"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Mac 05, 2010

Akibat Cemburu Sesama Wanita.........

ALOR SETAR 4 Mac - Suhana Mohd. Sharif, wanita yang mati akibat ditikam oleh rakan karibnya sendiri malam tadi, pernah mengadu menghadapi masalah beberapa hari sebelum kejadian yang menimpanya itu.


Allahyarham yang berusia 26 tahun pernah memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Zaharah Idrus, 60, kira-kira tiga hari lalu.

Menurut Zaharah, dia tidak menyangka luahan masalah Suhana itu berakhir dengan insiden ngeri apabila anaknya ditikam sehingga mati oleh rakan baiknya sendiri.

"Pada malam kejadian, dia (Suhana) keluar dari rumah kira-kira pukul 8 malam tanpa memberitahu ke mana dia pergi. Saya sempat berpesan kepadanya supaya membeli beberapa barangan dapur.

"Namun, sampai tengah malam, dia tidak pulang ke rumah sehinggalah polis datang kira-kira pukul 1 pagi tadi memaklumkan anak saya meninggal dunia akibat ditikam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Allahyarham Suhana meninggal dunia setelah ditikam bertubi-tubi oleh rakan wanitanya di Taman Kristal, Mergong di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam itu apabila mangsa dikatakan ditikam tujuh kali di beberapa bahagian badan termasuk perut dan dada.

Rakan wanita yang dipercayai menikamnya kemudian turut mengelar tangan kiri dan menikam dadanya sendiri sejurus kejadian tersebut.

Zaharah yang tinggal di Tongkang Yard di sini berkata, dia dan keluarganya selalu menasihatkan arwah agar tidak terlalu rapat dengan Oren yang berperwatakan seperti seorang 'tomboy'.

"Anak saya dan wanita itu berkawan baik sejak tujuh tahun lalu. Dia (Oren) selalu datang ke rumah namun saya tidak suka Suhana terlalu rapat dengannya.

"Pada hari raya tahun lalu perempuan itu tidak datang ke rumah saya dan saya ingatkan Suhana tidak lagi berkawan dengannya," katanya.

Zaharah mendakwa, Suhana mempunyai seorang rakan lelaki di tempat kerja dan itu mungkin menjadi punca perbalahan sehingga menyebabkan kejadian malam tadi.

"Saya begitu sedih dan tak sanggup melihat mayat Suhana kerana kesan luka akibat tikaman itu terlalu banyak di tubuhnya," katanya sebak.

Dalam pada itu, kakak sulung arwah, Shafinaz, 40, memberitahu, adiknya merupakan seorang yang periang tetapi semalam dia dilihat seperti banyak mendiamkan diri.

"Arwah sangat sayang dan suka bergurau dengan anak-anak saudaranya namun semalam apabila anak saya tanya dia mahu keluar ke mana dia hanya mendiamkan diri," ujarnya..

-SUMBER-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!