Rabu, Januari 20, 2010
SIAPA YANG BUBARKAN?
Seperti yang diketahui umum,kemungkinan besar akan berlaku pembubaran dun di negeri Perak.Ianya tetap suatu kemungkinan kalau mengikutkan situasi politik sekarang.Namun tertanya-tanya juga,siapa pula yang mahukan pembubaran ini?Satu Malaysia dah tahu,pastinya PR yang paling berkehendakkan pembubaran ini.Tapi,dari pihak BN,sudah pasti sebaliknya.Bagaimana polimik pembubaran ini berlaku.
PR yakin,pembubaran yang berlaku bukan dari BN(Zambry).Mustahil MB yang tidak sah perlantikannya boleh mencadangkan pembubaran ke Istana.Kalau mahu diikutkan teori,sudah pasti cadangan pembubaran dari PR(Nizar) ketika di awal krisis politik Perak dahulu diterima pakai.Itu sudah berlangsung lebih 10 bulan yang lalu.Sultan hanya seperti melambat-lambatkan proses pembubaran sahaja.BN tahu mereka sudah kalah dalam 'peperangan mahkamah'.Tidak kiralah samada 4-1,3-2 atau 5-0.Yang pasti BN gagal meyakinkan Sultan bahawa mereka mampu menyelesaikan masalah politik di Perak dalam tempoh singkat.Ternyata,pendirian yang begitu mantap dari PR melalui MB sahnya,gagal dibendung oleh BN.
DPPK Parit masih berharap,sekiranya mana-mana parti politik yang mahu memerintah,perlulah mengikut presidur asas(Perlembagaan Negeri).Silalah memerintah dengan cara halal,bukannya menggunakan ehsan Sultan dan membelakangkan Undang-undang Negeri Perak.Walaupun PR berkemungkinan kalah besar,UMNO dan BN perlu ingat tragedi rampasan negeri ini bukannya boleh dipadamkan sesuka hati.Ianya pasti akan terpahat dalam sejarah mereka sendiri.Cuma yang telah berlaku dulu,penipuan dalam memahatkan sejarah tanah air dalam kes PKMM,operasi lalang,memali dan yang seumpamanya telahpun dicatatkan oleh BN.Yang pasti pembangkang itu akan dilayan seperti pemberontak yang ganas dan kemudiannya BN menuliskannya sebagai 'Pengganas telahpun ditangani oleh Polis Malaysia'.
"LU PIKIR LA SENDIRI"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.