"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Januari 05, 2010

Bukit Botak: 363 hilang hak jika tanah tidak diambil alih


Kenyataan Media

BUKIT BOTAK, 5 Jan: 363 bekas peneroka bandar Bukit Botak akan dinafikan hak jika Kerajaan Negeri Selangor tidak melakukan pengambilan tanah.

Kerajaan Barisan Nasional yang lepas telah memberi tanah kepada 1,367 peneroka bandar Bukit Botak sebagai sebahagian dari program menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, 257 peneroka telah mendapati tanah mereka tidak dapat dibangunkan kerana terletak di kawasan cerun, di bawah talian TNB, di dalam rizab sekolah atau rizab-rizab yang lain.

Selain dari itu, Jawatankuasa Pemutihan Bukit Botak yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sekarang telah mendapati seramai 106 peneroka yang sepatutnya layak mendapat hak tetapi telah tersingkir.

Jawatankuasa tersebut juga mendapati ada di antara mereka yang berada di dalam senarai bancian asal tetapi mereka telah tidak mendapat sebarang tawaran dari kerajaan negeri ketika itu.

Kerajaan tidak berniat untuk mengambil tanah rakyat sesuka hati tetapi ianya perlu dilakukan untuk memastikan tidak ada peneroka yang dizalimi.

Kawasan Bukit Botak akan dibangunkan dengan pembangunan yang akan dapat menempatkan kesemua yang layak. Bekas peneroka yang tanah mereka diambil alih tidak perlu bimbang.

Menurut perjanjian dengan pemaju swasta sebelum ini, peneroka akan berpeluang membeli rumah berkembar; tetapi kerajaan negeri sekarang akan memastikan mereka berpeluang membeli hartanah yang mempunyai nilai yang lebih tinggi tetapi di bawah harga pasaran.

Kerajaan akan membayar pampasan untuk tanah yang diambil alih dan pemilik tanah juga akan berpeluang memiliki kediaman yang lebih luas dari yang dijanjikan sebelum ini dengan harga potongan.

Saya hairan kenapa pemimpin Barisan Nasional dengan tiba-tiba mengambil berat akan kebajikan bekas peneroka bandar Bukit Botak kerana selama 20 tahun mereka telah gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Kerajaan Barisan Nasional yang lepas juga bertanggung jawab di atas kesulitan penduduk kerana mereka yang membuat kesilapan memberi tanah yang tidak boleh dibangunkan kepada 257 peneroka.

Mereka juga telah gagal memberikan hak kepada semua bekas peneroka kerana terdapat ramai yang tercicir dan tidak mendapat apa-apa tawaran.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!