"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Januari 28, 2010

Pro-Aspirasi rampas semula Universiti Malaya-malaysiakini.com


Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) hilang penguasaan di Universiti Malaya (UM) apabila tewas di tangan musuh tradisinya pro-Aspirasi (pro-A) dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, kekalahan tipis kumpulan itu akibat kemerosotan penguasaan kerusinya daripada 19 pada tahun lalu kepada 17 pada tahun ini.

Manakala pro-A - dikenali juga sebagai Penggerak Mahasiswa - hanya menambah 1 kerusi sahaja daripada 20 kepada 21 pada tahun ini.

Calon bebas pula mendapat tambahan kerusi daripada 2 kepada 3 pada tahun ini.

UM mempertandingan 41 kerusi - 32 fakulti dan 9 umum - dalam pilihan raya kampusnya kali ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira jam 7 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan kampus membenarkan peluang kepada calon yang bertanding untuk membuat rayuan.

Hari ini, tiga kampus utama - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - turut mengadakan pilihan raya kampusnya

Keputusannya dijangka diperolehi lewat malam ini.

Kelmarin, pro-M turut tewas dalam pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!