"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Januari 03, 2010

SEKITAR PROGRAM BERSANTAI BERSAMA PEMUDA

















Sekitar program pemuda cawangan Kampung Semangat berlangsung dengan jayanya.Program yang bermatlamat mendekati remaja dan pemuda serta memperkuatkan ikatan ukhwah sesama Islam.

Sebenarnya diawal pagi telah berlangsungnya kejohanan futsal peringkat kampung.Dua kategori diperkenalkan iaitu remaja dan dewasa.Lebih kurang 12 team yang berentap dengan semangat jitu dan bersungguh-sungguh mengalahkan pemain Futsal bertaraf dunia.Ini adalah sedikit usaha bagi mewujudkan masyarakat yang suka bersukan dan beriadah tanpa meninggalkan hukum-hakam Islam.

Pada malamnya pula berlangsungnya acara penyampaian hadiah.Terima kasih kepada Timbalan YDP Kawasan Parit iaitu Ustaz Ismi yang sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Sedikit tazkirah juga disampaikan oleh Naib ketua Pemuda bagi mewakili Ketua Pemuda DPPK Parit.

Diakhir acara seperti biasa,acara menghabiskan ikan bakar dan sup ayam disamping menonton filem melalui layar skrin besar ala 80-an.Bukan saja ikan bakar yang habis,sup ayam pun turut menjejaki nasib ikan bakar.Apa-apa hal pun,program ini dikira berjaya mengumpulkan pemuda dan remaja seramai 70 orang tak termasuk yang tidak hadir dan yang mengintai-ngintai dari tingkap tu...sekian laporan dari DPPK Parit untuk tatapan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!