"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Disember 03, 2009

PANAS!!!PANAS!!!PANAS!!!UMNO KEPANASAN....HAMPIR CAIR YOP!!!






Seluruh jentera UMNO diarahkan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) kerana dianggap sebagai penghalang kepada BN untuk bukan sahaja menawan Kelantan tetapi adalah sebagai dalang akan kemaraan Umno di Semenanjung.

TGNA yang tegas dan tahu niat jahat Umno walaupun cuba berpura-pura untuk berbaik-baik dengan Tok Guru. Selagi ada TGNA selagi itulah BN buntu.

TGNA paling digerun oleh musuh kerana doanya selalu 'diperkenankan'. Lihat sahaja PRU12 yang lalu Tok Guru bersama 30,000 solat hajat dan bermunajat berdoa distadium Kota Baru dengan mengalirkan air mata didalam hujan renyai-renyai telah 'dimakbulkan' dan jika sekiranya solat hajat dan doa diadakan lagi di stadium bersama 30 ribu umat islam tidak tahulah apa kesudahannya.

Diharap TGNA yang masin doanya itu carilah alternatif lain dahulu saperti berunding dan jika tidak juga berhasil cuba dan cuba lagi dan doa adalah iktiar terakhir atau tangguhkan dahulu untuk PRU13.

Ini bukan pasal taksub tetapi ada banyak bukti. PAS mesti 'jaga' Nik Aziz 24 jam.

Umno ikut cara Amerika iaitu cuba ganggu gugat lawan dari luar dan apabila sudah kucar kacir atau kepalanya sudah lemah mudah untuk jatuhkan PAS dan apabila PAS KO, bermakna parti lain dalam PR akan lemah dan apabila lemah BN akan berkuasa 2/3 lagi diPRU13.

Itulah plan B mereka setelah plan A untuk pujuk pucuk pimpinan PAS gagal (walaupun hampir masuk perangkap). Jika plan B gagal mungkin ada plan C dan D pula menunggu sebelum menjelang PRU13.

Pakciklah, Bukit Kecil

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

  1. Pada pendapat saya, doa yang dibuat Nik Aziz, berbalik kepada PAS belaka. Tengok apa jadi pada PAS sekarang? Contohnya hal rasuah, sekarang dah terbukti die sendiri menerima rasuah. Lagi pasal perpecahan parti, skrg PAS sendiri bergolak.
    Bukanke PAS yang kepanasan skrg?

    BalasPadam
  2. belajar muslihat politik leee...pas dah advance

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!