"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Januari 15, 2010

ANTARA NAJIB DAN MUHYIDIN SIAPA PILIHAN MEREKA ?






Ketika berlakunya pembentengan untuk meluluskan bajet 2010 lebih 70 orang ahli parlimen barisan Nasional telah menghilang diri dan gagal hadir tanpa sebab-sebab yang manusabah menyebabkan najib begitu terkejut dimana pada ketika itu beliau berada di conpenhagean denmark untuk lawatan kerja . Hari itu hampit –hampir menyaksikan bajet sulung najib gagal mendapat kelulusan parlimen kerana kekurangan majoriti.
Barisan Nasional pada ketika itu cuma memperolehi kelebihan 3 undi sahaja satu situasi yang mencemaskan kerana ianya lebih merupakan gambaran kepada protes terhadap beliau atau lebih tepat kepada isteri beliau rosmah mansor yang dlihat menjadi tangan-tangan ghaib yang menentukan bentuk dan kedudukan bajet yang dibentengkan . Dari apa yang berlaku ,maka ramai yang membuat andaian bahawa telah berlaku permulaan usaha awal untuk menyingkirkan najib dan ramai yang menolak kepimpinannya kerana merasakan najib perlu cepat disingkir bagi menentukkan survival politik umno dan Barisan Nasional akan terus hidup dan berterusan .
Kini najib dilihat menjadi liabiliti kepada umno dan Barisan Nasional kerana dirinya sendiri telah dikaitkn dengan pelbagai isu .bermula dengan isu altantuya sehinggalaha yang keisu kehilangan enjin pesawat f5-e ,ke semuanya menghala kepada beliau tidak kepada pemimpin politik umno yang lain malah isu mengenai najib telah kedengaran sejak di zaman pak lah menjadi perdana menteri lagi dan setakat ini belum lagi kedengaran tentang isu-isu yang membabitkan timbalan beliau .Mungkin kerana ada pihak-pihak tertentu dalam umno yang merancang dan beranggapan sesuatu harus dilakukan kerana dengan satu demi satu isu yang dikaitkan dengan najib telah menyebabkan rakyat mulai peka dan hilang kepercayaan . Mereka juga bimbang terhadap justifikasi rakyat yang bakal menyebabkan umno dan Barisan Nasional akan tersungkur didalam pilihanraya yang ke -13 nanti .
Sejak Najib mengamibil alih puncuk pimpinan umno dari Paklah , pegerakan pemudanya juga seakan –akan kehilangan peranannya. Ketua pemuda pemudanya yang satu masa dahulu kelihatan begitu menonjol sekali semakin diam seribu bahasa ,begitu juga dengan pergerakan wanitanya yang tidak lagi begitu menonjol mungkin kerana perananan mereka telah diambil oleh rosmah mansor .lihat sahaja bagaimana wang yang sepatutnnya disalurkan kepada kementerian pembangunan wanita dan masyarakat itu telah disalurkan kepada sebuah NGO yang dinamakan Permata Negara yang diterajui oleh Rosmah mansor peruntukan yang melibatkan ratusan juta ringgit ,belum pernah dalam sejarah ada NGO yang diberikan peruntukkan yang sebegitu banyak(the rule of the ants QueeN, every body should serve the queen ) , keadaan ini sudah tentu menyebabkan perasaan kurang senang dikalangan pemimpin –pemimpin umno yang lain dan jika ini dibiarkan sudah tentu kepentingan mereka juga akan mula terhakis sedikit demi sedikit ,dan mungkin kerana itu kelemahan dan keaiban najib mula didedahkaan satu persatu , tiba-tiba sahaja isu seperti kehilangan enjin pesaawat itu muncul entah dari mana disaat umno dan barisan nasional mula kehilangan pengaruhnya atau mungkin ada yang merasakan umno akan dapat dipulihkan jika Najib dan Rosmah disingkirkan terus dari kamus politik parti mereka lantas mereka merasakan calon yang paling layak ialah muhyidin yassin kerana setakat ini memang amat sukar untuk mendedahkan kelemahan beliau dan menjadi tradisi umno itu
sendiri timbalan perdana menteri akan mengantikan perdana menteri sebagai tampok kepimpinanan negara atau parti .
Di zaman Tun Mahathir sebagai contoh , apabila rakyat mula mengalih sokongan kepada pembangkang maka dengan dengan sendiri beliau terpaksa membuat keputusan untuk meletakan jawatan , ternyata sokongan terhadap umno dan barisan Nasional semakin meningkat pada pilihanraya tahun 2004.Mungkin muhyiddin harus
bersedia(standby) untuk menggantikan najib yang dilihat sudah tidak efektif lagi .
Apa pun situasi yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa sudah ada perpecahan yang melibatkan dua kumpulan sepertimana yang berlaku didalam pembentengan untuk meluluskan bajet 2010 itu , satu fakta yang pastinya tidak dapat dinafikan lagi . Disaat parti kompenan samada MCA atau MIC bergolak dan membuat perubahan kepimpinanan, masakan mereka yang duduk didalam umno itu langsung tidak terlintas untuk membuat tranformasi ( leadership transformation) kerana hari ini rakyat bukan lagi melihat semata –mata kepada parti , kerana tranformasi budaya dan ilmu itu telah menyebabkan penilaian yang dibuat akan berdasarkan keputusan yang bersifat lebih objektif dan rasional bukan lagi bersifat subjektif dan retorik .
Mungkin sedikit masa lagi kita akan melihat perubahan didalam arena politik negara kita akan melihat bentuk-bentuk persaingan baru didalam dunia politik sudah tentu apa yang terhasil akan memberikan impak samaada baik atau buruk terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian dan penentuan dan persaingan nya amat terbuka kepada pakatan untuk membawa perubahan kepada situasi politik negara.

Botaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!