"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Januari 29, 2010

Tag Petugas Sedia Disebarkan! Satu Lagi Pemimpin PAS ditimpa kemalangan.....



Para petugas sudah mula membuat persiapan terakhir.

Kad-kad petugas sudah mula diedarkan.


Dalam pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini sekali lagi dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa exconya.


Kejadian kemalangan yang berturutan yang melibatkan pimpinan PAS semakin menjadi-jadi menjelang pembubaran DUN PERAK. Kemalangan yang berfrofil tinggi yang bermula dari Dato Seri Ir. Haji Muhammad Nizar diikuti oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss pada minggu yang lalu.


Kini, Bendahari Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, saudara Zairul Azrun pula mengalami kemalangan jalanraya semasa menaiki motosikal. Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun sedang dalam perjalanan pulang dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak di Ipoh apabila motosikal yang dinaikinya terbabas.


Saudara Zairul yang berjaya dihubungi memaklumkan beliau berada dalam keadaan selamat walaupun motosikal yang dinaikinya mengalami kerosakan teruk. Beliau juga dengan penuh bersemangat menyatakan walaupun dirinya mengalami kecederaan kecil, namun semangat juang untuk memenangkan PAS terus menjulang tinggi.


Beliau mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua rakyat Perak terutamanya penyokong PAS untuk sama sama hadir dalam HEMPAP 2010 yang akan diadakan di Darul Taalim pada 31 Januari iaitu pada hari Ahad nanti sebagai satu bentuk kesepaduan suara dan hasrat rakyat Perak yang mahukan keadilan ditegakkan semula melalui pembubaran dun.

DPPN PERAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!