"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Mac 11, 2010

MALAYSIA KE ARAH MALAYAN UNION


Tengku Razaleigh Hamzah, yang kini menjadi tumpuan isu royalti minyak, menyamakan Malaysia yang ditadbir BN sekarang mirip Malayan Union, sistem pentadbiran yang digerakkan British tetapi mendapat tentangan hebat lebih enam dekad yang lalu. Sehubungan itu kata Kerabat Di Raja Kelantan ini, kajian semula tata urusan antara kerajaan persekutuan dan negeri amat diperlukan untuk mengembalikan “hak berperlembagaan” negeri yang dilucutkan sejak kebelakangan ini.
“Putrajaya bertindak seperti kita sebuah negara kesatuan dan bukannya persekutuan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang ini, wakil rakyat paling lama berkhidmat, pada forum umum mengetengahkan hubungan antara persekutuan dan negeri anjuran Majlis Peguam di sini hari ini. “Secara ironis, dari segi amalan kita menjadi Malayan Union yang mana generasi terdahulu membantah dan menewaskannya,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, kerajaan persekutuan merampas kuasa-kuasa negeri dan mengawal ketat sumber-sumber negeri, malah haknya untuk menentukan bagaimana agama boleh diamalkan.
“Ini tidak berperlembagaan dan mesti ditahan dengan segera sebagaimana Malayan Union ditentang dengan penuh bertenaga.“Dalam jangka panjang Malaysia tidak boleh berdaya maju sebagai sebuah negara kesatuan,” kata Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ini kepada hadirin sekitar 50 hingga 70 orang termasuk duta-duta seperti dari Kanada dan Belgium.
Beliau menekankan bahawa kesimbangan kuasa antara persekutuan dan negeri adalah mengecewakan dan kini memihak kepada kerajaan pusat, serta “tertumpu dalam tangan Perdana Menteri”. Sehubungan itu kata beliau, kajian untuk mengembalikan keseimbangan sangat diperlukan. Tambah Tengku Razaleigh, perkara itu boleh dilakukan sama ada menerusi undi di Dewan Undangan Negeri ataupun menerusi Majlis Raja-Raja Melayu.
Beliau yang bertanggungjawab dalam soal menubuhkan Petronas mengkritik kerajaan persekutuan pimpinan BN yang terus menafikan hak bagi Kelantan untuk mendapatkan bayaran “royalti” minyak. Selain penafian itu dihebohkan menerusi akhbar-akhbar, kata beliau, ia diulangi oleh pegawai-pegawai kerajaan yang sewajarnya dilihat dengan serius. Ini kerana menurut beliau, “kuasa kerajaan persekutuan terhadap sumber-sumber ini, sebagaimana dalam semua perkara lain, adalah satu kuasa yang diturunkan daripada kedaulatan asal setiap negeri.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!