"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Disember 31, 2009

KENANGAN PAS PARIT BERDEPAN SAMSENG UMNO...NO HAL PUNYA...



SILA BERI KOMEN ANDA...NAK LAYAN BAIK KE DENGAN UMNO NI?PRU 12 PUNYE CITE

Pengisian sambutan tahun baru biar tepati kehendak syarak





KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang menelan perbelanjaan besar. Orang ramai diajak berkumpul dan disajikan dengan program hiburan yang mengasyikkan.

Pada sesetengah perhimpunan, keadaan dicemari dengan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang menunggu kedatangan detik 12 tengah malam yang kemudian disusuli jerit pekik kegembiraan kerana kedatangan tahun baru.

Budaya itu semakin menular di kalangan masyarakat terutama golongan muda mudi walaupun sering diingatkan supaya sambutan tahun baru dihiasi dengan program bermanfaat sesuai dengan adat budaya Malaysia.

Sewajarnya sambutan tahun baru itu diraikan dalam suasana harmoni serta semangat perpaduan tanda rasa syukur serta kegembiraan atas kejayaan negara mengekalkan kestabilan serta keharmonian.

Justeru, sambutan yang lebih menjurus kepada aktiviti menyamai sambutan di negara Barat yang cenderung kepada program hiburan seperti konsert besar-besaran atau berpesta di pusat hiburan tidak menjadi ikutan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” – (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang yang rugi.” – (Surah Ali-Imran, ayat 149)

Malangnya ada kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan yang diberikan lantas ramailah daripada kita yang bukan sekadar terbabit dalam upacara sambutan tahun baru malah ada yang menganjurkan, mempromosi dan menggalakkan sambutan itu.

Umat Islam dilarang mengikut budaya sesuatu kaum yang bertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya itu, mereka akan tergolong bersama dengan kaum yang memusuhi Allah seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka.

Sikap sebegini dicela Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa mereka, atau anak mereka, atau saudara mereka, ataupun keluarga mereka.” – (Surah al-Mujaadalah, ayat 22)

Seperti yang sedia maklum, upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta yang dipenuhi perkara berunsur maksiat dan Allah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan terlarang.

Firman-Nya yang bermaksud:

“(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): “Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dulu bersuka ria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).” – (Surah Ghaafir, ayat 75)

Oleh itu, seorang Muslim yang menganjurkan, menghadiri, mempromosi ataupun membantu mengadakan perayaan yang tidak ada landasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru termasuk perbuatan yang melanggar peraturan ditetapkan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). – (Surah al-Maaidah, ayat 2)

Namun begitu, tidak menjadi kesalahan jika setiap kali muncul tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan muhasabah terhadap apa yang sudah berlaku dalam hidupnya dan berusaha membuat perancangan memperbaiki apa juga kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.

Justeru, apabila tibanya tahun baru tidak dilarang untuk seseorang itu menanam azam baru yang positif serta selari dengan syarak dan hendaklah dia bersungguh-sungguh memastikan azam itu menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.

Adalah lebih baik untuk umat Islam mengutamakan tahun baru Hijrah menurut kalendar yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah juga lebih wajar diperluaskan dalam urusan harian seluruh umat Islam.

GERHANA BULAN SEPARA JUMAAT INI-JAKIM


PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – Bernama

Bekas presiden Gus Dur meninggal dunia


JAKARTA, Dis 30 – Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo di sini kira-kira pukul 6.45 petang waktu Indonesia Barat (7.45 malam waktu Malaysia).

Ahli politik Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) Ali Masykur Musa mengesahkan kepada Bernama.

Gus Dur, 69, merupakan Presiden Indonesia yang keempat dan pengasas PKB, sebuah parti politik yang berasaskan Islam.

Menurut Jakarta Globe, pemimpin itu yang kebelakangan ini menjalani rawatan dialisis telah dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas melawat Jawa Timur.

Gus Dur telah berkhidmat sebagai presiden dari 1999 hingga 2001 ketika Indonesia melalui suasana tidak stabil selepas Suharto meletakkan jawatan pada 1998.

Beliau juga merupakan pemimpin paling lama menerajui pertubuhan Islam Nahdlatul Ulama.

Gus Dur telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 500 pemimpin Islam paling berpengaruh dalam buku yang dikeluarkan oleh Georgetown University bulan lalu.


MALAYSIAN INSIDER

Berkahwin kurangkan risiko nyanyuk


Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari.


Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer.

Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.

Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda.

Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.

INFO: Alzheimer

■Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.
■Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat
■Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun
■Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.
■Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan
■Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat
■Menjadi punca keenam kematian utama.

Selasa, Disember 29, 2009

Nik Aziz desak Umno keluar BN


"mungkin benar saranan tok guru tu,ada lebih baik umno join pr,lebih selamat dan efisyen",mungkin itu yg difikirkan najib altantuya



KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Aduan polis Lim terhadap pegawai kanan RTM



Kerajaan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya kerana didakwa menerbitkan satu artikel berunsur fitnah dalam blognya baru-baru ini.

Ng Wei Aik, setiausaha politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, berkata beliau telah diarah oleh Lim membuat laporan polis berhubung artikel Ibrahim dalam laman blognya duniatiger.blogspot.com, yang bertajuk 'Ada Orang Nak Penjarakan Saya' pada Sabtu lalu.

"Ibrahim mendakwa terdapat seorang pekerja di pejabat ketua menteri telah mengugutnya, akan tetapi, kami telah mengadakan siasatan dan tidak ada seorang pun yang bekerja di pejabat ketua menteri mengenali beliau," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Pulau Pinang hari ini.

Ng berkata jika benar individu itu wujud, ketua menteri akan mengambil tindakan, tetapi jika palsu, Ibrahim perlu meletak jawatan kerana kesalahannya itu. BERNAMA

Isnin, Disember 28, 2009

DUNIA DI TANGAN ISRAEL???BOLEH PERCAYA KE???




Telah menjadi polisi negara Israel untuk tidak mengesahkan atau menafikan samaada ia mempunyai keupayaan nuklear ataupun tidak, walaupun perkara itu telah menjadi satu perkara yang diakui oleh pihak musuh dan rakan bahawa Israel merupakan negara dengan keupayaan nuklear selama beberapa abad. Polisi yang diumumkannya adalah “Israel tidak akan menjadi negara pertama memperkenalkan senjata nuklear di Timur Tengah,” tetapi kelengkapan sebenar dan polisi penggunaannya adalah rahsia. Dalam lapuran Pentagon Januari 2000, Perkembangan: Ancaman dan Tindak balas ( Proliferation: Threat and Responses ), ia tidak memasukkan negara Israel dalam penilaian Timur Tengah, tetapi dalam senarai kajian U.S. Strategic Air Command 1991, Israel, India, dan Pakistan telah disenaraikan sebagai negara senjata nuklear sah ada - “de facto” . Anggaran simpanan nuklear Israel antara 75–200 senjata, merangkumi bomb, kepala peledak peluru berpandu, dan kemungkinannya senjata bukan strategik (taktikal). Anggaran terbaru pula meletakkan antara 300 - 500 simpanan nuklear.

Kesemua analisa mengenai keupayaan Israel dilakukan secara mengkaji bukti-bukti tidak langsung disebabkan ketiadaan pengesahan oleh pihak Israel. Bukti langsung yang ada hanyalah yang diberikan oleh pakar sains nuklear Israel, Vannunu.

Pembeli Israel tidak menghadapi sebarang masalah bagi mengimport peralatan nuklear sensitif daripada Amerika Syarikat. Kurang daripada satu peratus permohonan U.S. untuk mengeksport peralatan dua-kegunaan nuklear ke Israel ditolak dari 1988-1992, menurut lapuran 1994 report oleh ( U.S. General Accounting Office ). Menurut lapuran tersebut, dianggarkan 90 peratus permohonan telah diluluskan, dan bakinya dipulangkan tanpa tindakan, masih diproses, dibatalkan, atau digantung. Pembangunan senjata nuklear IsraelPembangunan senjata nuklear Israel Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas Telah menjadi polisi negara Israel untuk tidak mengesahkan atau menafikan samaada ia mempunyai keupayaan nuklear ataupun tidak, walaupun perkara itu telah menjadi satu perkara yang diakui oleh pihak musuh dan rakan bahawa Israel merupakan negara dengan keupayaan nuklear selama beberapa abad. Polisi yang diumumkannya adalah “Israel tidak akan menjadi negara pertama memperkenalkan senjata nuklear di Timur Tengah,” tetapi kelengkapan sebenar dan polisi penggunaannya adalah rahsia. Dalam lapuran Pentagon Januari 2000, Perkembangan: Ancaman dan Tindak balas ( Proliferation: Threat and Responses ), ia tidak memasukkan negara Israel dalam penilaian Timur Tengah, tetapi dalam senarai kajian U.S. Strategic Air Command 1991, Israel, India, dan Pakistan telah disenaraikan sebagai negara senjata nuklear sah ada - “de facto” . Anggaran simpanan nuklear Israel antara 75–200 senjata, merangkumi bomb, kepala peledak peluru berpandu, dan kemungkinannya senjata bukan strategik (taktikal). Anggaran terbaru pula meletakkan antara 300 - 500 simpanan nuklear.

Kesemua analisa mengenai keupayaan Israel dilakukan secara mengkaji bukti-bukti tidak langsung disebabkan ketiadaan pengesahan oleh pihak Israel. Bukti langsung yang ada hanyalah yang diberikan oleh pakar sains nuklear Israel, Vannunu.

Lapuran GAO menyebut bahawa dalam tempoh ini Amerika Syarikat meluluskan 238 lesen untuk komputer kepada pengguna Israel yang mempunyai kaitan dengan program nuklear yang tidak diselia badan dunia. Komputer yang diluluskan adalah lebih berkuasa berbanding sebarang eksport kepada pengguna sensitif di negara lain yang dibimbangkan mempunyai program nuklear. Komputer tersebut juga lebih berkuasa daripada yang digunakan untuk membangunkan kebanyakan senjata dalam simpanan nuklear U.S. Sejumlah 62 daripada 238 lesen, pihak Amerika menerima jaminan kerajaan-ke-kerajaan untuk tidak menggunakan komputer tersebut untuk pembangunan senjata nuklear, tetapi pegawai Amerika tidak pernah mengesahkan pematuhan.

Israel tidak menyertai ( Nuclear Nonproliferation Treaty ) (NPT) dan bukannya ahli kepada perjanjian antarabangsa untuk menghentikan pembiakan senjata kemusnahan pukal. Israel telah menandatangani tetapi tidak mengesahkan ( Chemical Weapons Convention ) (CWC). Kebanyakan eksport perkakasan Amerika Syarikat yang berkaitan dengan nuklear, kimua/biologi, atau peralatan berkaitan peluru berpandu memerlukan lesen untuk jualan kepada pembeli Israel. Negara Israel muncul dalam kesemua daftar kawalan Jabatan Perdagangan Commerce Department yang menamakan negara dan projek yang dibimbang membiakan senjata nuklear, peluru berpandu, kimia/biologi.

Disebabkan kedudukan Israel yang sentiasa terancam di Timur Tengah, senjata nuklear dianggap sebagai teras kepada keselamatan daripada jirannya yang berseteru. Pada pertengahan 1950, Israel memulakan usaha bersungguh untuk memajukan senjata nuklear. Selepas Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser menutup Selat Tiran pada tahun 1953, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion memulakan pembangunan senjata nuklear dan peluru bukan konventional yang lain. Lihat Israel dan senjata pemusnahan meluas

Shimon Peres memainkan peranan utama dalam mendapatkan perjanjian dengan Perancis untuk reaktor penyelidikan nuklear pada tahun 1956. Pakar fizik Ernst David Bergmann yang merupakan direktor Kommission Tenaga Atom Israel ( Israel Atomic Energy Commission ), memberikan matlamat saintifik awal. Malah pada pembukaan "perang Enam Hari" pada tahun 1967, Avner Cohen dalam bukunya ( "Israel and the Bomb" ) mendakwa Israel "memasang"" dua peranti peletup nuklear yang boleh dilancar.

Israel membina kemudahan senjata nuklear Dimona di gurun Negev dengan bantuan Perancis. Tapak Dimona mempunyai reaktor pengeluar plutonium/tritium, kilang pengasing kimia bawah tanah, dan kemudahan membina komponen nuklear. Pada tahun-tahun awal program nuklearnya, Israel menggunakan data ujian Perancis untuk mengesahkan rekabentuk senjata nuklearnya. Sesetengah penganalisa percaya bahawa Israel telah melakukan ujian nuklear secara rahsia. Ujian rahsia itu dipercayai dijalankan dalam satu letupan tinggi di atmosfera pada 22 September 1979, di luar persisiran Afrika Selatan.


KAPAL TERBANG

Dalam tempoh 30 tahun, Israel telah mendapatkan beberapa jenis kapalterbang dengan keupayaan membawa bom graviti nuklear, termasuk F-4 Phantoms, A-4 Skyhawks, F-16 dan F-15E.

F-16 merupakan tulang belakang Tentera Udara Israel dan calon paling layak bagi penghantaran udara senjata nuklear. Kemungkinannya hanya sebahagian kecil daripada F-16 disahkan untuk membawa senjata nuklear dengan kakitangan dilatih khas, tatacara unik, dan penubahsuaian yang membolehkan ia membawa senjata nuklear. Senjata nuklear mungkin bekalkan dengan skuardron yang ditugaskan di satu atau lebih pengkalan udara. Selain itu, senjata nuklear boleh disimpan dipengkalan berlainan seperti di Tel Nof, di mana kapal terbang disahkan boleh dilengkapkan. Ia sukar menentukan skuardron yang ditugaskan misi nuklear dan pengkalan yang menyokongnya. Skuardron F-16 yang berkemungkinan adalah: ke 111, ke 115, dan ke 116. Selain itu skuardon yang disebut-sebut adalah skuardorn ke 140 dan ke 253 Ramon di Negev. Yang lain adalah skuardron ke 109, ke 110, dan ke 117 di Ramat-David di utara Israel, dan 101st, 105th, dan 144th di Hatzor.

Dari tahun 1980–1995, Israel membeli atau menerima daripada Amerika Syarikat sejumlah kapalterbang seperti berikut :-

260 F-16 103 F-16A 22 F-16B 81 F-16C 54 F-16D Pada Januari 1994, Israel memilih Boeing F-15E Strike Eagle berperanan menguasai ruang udara dan sebagai penyerang jarak jauh, dikenali sebagai F-15I Ra’am (Halilintar) di Israel. Pada awalnya, 21 kapal terbang ditempah, pada harga lebih sedikit US$2 billion. Pada tahun 1995, Israel membeli empat lagi. Pada 19 Januari 1998, dua kapal terbang Ra’am pertama mendarat di Lapangan Terbang Hatzerim, diterbangkan oleh pemandu Boeing. Kapalterbang tersebut mempunyai berat berlepas (36,750 kilogram) dan jarak (4,450 kilometer) berbeza berbanding model F-15 yang lain. Kelajuan maksima pada atitude tinggi adalah 2.5 Mach.

Kapal terbang tersebut telah diubahsuai untuk menggunakan rada khas dengan keupayaan memeta bentuk mukabumi "terrain-mapping" dan sistem navigasi dan pengendalian yang lain. Ra’am mampu membawa 4.5 tan bahanapi dalaman, conformal, dan tangki campak buang, termasuk 11 tan peluru. 25 kapal terbang F-15 terakhir dihantar kepada Pasukan Udara Israel sebelum May 1999. Kapal terbang F-15I ini ditugaskan kepada Skuardron 69 (Skuardron Tukul ( Hammers Squadron ) ) di Hatzerim. Dalam Tentera Udara U.S., F-15E Strike Eagle mempunyai peranan nuklear. Samaada Tentera Udara Israel memberikan keupayaan nuklear kepada kapal terbang prestasi tinggi ini tidaklah diketahui.

Selain itu, pada tahun 1999, kerajaan Israel mengumumkan bahawa ia akan membuat pembelian sebanyak 50 F-16I, yang bernilai $2.5 billion. Israel akan menerima kapalterbang tersebut dalam tempoh penghantaran selama dua tahun bermula awal 2003. Selain itu, Israel mempunyai pilihan untuk membeli tambahan 60 buah kapalterbang tambahan dalam kontrak yang sama. Penghantaran untuk kapal terbang tambahan ini akan berterusan sehingga 2008.

Usaha Israel untuk keupayaan peluru berpandu bermula serentak dengan usahanya untuk senjata nuklear. Pada April 1963—beberapa bulan sebelum reaktor Dimona reactor mula beroperasi—Israel menandatangani perjanjian dengan syarikat Perancis Dassault untuk menghasilkan peluru berpandu darat-ke-darat. Spesifikasi Israel menetapkan peluru berpandu dua tahap dengan keupayaan membawa 750-kilogram kepala peletus sejauh 235–500 kilometer dengan kemungkinan ralat bundar ( circular error probable ) kurang dari 1 kilometer.

Sistem peluru berpandu ini, dipanggil Jericho (atau MD-620), direka agar memerlukan masa persediaan kurang daripada dua jam, boleh dilancarkan dari tapak mudah alih atau tetap, dan mempunyai keupayaan menembak pada kadar empat sehingga lapan peluru berpandu setiap jam. Pada awal 1966, New York Times melapurkan bahawa Israel telah membeli ansuran pertama 30 peluru berpandu. Selepas peperangan 1967, Perancis mengenakan sekatan kepada peralatan ketenteraan baru, dan Israil mula menghasilkan peluru berpandu Jericho bersendirian. Pada tahun 1974, CIA menyebut Jericho sebagai bukti bahawa Israel mempunyai senjata nuklear, menyebut bahawa peluru berpandu Jericho tidak mempunyai nilai sebagai peluru berpandu biasa dan Jericho “direka untuk membawa kepala peledak nuklear.”

Berikutnya, Israel membangunkan Jericho II, yang mempunyai persamaan dengan U.S. Pershing II. Pada May 1987 Israel menguji versi Jericho II yang dipertingkatkan dan mampu terbang sejauh 800 kilometer. Ujian kedua dijalankan pada September 1988, dan ujian ketiga Jericho II diuji pada September 1989 dilapurkan terbang sejauh 1,300 kilometer. Pada 1989, U.S. Arms Control and Disarmament Agency menganggarkan jarak maksima Jericho II yang dipertingkatkan sebagai 1,450 kilometer—cukup jauh untuk sampai ke selatan sempadan Russia ( Soviet Union ). Israel bersungguh-sungguh menyelidik teknologi peluru berpandu di Amerika Syarikat dan lain-lain tempat, termasuk sistem kawalan terminal menggunakan pengimej radar. Dianggarkan bahawa jarak Jericho II mampu ditingkatkan sehingga 1,800 kilometer.

Menurut rencana Jane 1997 terdapat 50 peluru berpandu Jericho II di pengkalan peluru berpandu Zekharyeh, sekitar 45 kilometer tenggara Tel Aviv di Bukit Judean ( Judean Hills ). Menurut analisa imej satelit, peluru berpandu itu kelihatannya di simpan di dalam gua. Apabila menerima amaran ia akan disebarkan dengan menggunakan pelancar mudahalih ( transportererector launchers ) (TELs) agar tidak dapat dimusnahkan. Jericho I jarak dekat diletakkan berhampiran dalam jumlah yang sama.

Pada tahun 1988, Israel mula melancarkan beberapa satelite Ofek ke orbit dengan menggunakan Shavit (Comet) roket tiga peringkat, yang dihasilkan menurut peluru berpandu Jericho II. Satelite pertama seberat 180 kilogram; yang terkini, Ofek 5, seberat 300 kilogram. Satelite ini digunakan untuk memantau aktiviti di negara musuh dan memberikan lapuran perisikan. Roket Shavit boleh dijadikan peluru berpandu jarak jauh dengan jarak sehingga 7,000 kilometer, bergantung kepada berat kepala peledak.

Peluru berpandu diuji di Pengkalan Udara Palmikhim utara Tel Aviv. Pada April 2000, Israel menguji peluru berpandu Jericho ke Laut Mediterranean yang hampir mengenai kapal perang U.S. yang melapurkan bahawa ia diserang.

Israel mempunyai populasi sekitar 6 juta dan kecil sedikit daripada New Jersey. Ia mempunyai persisiran pantai sepanjang 170 batu di Laut Mediterranean. Dengan kerisauan tentang keupayaan peluru berpandu yang dimajukan oleh Iraq, Iran, dan jiran bermusuhan yang lain, dan dengan laluan kepada Mediterranean, secara logiknya Israel pastinya akan memajukan sistem penempatan di laut dengan berkeupayaan nuklear untuk menyokong komponen udara dan darat. Sistem jenis penempatan laut yang paling selamat secara tradisinya adalah kapal selam.

Pada Jun 2002, bekas pegawai Pentagon dan Jabatan Negara ( State Department ) memberitahu Washington Post bahawa Israel telah melengkapi tiga kapal selam berkuasa diesel dengan peluru berpandu kruise berkeupayaan membaya kepala peladak nuklear. Israel menkontrak syarikat Jerman Thyssen Nordseewerke di Emden dan Howaldtswerke-Deutsche Werft di Kiel untuk membina kapal selam bagi Pasukan Pertahanan Israel/Tentera Laut ( Israel Defense Forces/Navy ) (IDF/N). Dinamakan kelas Dolphin, kapal selam tersebut sepanjang 57.3 meter, sasaran 1,900 tan, mampu mencapai kelajuan 20 knot, dan mempunyai anak kapal seramai 35 orang setiap satu. Kapal selam pertama, Dolphin, sampai di Haifa pada 27 Julai 1999. Leviathan memasuki angkatan laut sebelum akhir 1999, dan kapal selam ketiga, Tekumah, dihantar pada Julai 2000. Kos setiap kapal selam dianggarkan $300 juta. Setiap kapal selam dilengkapi dengan 10 tube 21-inci berkeupayaan melancarkan torpedo, periuk api, atau peluru berpandu kruise. Pegawai kanan pertahanan Israel mengesahkan bahawa kapal selam kelas Dolphin membawa peluru berpandu antikapal Harpoon U.S.. Menjadikan ia berkeupayaan nuklear memerlukan Israel memajukan kepala peledak nuklear dan kit pensasar untuk menyerang sasaran darat. Tidaklah diketahui samaada peluru berpandu tersebut telah diubahsuai. Pada In March 2000, Amerika Syarikat menolak permohonan Israel untuk 12 peluru berpandu kruise BGM-109 jarak jauh. Peluru berpandu kruise Tomahawk lancaran laut wujud dalam versi muncung nuklear untuk penghantaran oleh kapal selam penyerang Amerika Syarikat.-SUMBER WIKIPEDIA

Najib hilang kawalan ke atas Umno -THE MALAYSIAN INSIDER



Apakah Datuk Seri Najib Razak mengawal penuh Umno kini? Nampaknya ramai yang tidak bersetuju dengannya. Kawalan beliau hanya sama sebagaimana Tun Abdullah Badawi mengawal Umno sebelum ini sahaja.
Persoalan ini menjadi topik yang hangat sejak kebelakangan ini apabila Najib memperkenalkan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berdasarkan konsep ini, kelihatan Najib mahu menyatukan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini di bawah banner satu Malaysia.

Maknanya, usaha hendaklah dibuat oleh semua pihak khasnya Umno sendiri untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia ini.

Jelas sekali, apa yang diusahakan oleh Najib adalah sebagai satu usaha beliau untuk menarik kembali sokongan orang bukan Melayu, Cina dan India, yang lari dari Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini kerana dalam pilihan raya umum lalu, lebih 70 peratus pengundi Cina dan India dikatakan lari kepada Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan kalah di kubu masing-masing.

Para pemimpin Umno yang bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina dan India juga kalah.

Pendekatan Najib ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh Tun Abdullah ketika Umno kalah teruk dalam pilihan raya 1999 lalu. Oleh kerana ketika itu orang Melayu yang lari dari Umno, maka pendekatan yang diambil adalah pendekatan Islam iaitu untuk menarik kembali pengundi Melayu. Maka lahirlah konsep Islam Hadhari.

Abdullah berjaya tetapi hanya sekali sahaja iaitu dalam pilihan raya 2004. Selepas itu, BN kalah teruk dalam pilihan raya 2008 apabila masing-masing mula sedar konsep Islam Hadhari itu. Ia hanya pendekatan reaktif Umno untuk membeli kembali undi Melayu.

Sebagaimana 1 Malaysia sekarang, Islam Hadhari juga mendapat sokongan berbelah bahagi dalam Umno sendiri. Yang menariknya, sebagaimana sekarang, timbalan Abdullah ketika itu, iaitu Najib yang kelihatan tidak berapa menyokong konsep itu.

Mentor Najib, Tun Dr Mahathir menyifatkan Islam Hadhari satu ajaran baru yang mengelirukan.

Sebagaimana Abdullah mempunyai seorang anak muda di belakang segala programnya iaitu Khairy Jamaludin, Najib juga ada. Pemuda itu adalah Omar Mustafa Ong. Omar adalah arkitek di belakang 1 Malaysia Najib. Keyakinan kepada Omar menyebabkan Najib sanggup berdepan dengan mentornya Tun Dr Mahathir dalam isu perlantikan Omar ke Lembaga Pengarah Petronas.

Sebagaimana yang Abdullah hadapi, itulah juga yang dihadapi oleh Najib kini. Akhbar rasmi Umno sendiri, Utusan Malaysia dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin dilihat tidak bersama dengan konsep 1 Malaysia Najib.

Sebuah laman web melaporkan, Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Koh Tsuu Koon pernah bertanya dalam mesyuarat Kabinet tentang cara akhbar Umno itu membuat laporan.

Muhyidin dilaporkan telah mempertahankan pendekatan akhbar itu dengan berkata, itu yang diperlukan oleh BN. Kuat sokongan Melayu kepada Umno, kuatlah BN.

Pendekatan kedua-dua mereka ini jelas menjadi ikutan di peringkat bawahan Umno. Di Shah Alam, sekumpulan NGO yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno sanggup berarak dengan kepala lembu berdarah ke bangunan SUK Selangor. Ia jelas sekali satu provokasi dan penghinaan kepada penganut agama Hindu.

Walaupun Datuk Ibrahim Ali, salah seorang tokoh utama pendekatan perkauman Umno ini, cuba memutar belitkan fakta dengan berkata 'kepala lembu adalah lambang PAS dicucuk hidung oleh DAP' namun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sendiri tidak bersetuju dengan tafsiran Ibrahim itu.

Khairy melalui Twitternya berkata, "Ibrahim Ali said checks by his org showed that the cow's head not aimed at Hindus but at MB& non-Hindu Excos. — Must think Msians stupid."

(Kata Ibrahim Ali, semakan oleh orang-orangnya mendapati, kepala lembu itu bukan ditujukan kepada Hindu tetapi MB dan Exco bukan-Hindu — mesti dia fikir orang Malaysia bodoh).

Persoalan yang tinggal kini adalah sejauh manakah 1 Malaysia boleh bertahan? Apakah ia mampu menghasilkan megic sebagaimana Islam Hadhari yang membawa kemenangan besar kepada BN 2004 lalu?

Nampaknya, dengan penentangan dan pendekatan dua nakhoda dalam Umno sekarang, 1 Malaysia tidak akan membawa Umno ke mana-mana. Silap-silap hanya ke longkang waktu sahaja. Bahkan ada yang meramalkan, tempoh pentadbiran Najib sebagai PM tidak akan melebihi tempoh Abdullah Badawi.

Lagi Sekutu BN Dilanda Krisis?-sabahdaily


KUALA LUMPUR : Krisis berterusan yang melanda sekutu rejim BN di semenanjung kini menyeberangi Laut Cina Selatan apabila satu lagi sekutunya di Sarawak turut menerima nasib yang sama.

Terbaru, Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menyaksikan perpecahan dalaman apabila Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) parti itu pada 28 Disember ini menyaksikan pertembungan hampir di semua peringkat termasuk jawatan Timbalan Presiden dengan drama ugutan, ancam keselamatan calon bertanding dan ‘Senarai calon pilihan Presiden’ mewarnai pertandingan itu.

Timbalan Ketua Pemuda SPDP, Philip Ngo, mendakwa menerima sejumlah khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon yang mengancam keselamatan dirinya sejak beliau mengishtiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah Philip turut didesak oleh Sembilan bahagian parti itu agar menarik diri bagi memberi kemenangan percuma kepada penyandang sejak tahun 2003, Peter Nyarok Entrie.

“Sejak diketahui akan mencabar kedudukan Timbalan Presiden, saya banyak menerima panggilan dan SMS, ada yang memberi galakan dan ada yang berbaur ancaman.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menarik diri semata-mata kerana ancaman yang diterima. Saya kekal dengan pendirian, komited dan fokus dalam tindakan yang dilakukan,” katanya yang tidak teraga-agak membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ‘pihak’ yang dimaksudkannya, sama ada daripada ahli di peringkat bawahan atau atasan dalam parti.

Philip, 45, seorang ahli perniagaan dan juga ahli jawatankuasa eksekutif Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat akan mencabar Nyarok, 67, dalam TGA pada 28 Disember ini.

Walaupun Presiden parti itu, William Mawan Ikom sejak Julai lalu merayu agar calon-calon tertentu menarik diri bagi mengelakan perpecahan dalam parti yang baru berusia tujuh tahun itu, namun ia gagal mengekang nafsu ahli SPDP daripada merebut jawatan.

Turut menyaksikan pertembungan ialah bagi jawatan Naib Presiden yang menyaksikan empat calon bagi merebut tiga kekosongan manakala jawatan Majlis Tertinggi yang hanya memerlukan 14 orang direbut oleh 35 calon.

Tertekan dengan masalah itu, Mawan menerusi satu mesyuarat parti baru-baru ini mencadangkan senarai nama untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam badan induk parti itu.

Ia dikenali sebagai ‘Senarai Presiden’

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda SPDP, Tiong King Sing turut disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.

Tiong ialah antara nama yang terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

SPDP ditubuhkan pada tahun 2002 selepas krisis kepimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Beberapa pemimpin SNAP yang menubuhkan SPDP selepas itu menyertai BN manakala SNAP menjadi pembangkang walaupun sebelum itu SNAP merupakan salah satu sekutu rejim BN di Sarawak.

OLEH : MASDAR WAHID

MENTERI BESAR TERENGGANU BERSUMPAH-malaysiatoday.com

MB T’ganu bersumpah

Thursday, 24 December 2009 12:16
Menteri Besar Datuk Ahmad Said bersumpah bagi menafikan dakwaan ada berlaku penyelewengan dalam pentadbiran beliau semasa sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau menegaskan segala projek yang dilakukan adalah mengikut prosuder dan ianya dilakukan demi kepentingan rakyat. "Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

Gerak cadang suruhanjaya diraja siasat Dr Mahathir-harakahdaily.net


KUALA LUMPUR, 28 Dis: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) gesa ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa, Barry Wain bahawa sepanjang 22 tahun pentadbiran perdana menteri ke-empat hampir RM100 bilion dibazirkan dan berlakunya rasuah.

Gerak juga menggesa agar siasatan Suruhanjaya DiRaja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap mantan perdana menteri ke-lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM 270 bilion dalam masa lima tahun.

Demikian kata Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Gerak Malaysia dalam satu kenyataannya.

Menurut Nazree, siasatan yang adil perlu dilakukan bagi mengembalikan nilai kredibiliti kepimpinan negara dan ranking Malaysia dalam tangga persepsi indek rasuahnya yang jatuh pada tangga ke-57 pada tahun 2009.

Dakwaan berlakunya penyelewengan dan rasuah sepertimana yang didakwa melibatkan kedua-dua mantan perdana menteri ini wajar disiasat kerana ianya melibatkan suatu jumlah yang begitu besar sehingga mencecah billion ringgit, tambahnya.

"Jika dakwaan ini tidak disiasat sebaiknya, Gerak bimbang fenomena penyelewengan dan rasuah berskala mega akan menjadi amalan para pemimpin negara pada masa hadapan.

"Hakikat ini tidak boleh kita nafikan kerana situasi kekukuhan ekonomi negara juga amat bergantung kepada tahap integriti pengurusan sumber khazanah negara," katanya lagi.

Menurut Nazeri, kebolehpercayaan para pelabur asing terhadap kestabilan ekonomi negara akan tergugat jika pemain-pemain rasuah politik-ekonomi secara terus-terusan menjadikan sektor perekonomian negara sebagai sarang rasuah yang boleh mengakibatkan kualiti ekonomi sesebuah negara merudum.

Jika khazanah negara seperti petroleum dan sumber asli yang lain tidak diuruskan dengan penuh integriti, maka tidak mustahil untuk kita menegaskan bahawa ketidakstabilan ekonomi yang agak meruncing pada hari ini adalah diakibatkan oleh perlakuan jenayah rasuah berskala mega, katanya.

Rasuah berskala mega seumpama ini perlu dihentikan dengan memulakan pendakwaan segera terhadap individu-individu berprofil tinggi termasuklah yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara dan negeri, tambah beliau lagi.

MB bukan Melayu: K'tan sedia pinda perlembagaan


Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama
Islam menjadi menteri besar negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi menteri besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. BERNAMA

Aduan polis terhadap 'penyokong, pengundi PAS'-Malaysiakini.com


kemaskini 3.06pm Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung tindakan seorang peserta demonstrasi yang didakwa menyamar sebagai ahli parti, kata seorang pemimpin dewan tersebut.

Aduan yang sama turut dibuat terhadap sekumpulan kira-kira 20 peserta demonstrasi itu, semalam, yang didakwa cuba mensabotaj parti itu dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan itu di Shah Alam tengah hari ini, menggesa polis menyiasat perhimpunan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS) di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha dewan itu Khairul Fahmi Mat Som, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu menamakan jurucakap GKPPPS Wan Hilman Wan Abd Rahim yang mendakwa dirinya ahli PAS Gombak.

"Jadi laporan polis ini kita fokuskan juga kepada Wan Hilman kerana dia mengaku sebagai ahli PAS sebab kita nampak dia cuba menyamar sebagai ahli PAS," katanya kepada Malaysiakini selepas aduan tersebut.

"Saya tidak pasti (Wan Hilman) itu orang parti mana, yang pasti dia bukan penyokong PAS."


Tambahnya, beliau sendiri tidak dapat mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi tersebut yang menuntut PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dengan alasan dipinggirkan oleh PKR dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim pula, yang turut hadir semasa laporan polis itu dibuar, berkata aduan dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya.

"Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak."

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

"Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi.

Suruhanjaya Di Raja Menyiasat RM100 Bilion Dan Kehilangan Enjin Pesawat


Gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Barry Wain; penulis buku Malaysian Maverick, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke empat telah melesapkan sejumlah RM 100 billion khazanah negara dan juga isu yang memalukan apabila enjin pesawat milik tentera udara didapati hilang tidak sewajarnya dipandang remeh.

Kedua-dua isu tersebut ternyata berkepentingan umum dan rakyat berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar dan memperolehi penjelasan yang munasabah. Malahan kesudian mantan perdana menteri untuk disiasat oleh Suruhanjaya Di Raja perlu disambut pentadbiran sekarang. RM 100 billion bukanlah sedikit jumlahnya.

Sungguh pun sudah ada beberapa tindakan susulan, misalnya penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu, rakyat sebenarnya meragui kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya. Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas. Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa.

Oleh itu saya memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Tidak semena-mena “whistle blower” pula yang menjadi sasaran. Sekonyong konyong sahabat saya Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukanlah kali pertama Guan Eng berhadapan dengan rencana sebegini. Sebelumnya kerana bermaksud melindungi maruah seorang anak gadis Melayu, beliau terpaksa merengkok dalam penjara.

Turut dukacita apabila gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada bulan Disember tahun lalu ,Dr Munawar Ahmad Anees hari ini sekali lagi gagal dalam usaha membersihkan namanya dengan memohon agar dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah liwat yang membabitkan beliau. Beliau mencabar keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada tahun 1998 kerana beliau telah dipaksa supaya membuat pengakuan dalam kes tersebut.

Sepatutnya institusi keselamatan dan keadilan menumpukan usaha untuk membanteras jenayah demi menjamin keamanan rakyat keseluruhannya. Tidakkah kematian dan kehilangan anak anak kecil kita mengetuk keinsafan pimpinan tertinggi pihak polis terhadap kelalaian mereka. Sedarlah rakyat bukan musuh anda! Rakyat sebenarnya sudah mual dengan kebobrokan yang berlaku. Mereka tidak mahu institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka bersekongkol dengan pimpinan umno-bn menutupi pekung busuk.

ANWAR IBRAHIM

Sabtu, Disember 26, 2009

PEMUDA MEMACU ZAMAN



Tanggal 29 mei 1453 telah menjadi bukti kepada pengucapan rasullah s.w.t bahawa kota Constantinople akan jatuh ketangan sebaik –baik raja dan sebaik baik . Kota yang hebat itu telah jatuh ketangan seorang anak muda yang bernama sultan Muhammad Al-fateh.Sultan Muhammad al fateh telah ditabal kan menjadi raja setelah kemangkatan ayahdanya ketika baginda berusia 22 tahun. Baginda begitu terkenal dengan sifat yang tawaduk, warak dan bercita-cita tinggi untuk memenuhi janji rasullah s.w.t . Sebenarnya usaha untuk menawan kota Constantinople telah bermula sejak zaman muawiyah bin abi suffian lagi tetapi tidak pernah menemui kejayaan sehinggalah anak muda yang bernama muhammad al-fateh itu berjaya melakukannya. Sejarah telah mencatatkan perjuangan islam ini ,sejak dari zaman rasullah s.w.t lagi ianya didokong oleh anak-anak muda .Merekalah yang menjadi barisan depan mempertahankan islam. Peristiwa hijrah menyaksikan bagaimana anak-anak muda memainkan peranan yang cukup besar ,antaranya saidina ali k.w.j menggantikan rasullah ditempat tidur mempamerkan keberanian cukup luar biasa kerana di riwayatkan saidina ali pada ketika itu hanya berusia belasan tahun sudah sanggup menjadikan syahid itu sebagai cita-cita tertinggi demi menegakkkan islam.Begitu juga Abdullah bin Abu Bakar yang menjadi pengintip kepada rasullah ,Asma binti Abu Bakar yang tugasnya untuk menghantar makanan kepada rasullah dan amir bin fuhairah hamba kepada Abu bakar yang menjadi pengembala kambing untuk menghilangkan kesan-kesan tapak perjalanan Abdullah dan asma dalam menemui rasullah s.w.t . Sejarah itu terus berulang didalam episode perjuangan umat islam setiap setiap zaman.Kesinambungan dan keutuhan perjuangan islam itu ditentukan oleh kehebatan generasi mudanya.Kita melihat bagaiamana umat islam dipalestin yang menghadapi musuh yang begitu hebat dari sudut persenjataanya perjuang mereka terus dipacu oleh kegigihan dan kehebatan pemudanya.yang sanggup berada di barisan depan dan mengorbankan apa saja termasuk nyawa mereka sendiri.
Sejarah umat islam di Afghanistan membuktikan bahawa pemuda mempunyai peranan dan siknifikasinya tersendiri dalam perjuangan menentang perjajahan soviet union . Pemimpin –pemimpin dikalangan pemuda seperti gulbuddin Hektamayar telah menjadi sandaran kepada perjuangan umat islam sehingga tentera yang kerdil itu berjaya menewaskan sebuah kuasa besar dunia yang dilihat terlalu hebat pada masa itu yang mustahil untuk ditewaskan ,tiada siapa yang menyangka dan percaya negara sehebat soviet union itu akhirnya terpaksa berundur dan mengaku kekalahan mereka kepada kumpulan –kumpulan pemuda-pemuda yang berjuang dalam keadaan serba kekurangan dan ianya bukan sekadar kekalahan perang tetapi permulaan keruntuhan dan perpecahan kerajaan soviet union seperti yang dapat kita lihat pada hari ini dimana tiada lagi soviet union yang tinggal hanyalah negara Rusia
Didalam konteks perjuangan umat islam dinegara ini ,bagi menegakkan daulah islamiyah melalui sistem politik demokrasi kehadiran Hadi awang dan sahabat-sahabat seangkatannya sebagai golongan pemuda dan ulamak telah memberikan definasi dan implikasi yang cukup besar kepada Pas sebagai satu-satunya wadah perjuangan islam dimalaysia. Kehadiran ulamak-ulamak muda ini mencorakkan
halatuju perjuangan dibawah kepimpinan ulamak yang betul –betul
sinonim dengan keujudan pas itu sendiri sebagai satu definasi yang cukup jelas kepada penerimaan masyarakat islam terhadap perjuangan pas.Selama beberapa dekad ulamak-ulamak ini berjuang akhirnya perjuangan islam itu bukan sahaja mula diterima oleh orang-orang islam tetapi mulai diterima oleh orang-orang bukan islam. Kalau 20 tahun dahulu tidak mungkin ada yang percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional mampu untuk ditewaskan dan hapuskan dari kamus pentabiran negara, sama seperti yang berlaku di Afghanistan tiada siapa yang percaya negara superpower dunia itu dapat ditewaskan .
tetapi pilihanraya ke -12 , lima negeri telah berjaya ditawan dan sokongan masyarakat bukan islam semakin meningkat melalui keahlian kelab penokong pas scenario yang mustahil untuk dilihat 20 tahun dahulu.

Sebenarnya apa yang hendak diutarakan bukanlah faktasejarah tetapi ianya cuma dijadikan analogi perbandingan didalam menghadapi apa yang dikatakan fasa kedua perjuangan selepas 50tahun kemerdekaan negara dan bentuk-bentuk cabaran baru ‘yang harus dihadapi dalam mengharungi dan memacu zaman yang berubah begitu pantas .Justeru cabaran pemuda masa kini ialah menangani idealisme praktis pihak musuh yang meguasai segenap ruang didalam masyarakat .Persolannya bagaimana pemuda itu harus bersaingan didalam arus idealisme bagi dilihat terus relevan dan kompetetif untuk menjadi trendsetter kepada masyarakat.

semoga persoalan yang diutarakan dapat mencetuskan idea-idea yang dapat memberikan manafaat kepada perjuangan .Sekian Wassalam


Botaman (dppk parit)

APABILA DUNIA HIBURAN KITA TERBABAS


Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar.
RAMAI wartawan menghubungi saya bertanya pendapat tentang beberapa tindakan artis kita yang menimbulkan berbagai-bagai kontroversi. Saya menangguhkan jawapan terhadap kebanyakan soalan itu bimbang nanti disalahtafsirkan. Biar saya sendiri yang menulisnya agar lebih jelas maksud saya.
Sebelum saya pergi lebih jauh, wajar dijelaskan terlebih dahulu bahawa saya bukan antihiburan atau seni. Sebabnya, Islam itu bukan agama antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan disiplinnya.
Dalam sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu.
Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah. Hanya yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari ialah Allah. Maka baginda membetulkannya.
Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini.
Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar.
Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan. Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda: Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.
Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian seperti hadis al-Bukhari sebelum ini.
*Masjid
Bahkan baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. Ini seperti hadis al-Bukhari. Kata Aisyah r.a: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di pintu bilikku, ketika itu orang-
orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka. Kemudian baginda bangun keranaku sehingga aku beredar (bosan). Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan.”
Hadis-hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang ditetapkan. Ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh berbagai-bagai situasi dan keadaan. Kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan urusan hidup. Juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau Hari Raya.
Di samping itu, ada pula insan lain yang tidak memerlukan itu semua. Maka hiburan bukan suatu kemestian tetapi suatu keizinan dan peluang untuk insan. Atau paling tinggi suatu galakan Nabi untuk suasana tertentu. Justeru, hiburan bukan fokus utama dalam masyarakat Islam. Ini kerana, hiburan jika berlebih-lebihan maka ia akan mengganggu tumpuan hidup umat yang agung iaitu menjadi khalifah dengan membina tamadun yang bertunjangkan akidah dan pengabdian diri kepada Allah dan membawa rahmat untuk manusia sejagat.
Keizinan Nabi untuk para sahabat menikmati hiburan dengan kadar yang munasabah tidak pernah mengganggu mereka membawa misi agung yang disebut oleh Rib’i bin Amir di hadapan angkatan tentera Parsi: “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat.”
Malangnya, apa yang kelihatan dalam masyarakat Muslim kita, hiburan yang merupakan keizinan untuk meredakan ketegangan urusan hidup atau sebagai peluang menikmati keseronokan telah dijadikan fokus utama dalam kehidupan. Media seakan mengajak generasi kita menumpukan sepenuhnya kemampuan diri untuk berlumba-lumba di bidang hiburan. Sehingga jika dilihat kepada media elektronik dan cetak, seakan tidak ada agenda lain yang lebih utama dalam kehidupan generasi baru dari berhibur dan berseronok sepanjang masa.
Hiburan yang diizinkan dengan kadar yang munasabah telah menjadi candu dan barah yang membunuh tumpuan remaja dan para pemuda untuk membina tamadun secara bermaruah dan merdeka.
Lebih buruk lagi, kebanyakan hiburan yang disebarkan itu bukan sahaja tidak mempunyai nilai kesopanan dan tamadun, bahkan sebahagian adalah lambang keruntuhan akhlak dan ketidakmerdekaan jiwa. Sebahagian yang melibatkan diri dalam dunia hiburan itu; kisah, pakaian, bahasa dan gaya mereka bukan sahaja tidak memperlihatkan kematangan dan tamadun, bahkan menonjolkan ciri-ciri kebodohan diri. Lihat sahaja sesetengah adegan lawak jenaka zaman kita atau aksi sesetengah artis.
Di samping itu, acuan atau reka bentuk hiburan itu sendiri gagal menunjukkan jati diri umat yang mempunyai tamadun dan budaya yang tersendiri. Lihat sahaja nama-nama program realiti hiburan yang ditampilkan, kebanyakannya melambangkan jiwa yang tidak merdeka yang menceduk dari reka bentuk sehingga ke nama program pun tidak mampu diubah.
Para penggiat hiburan, ramai yang menjadikan Barat kayu ukur dalam kegiatan mereka. Maka sehingga ada yang merasai gelagat buruk artis Barat sama ada Paris Hilton atau Britney Spears atau seumpama mereka mempunyai nilai seni yang tersendiri.
Mereka lupa bahawa Barat sedang mengalami keruntuhan moral yang parah disebabkan para artisnya. Nilai-nilai buruk dan hodoh telah bertukar menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan mereka sehingga merosakkan ikatan keluarga, budaya asal mereka bahkan agama mereka sendiri. Para artis mereka adalah lambang dan penyumbang kepada keruntuhan tersebut.
Namun Barat masih mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya mereka telah berjaya membina tamadun kebendaan yang hebat yang menjadikan mereka dipandang megah oleh dunia. Maka kecuaian muda- mudi mereka masih dapat ditampung dengan tamadun kebendaan yang telah mereka bina. Untuk mereka melangsungkan apa yang sudah mantap tidaklah begitu sukar.
Juga, aktiviti hiburan mereka telah membawa pulangan ekonomi yang tinggi. Ini kerana, dunia lain memandang tinggi jenama mereka dan sanggup membayar harga untuk menikmati hiburan mereka. Adapun kita, belum berjaya membina tamadun kebendaan, mahupun budaya seperti mereka. Lebih malang lagi, kegiatan seni kita lebih banyak membazirkan wang bangsa sendiri dan gagal menghasilkan pulangan ekonomi untuk negara.
Dalam keadaan kita yang dilanda berbagai-bagai masalah yang gagal diselesaikan dengan kadar yang selesa; dadah, kerosakan akhlak, gejala jenayah remaja, malas, sikap tidak bertamadun anak bangsa; adakah patut kita fokuskan tenaga dan kemampuan remaja kita ke arah hiburan ‘tidak berhenti-henti’ atau ‘hiburan tanpa sempadan’? Program realiti hiburan ada yang telah memerangkap cita-cita hidup anak muda sehingga gagal memikirkan kemampuan diri selain dari menjadi ‘artis segera’.
Namun perkara yang paling realiti bagi setiap program realiti hiburan itu adalah penajanya mengaut untung gila-gila sementara kerugian langsung atau tidak langsung ditanggung oleh ‘anak dan bapa’ orang kita.
Sekali lagi, saya bukan antiartis, hiburan dan seni. Anda boleh baca temu bual dengan saya oleh majalah Pentas terbitan Istana Budaya. Namun saya sedang membicarakan soal untung rugi jangka masa panjang terhadap umat jika terus dibiarkan generasi kita tenggelam dalam arus hiburan tidak berdisiplin yang sedang pesat sekarang.
Saya tidak antiartis secara melulu. Bahkan saya tahu ada artis-artis yang ternama juga membaca artikel saya. Setiap orang ada sumbangannya. Namun saya mengharapkan agar kegiatan seni tidak melanggari disiplin agama dan memusnah masa depan bangsa. Hiburan kita seakan hilang arah. Dalam banyak hal, kelihatan tidak banyak memberi sumbangan kepada pembangunan peradaban dan ketamadunan umat.
Islam bukan jumud yang menuntut agar filem atau artis yang berdisiplin mesti mempamer ‘lebai’ atau kopiah di atas kepala atau dibacakan nas-nas agama. Yang penting ialah disiplin dalam penampilan dan kandungan. Sekadar bersongkok atau berkopiah belum tentu isi seninya tidak melanggar batasan Islam.
Dalam industri perfileman, saya rasa kita boleh puji Iran. Walaupun saya dalam banyak perkara pokok dan cabang amat berbeza dengan mazhab utama negara tersebut. Namun saya akur industri filem di Iran telah berjaya – pada suatu tahap – menghasilkan filem-filem yang mempunyai disiplin yang tinggi dan kualiti yang baik. Bahkan banyak juga filem mereka yang memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Tanpa perlu mempamerkan watak yang menyanggahi agama atau menceduk aksi dan watak Barat, filem ‘Kasut’ dari Iran berjaya memenangi anugerahnya.
Pihak yang diberikan bajet besar untuk kemajuan Islam pula hendak merancang agar media benar-benar dimanfaatkan untuk pembangunan umat. Media adalah kuasa ajaib di zaman ini. Janganlah program kita hanya stereotaip yang tidak boleh dipasarkan untuk generasi baru.
Kepentingan menguasai media atau memanfaatkannya lebih utama dari memikirkan bagaimana mengelakkan Mufti Perlis daripada muncul dalam Forum Perdana. Sehingga hari ini para penggiat seni tidak mempunyai penasihat seni dari sudut agama yang praktikal dan produktif.
Anugerah-anugerah prestij agama yang sudah bersifat ‘muzium’ itu patutlah digantikan dengan anugerah-anugerah lain yang lebih utama untuk difokuskan. Anugerah filem yang berkualiti dan tidak menyanggahi syariah umpamanya mungkin boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan seni yang lebih berdisiplin.

PARIT.COM

Jumaat, Disember 25, 2009

DAH SOLAT KE???

Solat itu tiang agama, siapa yg mendirikannya maka dia menegakkan agama, & siapa yg meninggalkanya maka dia meruntuhkan agama!

Dosa2 bg setiap FARDHU yg ditinggalkan:
SUBH: satu fardhu yg ditinggalkan, Allah akan mencampakkan ke dlm neraka selama 60 thn.
ZUHR: satu fardhu yg ditinggalkan, dosanya sama spt mbunuh 1000 org Islam.
‘ASR: satu fardhu yg ditinggalkan dosanya spt meruntuhkan ka’bah.
MAGHRIB: satu fardhu yg ditinggalkan dosanya sama spt seseorg b’zina dgn ibunya (bg lelaki) atau b’zina dgn
bapanya (bg perempuan).
‘ISYAK: satu fardhu yg ditinggalkan, Allah
tidak akan meredhai hidupnya di atas muka
bumi ini.

“Allah jualah yg menguasai segala-galanya.
Oleh itu katakanlah: Jika kamu mengakui yg
demikian maka mengapa kamu tidak mahu
bertaqwa?” (10:31)

Seindah hiasan adalah wanita solehah...

AKHLAQ ISLAMIYYAH BUNGA DIRI





Peringatan buat diriku yg lupa…

Khamis, Disember 24, 2009

AJK Masjid: Pemuda PAS Perak mohon mengadap Raja Nazrin


IPOH, 24 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan memohon mengadap kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIAIMP), Raja Nazrin Shah bagi membuat penjelasan berhubung isu perlantikan AJK Masjid Mukim Slim.

Ianya ekoran tuduhan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang juga bahawa senarai asal yang telah diluluskan pada 2 Ogos telah diubah dan dimasukkan nama baru dari kalangan penyokong tegar PAS.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mendakwa perkara itu angkara 'tangan ghaib' pegawai di pejabat Pegawai Tadbir Agama (PTA) dan urusetia MAIAIMP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu menyataan medianya di sini semalam memberitahu mereka kesal kerana tuduhan dan dakwaan Khusairi itu tidak pernah diadukan atau dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) atau pun MAIAIMP.

"Persoalannya kenapakah tuduhan dan dakwaan tersebut dibuat sekarang, adakah kerana ingin memastikan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid mesti berpihak kepada UMNO sahaja," katanya.

Tambahnya, perkara itu jelas membuktikan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak isu seperti ini tidak pernah timbul kerana perlantikan AJK Masjid telah diserahkan kepada yang berhak dalam kariah atau jamaah kampung itu sahaja tanpa campur tangan politik.

Pemuda PAS Negeri katanya sedang menunggu peluang dan ruang yang ada untuk memberikan penjelasan kepada Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah jika diperkenan merafak sembah nanti.

"Kita tidak mahu semua tuduhan tersebut tanpa memperjelaskan kedudukan sebenar dan hanya berpihak satu pihak sahaja," ujarnya.

Khusairi juga sebelum ini menuduh PAS mempolitikkan masjid dan mendakwa guru-guru takmir pro-PAS lebih banyak menghentam kerajaan dari mengajar agama.

Mengulas perkara itu Salman berkata, Pemuda PAS Perak mahu menuntut keadilan di dalam perkara ini kerana PAS tidak pernah menjadikan masjid sebagai gelanggang politik sepertimana yang telah didakwa oleh Khusairi.

Menurut beliau Pemuda PAS Negeri juga menasihati Khusairi supaya tidak cepat melenting dan menfitnah PAS bila setiap kali mendapat teguran tentang ajaran Islam sebenar dari mimbar-mimbar Jumaat dan penceramah-penceramah di masjid.

HARAKAHDAILY.NET

40 pasukan sertai kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda



KUALA LUMPUR, 24: DisKejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat belia seluruh negara sekaligus membuktikan sukan mampu menarik golongan anak muda.

Kejohanan anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Pusat itu berlangsung meriah di Subang Grand Sports Planet, Subang Jaya, Selangor dan diuruskan sepenuhnya oleh tuan rumah, DACS negeri Selangor.

Sebelum sampai ke peringkat akhir ini, DACS setiap negeri telah memilih empat pasukan terbaik untuk mewakili negeri melalui perlawanan yang diadakan di peringkat negeri masing-masing.

Hasilnya, hampir 40 pasukan mewakili Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan meyertai perlawanan tersebut bagi merebut piala pusingan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Pasukan Wilayah FC A yang mewakili Wilayah Persekutuan muncul sebagai johan perlawanan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1200, piala pusingan beserta piala iringan.

Naib juara pula diraih pasukan Wilayah FC B, juga dari Wilayah Persekutuan dengan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta piala iringan.

Manakala tempat ketiga masing-masing jatuh kepada pasukan Perak dan Pahang dengan wang tunai sebanyak RM300 dan piala iringan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan .

Sementara itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam uapan perasmiannya merakamkan ucapan tahniah kepada DACS Selangor yang berjaya mengadakan perlawanan tersebut dan berharap ianya akan menjadi program tahunan DACS.

Apa yang menarik, program sehari itu bukan sekadar acara sukan namun turut menitik beratkan syiar Islam yang uba ditonjolkan DPPP.

Pihak penganjur telah menyediakan ruang solat di tengah-tengah gelanggang futsal untuk memudahkan semua pemain, petugas dan pangadil mendirikan solat secara berjemaah.

Azan Zohor berkumandang di gelanggang futsal apabila seorang petugas, wakil DACS Pandan, Khusyairi telah melaungkan azan.

Inisiatif ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh generasi muda agar tidak mengabaikan solat walaupun dalam program sukan.

harakahdaily.net

PUISI INDAH UNTUK SI KATAK BEHRANG DAN CHANGKAT JERING


Katak ku yang dirindui....kau menghilang diri sejenak di mana ntah,tidak ku tahu....
ohhh...katak ku yang suka melompat umpama monyet dikejar beruk....kau suka membuatkan ku marah-marah selalu.....
katak ku gagah berlari...seperti dikejar oleh menteri...katak ku....kau memang idola parti pemerintah....
katak yang suka dengan RM....RM....sukar membuat pilihan....katak ku rupanya ada hati nak jadi MB.....katak ku berangan-angan di dalam tempurung yang kau buatkan untuknya dengan ikhlas dan penuh manja...oh katak ku...mengapa kau lari dariku???
......sekarang katak ku telah kaya raya,bersedap-sedap dengan tuan baru....tetapi tuan barunya bukan suka kat dia....tak lama nanti kena sembelih pulak dengan tuan baru tu...oh!!!!alam ini semakin menghimpit perasaan ku,dimana aku sebenarnya rindu-serindu rindunya pada katak ku...tapi,ntah berapa ekor sebenarnya katak ku yang menghilang itu????seekor kaaa...dua ekor kaaaa????rupanya dua ekor yaaa???ada yang betina juga...seekor katak betina dari bangsa nyonyaaaaaaa!!!!!!aduhai....katak ku sudah digoda nyonya.......oh..pilu hati ini ibarat sembilu bisa,peritnya entah bila akan berakhir....!!!macam lagu penyanyi Rahmat dulu tu.....
.....oh katak ku yang ku sayangi....janganlah kau berlompat sana dan sini...rimas aku ....cuba bawa-bawa berehat ataupun pergi merempat dulu di kolam-kolam cina dekat tempat pancing jalan nak ke Ipoh tu.....kau lompat buat aku sakit kepala sahaja wahai katak ku yang kucintai seluruh jiwa raga......sekarang katak ku sudah bertiga.....sama ada tiga ekor katak ataupun tiga orang katak,aku keliru memanggilmu...sebab salah mu jua katak ku...kau tergoda dengan kilauan kelip-kelip di waktu malam.....padahal,bukannya best sangat kelip-kelip tu...oh katak ku...sedarlah......akhirnya nanti kau akan kembali kepada ku,tetapi pada ketika itu bukan aku yang akan menyambut mu,hanya tendangan suria perkasa hitam edisi ke 8 khas untuk mu wahai katak......


nukilan....

boboy slim river

Rabu, Disember 23, 2009

BERHENTI MENARI IKUT GENDANG UMNO/BN !!!



Saya nak tulis terus terang saja kali ini. Apa saya ingat nak cakap, saya tulis saja. Beberapa hari ini saya bercakap mengenai satu perkara – para pemimpin kita tak habis-habis lagi duk menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak Umno/BN. Apa ke halnya! Sudah-sudah lah

Janganlah apabila wartawan akhbar atau wartawan tv dari pihak yang kita tahu mereka itu menjadi alat atau media Umno/BN, apabila wartawan mereka itu menghulurkan mikrofon atau menelefon kita, maka kita pun tanpa berfikir panjang terus saja menyambutnya dengan penuh ghairah dan bersemangat… membuat kenyataan dan menjawab segala soalan yang diajukan itu dengan segala senang hati dan berpuas hati, penuh yakin dan percaya bahawa kenyataan dan jawapan kita itu adalah betul dan ikhlas, sesuai dengan perjuangan parti kita.

Cukuplah! Belajar-belajarlah dengan apa yang telah berlaku selama ini. Mereka itu ada agenda mereka. Bukan saja-saja mereka nak berkhidmat untuk kita, dan nak menyebarkan maklumat bagi pihak kita. Jangan bermimpilah! Bangunlah dan sedarlah. Kita sedang diperangkap oleh media mereka. Rasa-rasanya belum pernah dalam sejarah gerakan Islam di negara ini, keadaan dalaman organisasi dan kepimpinan parti PAS menjadi bercelaru, kucar-kacir, saling mencurigai dan salah-menyalahkan sesama sendiri, fitnah tersebar.… Belum pernah rasanya dalam sejarah gerakan Islam di negara ini PAS berada dalam keadaan yang kucar-kacir seperti hari ini.

Masing-masing seperti tidak kenal lagi mana yang betul dan mana yang tak betul; pemimpin mana yang berpegang pada prinsip yang benar dan pemimpin mana yang sedang berusaha untuk menuju ke arah lain… Betapa bercelarunya! Dan dalam keadaan yang bercelaru itu tanpa disedari tiba-tiba ada di kalangan pimpinan sendiri yang menyuarakan rasa kurang senang dengan pimpinan Tok Guru Mursyidul ‘Am, mendesak dia supaya menamakan penggantinya dan supaya merancangkan pengundurannya dari kerusi Menteri Besar Kelantan.

Atas alasan apa? Kononnya kerana kesalahan dia melantik menantunya menjadi CEO sebuah perbadanan perniagaan yang dia sendiri selaku Menteri Besar menjadi pengerusinya; dan satu lagi kerana hendak menunaikan haji dengan pakej yang mahal atas tajaan pihak tertentu. Riuh rendah. Mereka memukul gendangnya dan kita pun menari dengan rancaknya, lintang-pukang tak terkiralah; bahkan kita pun turut sama memukul gendang mengikut rentak mereka.

Hingga jadi terlupalah kita akan siapa sebenarnya yang kita sedang marah-marah dan melemparkan tuduhan yang negatif itu. Terlupalah kita akan kualiti seorang pentadbir negeri Islam yang satu-satunya seperti itu dalam dunia hari ini yang kita sebenarnya sangat memerlukannya.

Terlupalah kita untuk melihat pada wajah pembangunan dan kemajuan Islam di Kelantan hari ini, hasil dari ijtihad pentadbiran gaya tersendiri yang lahir dari upaya pemikiran sang pemimpin itu, yang teori pentadbiran dan pembangunannya pun belum sempat kita kaji dan rumuskan lagi.

Terlupa juga kita akan pencapaian paling puncak dalam sejarah gerakan Islam di negara ini dimana seorang tokoh agama Islam menjadi begitu popular hingga dia diterima baik oleh kalangan bukan Islam, sebagai pemimpin semua, sebagai “Tok Guru kita”!

Kita terlupa akan aset paling berharga yang ada pada kita itu semata-mata kerana kita terpesona dengan pukulan gendang oleh pihak musuh.

Kita terpukau dan terperangkap dalam jerat musuh, tanpa kita sedar, hingga akhirnya kita sendiri mengucapkan kata-kata yang sangat diidam-idamkan oleh pihak musuh itu. Mereka sedang bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang tak lama lagi akan menjelang tiba.



Di bawah pimpinan baru Najib Tun Razak, dengan pakar-pakar strategi dan pakar media di sekelilingnya, jangan kita memandangnya remeh. Lihat saja sekarang! Kita sudahpun terperangkap dalam permainan mereka.

Faktor paling utama yang boleh menghalang cita-cita dan perancangan mereka untuk terus berkuasa di negara ini, telah mereka kenal pasti, hanya dua – iaitu faktor yang bernama Anwar Ibrahim dan yang bernama TokGuru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dua faktor utama ini kalau berjaya dihancurkan – maka selamatlah Umno/BN melalui pihanraya umum ke-13. Itu saja yang menjadi sasaran mereka sekarang. Takkan ini pun tak dapat kita baca, sedangkan tanda-tandanya bersepah di mana-mana!

Atau cubalah kita fikirkan sekarang – bagaimana jadinya kita Pakatan Rakyat dan gerakan Islam di negara ini sekiranya di kalangan kita tidak ada lagi Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz?

Siapakah yang akan memimpin gerakan Islam dan Pakatan Rakyat (pada masa ini) untuk menghadapi pelbagai tekanan dan muslihat pihak Umno/BN?

Terus terang saya katakan bahawa buat masa ini kita belum nampak sesiapa pun lagi yang berkemampuan seperti dua orang tokoh ini untuk memimpin gerakan Islam dan reformasi rakyat Malaysia, menghadapi serangan daripada puak Umno/BN bagi membangunkan sebuah politik dan pentadbiran kerajaan baru di negara ini, bagi menggantikan politik dan pentadbiran kerajaan cara Umno/BN yang penuh dengan rasuah dan penipuan itu.

Ya, saya tahu, ada orang sedang menuduh saya amat fanatik dan ta’sub dengan Tok Guru Nik Aziz.

Saya kata tidak, saya tidak fanatik atau ta’sub. Saya mengkaji apa yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz di Kelantan selama 19 tahun dia mentadbir negeri itu mengikut cara dan panduan yang diambilnya dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Awal tahun 2008 saya telah terbitkan buku “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia”, mendedahkan 100 fakta yang dibawa oleh pimpinan Tok Guru Nik Aziz dalam upayanya membangun dan memajukan Kelantan secara Islam.

Dan sekarang saya sedang berusaha, dengan bantuan kawan-kawan, untuk merumuskan teori pentadbiran dan teori pembangunan Nik Aziz itu, yang saya percaya sangat berharga dan boleh memberi manfaat yang besar kepada gerakan Islam sedunia hari ini.

Maka apakah semua yang sangat berharga dan bernilai tinggi ini patut kita musnahkan begitu saja, semata-mata kerana kita mendengar tuduhan yang dibangkitkan oleh pihak musuh, dan kita hendak membuktikan kepada musuh itu bahawa kita tidak bertoleransi dengan amalan rasuah; tanpa terlebih dahulu kita melihat ke kiri dan ke kanan untuk mengenal pasti agenda sebenar yang bersembunyi di sebalik “permainan” itu?

Renunglah kebijaksanaan orang tua-tua kita dulu, yang pernah mengingatkan kita supaya jangan membakar kelambu kerana hendak membunuh seekor nyamuk!

Dan pandanglah ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum membaca tanda-tanda rasuah seperti yang diejakan kepada kita oleh puak-puak yang memang terkenal handal bermain rasuah itu.

Dinsman

Mahathir dan Pak Lah, kedua-dua perlu disiasat


KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, bukan SPRM," katanya.

Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dn laopran siasatan berkenaan diletakkan di bawah biang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi.

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimenuntuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.

Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun.Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya.

Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewenagn dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."katanya.

harakahdaily.net

Kecurian Enjin F-5E memalukan negara- Nik Aziz


Kecurian Enjin F-5E memalukan negara- Nik Aziz

KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kes kecurian enjin kapal terbang F-5E milik Tentera Udara Malaysia TUDM yang heboh diperkatakan boleh mencemarkan imej negara dan pemimpin negara ini.

Menurutnya, kecurian yang telah berlaku tahun 2007 itu bukan sahaja sesuatu yang sensitif, malah turut mencemarkan imej negara ini di mata dunia luar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, injin berkenaan tidak akan dicuri sekiranya tidak mengamalkan rasuah atau melindungi kes berkenaan dari pengetahuan umum untuk tujuan tertentu.

“Senyap ni sebenarnya satu kecelakaan pada rakyat dan kerajaan, kenapa selepas dua tahun perkara itu berlaku yangmana Menteri Pertahanan sewaktu itu dipegang oleh orang lain, baru sekarang terdedah,”ujarnya.

“Betullah kata Tun Mahathir Umno ni perasuah, bahkan ianya sudah buruk sampai ke usus serta tidak boleh dibaiki lagi, macamana sebuah perkara yang begitu sensitif, injin kapal terbang TUDM boleh dicuri,”ujarnya.

Katanya, rayat sebenarnya harus mengakui Umno dan BN sudah tidak mampu mentadbir negara kerana telah terpalit pelbagai masaalah individu, parti, rasuah, korupsi dan seumpamanya.

“Sudah sampai masanya rakyat menghukum pemimpin BN sekarang dengan menolak parti mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau kudis kita naik ke kaki kita boleh berubat, tetapi naik sampai naik ke kaki tak boleh nak ubati lagi macam Umno yang semakin parah, sudah tidak ada gunanya lagi,”ujarnya.

harakahdaily

GILA BOLA!