"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Januari 09, 2010

Bila Ulama dan pemerintah tidak bertaqwa maka ia akan di kuasai nafsu nafsu:


Bila Ulama tidak bertaqwa maka ia akan di kuasai nafsu nafsu:

1. sombong atau ego
2. ujub dan riak
3. hasad dengki
4. susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5. ingin berlawan terutama dengan sesama ulama
6. gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang ringgit.
7. pemarah
8. ingin dihormati (gila puji)
9. suka hidup bermewah mewah
10. tidak merendah diri
11. tidak mahu merasa dirinya kurang
12. tidak bersedia untuk di tegur
13. suka menunjuk nunjuk pandai dan kehebatan.
14. mengampu pemerintah

Ulama yang bertaqwa menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan di puji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, dan zuhud serta warak.

Bila tidak ada ulama yang begini, maka umat seolah olah ketiadaan lampu.Tinggallah dalam gelap gelita.Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam akhirat, tidak pandai membezakan akhlak baik dan akhlak buruk, tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik.Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang ke Barat, kadang ke Timur, terlanggar sana terlanggar sini, terjunam ke lembah lembah, tersungkur di jalan dan macam macam kacau bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat. Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hidnu, Buddha, dan macam macam lagi. Budaya dan tammaddun Islam tidak ada dan tidak dapat di bangunkan dan di perjuangkan.Yang ada ialah budaya campur aduk dan kacau bilau.




Apabila Memilih Pemimpin tidak Berjiwa Islam dan Bertaqwa.

Akibat ulama tidak bertaqwa maka mereka tidak dapat mendidik pemimipin atau penguasa agar jadi pemimipin yang berjiwa Islam dan bertaqwa.Bila pemimipin tidak bertaqwa, maka hatinya akan dikerumini oleh nafsu nafsu jahat.Antaranya ego, sombong, takabur,riak, ujub, menzalimi, berdiskriminasi, pilih kasih, gila kuasa, tidak adil, berburuk sangka, berhasad dengki, terutama sesama pemimipin, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dunia semata mata, menghukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah mewah.

Kalau penguasa tidak berjiwa Islam dan bertaqwa sukar sekali untuk kita cari seorang menteri atau wakil rakyat yang suka merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimipin, mengunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan Akhirat, berhati hati ketika menghukum, suka memaaf dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan.

Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka tentu pimipinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama yaitu kearah kerosakan, kekotoran dan kejahatan, samada mereka sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu.Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa.Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat.Berlaku zalim, kejam, bermewah mewah,berpoya poya dengan maksiat mungkar.Kalau ada pun pemimpin yang baik, Tapi kalau bukan atas dasar Islam dan taqwa, nescaya dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan di uji. Dan ini akan membawa kepada 1001 masaalah kepada dirinya dan kepada rakyat.Sebagai contoh, lihatlah di Malaysia hari ini.Pemimipin yang tidak bertaqwa telah menjadikan Rakyat Malaysia berpecah belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri.Bahkan di kalangan ,mereka pun sama, berdendam berdengki.

Apa alasan dan penyelesaian pada semua ini? Sebab ekonomi kurang, sebab kebodohan rakyat, sebab kemajuan tidak seberapa? Sebab ilmu tidak ada? Sebenarnya semua itu di sebabkan manusia manusia tidak bertaqwa.Yang mana kalau masyarakat kita BERTAQWA, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan dan masaalah, dan menjadikan Negara kita Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.

Buah Fikiran Cikgu Ku

1 ulasan:

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!