"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Januari 01, 2010

ADAKAH NIZAR MENANG DALAM KES PEREBUTAN MB PERAK???ADA MAKLUMAT TERBARU!!!


Minggu ini nampaknya ada sedikit kelainan pada tajuk blog.Terasa nak bagitau,tapi takut salah,kalau tak bagitau,nanti serba salah pulak.Bagitau jelah ye...

Untuk sekadar maklumat,tepat atau tidak,hanya takdir menentukan.Kedengarannya Nizar sudah mendapat undi majoriti 3 dari 5 hakim mahkamah persekutuan.Berita yang tidak rasmi ini datang dari banyak 'orang-orang' yang begitu komited terhadap kerja-kerja Islam.Sebenarnya takut juga nak bagitau,sebab UMNO memang licik dalam melaksanakan 'tugas mereka'.

Zambri nampaknya begitu senyap dan tidak banyak mengeluarkan kenyataan di dada-dada akhbar sepanjang minggu ini.Kemungkinan dia dah tahu agaknya...lantak dia le yop.Cuma harapan seluruh rakyat yang cintakan keadilan,kemenangan Nizar memang sentiasa di tunggu-tunggu dari awal-awal krisis kegawatan politik Perak lagi sehinggalah hampir setahun pemerintahan haram UMNO di Perak.Cuma dari segi moralnya,rakyat Perak sedikit merudum ke tahap membimbangkan kerana terasa tiadanya peluang Nizar untuk menang kes ini,selagi UMNO berjaya memanipulasi sistem penghakiman negara.

Nizar sedar,walaupun menang kes nanti,adalah mustahil beliau akan kekal dilantik sebagai MB selepas janjinya mohon pembubaran DUN Perak.Tetapi inilah yang dikatakan sebagai suatu pengorbanan sejati,yang penting bukan diri sendiri,kumpulan ataupun sekelopok manusia,tetapi keadilan dalam mengurus kemakmuran negara mengikut acuan keadilan yang sejati.Kepada anda yang ternanti-nantikan keputusannya,tekalah sendiri yek.

Parit.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!