"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Mac 05, 2010

PILIHANRAYA DI SARAWAK???

KUCHING, 4 Mac — Anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diarah supaya menyediakan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya negeri yang mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja ketika ini.


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) yang juga Presiden parti PBB berkata berdasarkan kepada “mood” anggota parti sejak perhimpunan agung minggu lepas, mereka kelihatan bersungguh dan bermotivasi untuk menghadapi pilih raya.

“Saya mungkin panggil (pilihan raya negeri) awal, atau lewat, bergantung kepada inspirasi saya,” katanya kepada pemberita selepas menutup perhimpunan agung PBB di sini hari ini.

Beliau yang enggan mendedahkan kemungkinan bila pilihan raya negeri diadakan berkata parti mesti perlu cukup bersedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan kejayaan cemerlang calon-calonnya.

Walaupun penggal kerajaan semasa berakhir pada Julai tahun depan, ramai pemerhati politik percaya Ketua Menteri mungkin akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal bagi merebut peluang faktor “feel good” dengan keadaan ekonomi negara yang semakin pulih dan banyak “pemberian kerajaan” diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa lawatannya ke kawasan pedalaman di Sarawak baru-baru ini.

Spekulasi pilihan raya semakin bertambah kencang ekoran lawatan-lawatan yang kerap diadakan oleh menteri-menteri kabinet ke Sarawak setiap bulan sejak tahun lepas.

Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi 62 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri Mei 2006 lepas dengan PBB memenangi 35 kerusi di kawasan majoriti Bumiputera.

Selain PBB lain-lain komponen BN Sarawak ialah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Dalam perkembangan lain Abdul Taib berkata mesyuarat perhimpunan, para perwakilan menyuarakan harapan mereka agar semua projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Persekutuan dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata majoriti perwakilan mahukan supaya projek-projek itu dilaksanakan dengan segera bagi membolehkan Sarawak setanding dengan lain-lain negeri.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!