"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Januari 01, 2010

PAS akur walaupun Adunnya tidak terajui YDP MAINPP


PETALING JAYA, Jan 1 – PAS tidak kecewa, sebaliknya akur dengan keputusan pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Elias Zakaria sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang telah mendapat diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata walaupun pihaknya sendiri telah mengemukakan permintaan agar wakil tunggal parti itu di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Mohd Salleh Man kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai YBP MAINPP tetapi menerima keputusan akhir.

“Kami tidak kecewa, kami menerima keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong... mungkin pelantikan (Mohd Salleh) sebagai timbalan satu kompromi.

“Walaupun kami tidak mendapat apa yang diminta, tetapi dengan pelantikan beliau (Mohd Salleh) PAS akan melakukan yang terbaik,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya mereka mengemukakan nama Mohd Salleh sebelum baginda berlepas ke luar negara untuk rawatan baru-baru ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir pada 23 Ogos lalu mengumumkan bahawa Mohd. Salleh akan disyorkan untuk menyandang jawatan YDP MAINPP.

Mohd Salleh merupakan wakil tunggal di DUN Pulau Pinang yang mana PAS tiada perwakilan dalam Kabinet kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Anwar berkata PR akur menerima pelantikan Elias menerajui MAINPP.

Ketua Pembangkang itu berkata nama Elias diusulkan lebih awal sebelum nama Mohd Salleh dicadangkan dan keputusan muktamad itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Kami tetap menerima pelantikan tersebut dan meminta barisan baru supaya bekerja keras untuk membuktikan bahawa pengurusan MAINPP dapat diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran (parti) pakatan,” kata beliau dipetik Bernama selepas melawat kawasannya di Permatang Pasir hari ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Elias sebagai YDP MAINPP manakala Salleh Man, yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, hanya dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAINPP.

malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!