya satu tapi tokok tambahnya bukan main.Bila saya kumpulkan kesemua fakta dpd ceramah2, sejengkal dah jadi sedepa kebenarannya.Saya bukan orang umno, bukan penyokong kerajaan BN(beribu nafsu) tapi saya suka pada perkara kebaikan dan kebajikan walaupun kecil berbanding tak ngombeng tapi banyak komplen.Ingat dulu, ramai cikgu kena humban, pergile kume merayu Ustadz Basir dan Usaili.Deme kabo dah bawa ke dewan negeri dan parlimen.Nyudah leboh humban ke hujung benua sampai la.Slang cakappun dah rope orang tempat kena tukar.Ingat bila PAS memerintah Perak dptlah tolong tukar.Jawabnya nanti,sabole.Dpt balik BN alasannya takda kuasa dah.masyallah.

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!