"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Disember 11, 2009

MENGAPA HARTA KITA MELIMPAH-RUAH??!!!



Mengapa Allah wujudkan/anugerahkan golongan 'elit' ataupun 'orang kaya dalam perjuangan Pas?Seperti kita sedia maklum,'orang kaya' dalam Pas ini agak ramai juga.Mereka duduk dalam saf kepimpinan ataupun sering kali berada di barisan hadapan peperangan,tidak kiralah samada perang mengangkat senjata,atau perang menegakkan kalimah Lailahaillah.

Kewujudan golongan yang begitu elit ini sebenarnya bukan untuk bersenang-lenang dengan kemewahan yang Allah kurniakan itu,tetapi perlu diingatkan,melimpah ruahnya 'hadiah' dari Allah itu bukan untuk anda nikmati,tetapi ianya adalah haq mutlak untuk menegakkan Islam di bumi ini.Bukan bermaksud,kita perlu jadi dhaif dan 'sengkek' dek kerana berjuang di jalan Allah.Walaupun kita sedia maklum,dalam sirah nabi sekalipun,sahabat-sahabat nabi berlumba-lumba menginfak harta benda demi melihat Islam menang dan berkembang di tanah arab pada masa itu.

Kita perlu faham,dalam dunia sekarang,Islam itu perlukan 'pengorbanan'.Bukan hanya pengorbanan nyawa,malah harta benda.Sebenarnya,anda yang duduk dalam golongan 'melimpah ruah' ini,wajib mengembalikan semula harta itu pada jalan Allah.Sebagaimana kita sedia maklum,'kerja utama orang mukmin/Islam itu ialah berjuang di jalan Allah,kerja-kerja yang lain,itu adalah sampingan.Sampingan bermaksud bukan tujuan utama kita dihidupkan.Kita dihidupkan bukan untuk mencari harta/beranak pinak sahaja,malah berganda-ganda lebih dari itu kewajipan kita.

Bagi golongan yang agak 'biasa',mungkin agak perit handak mengeluarkan harta yang membebankan,cukup sekadar ada sedikit simpanan,boleh makan dan kekal dalam perjuangan tidak kiralah apa nama perjuangan pun,asalkan gerak kerjanya menuju keredhaan Allah,maka siapa kita mahu menghalangnya.Cuma kebanyakkan golongan yang sederhana ini,mereka sanggup berhabis tenaga dan sedikit wang ringgit,kerana setiap keringat itulah pastinya akan menjadi bukti di hadapan Allah.

Sudah pastilah golongan yang 'elit ini mempunyai kelebihan dari segi harta benda,maka janganlah terlalu berkira-kira apabila mahu berjihad.Jihadlah dalam erti kata sebenarnya.Allah pastinya tidak mahu memenangkan kita yang tidak bersungguh-sungguh mengorbankan harta benda dan tenaga demi agama yang tercinta ini.

Kesimpulannya,samada anda dari golongan 'berlimpah ruah' harta benda ataupun dari golongan biasa ataupun dari golongan miskin,semuanya berperanan dalam memenangkan Islam.Cuma kesedaran dalaman,keinsafan,tawadduk,komitmen,tawakkal itu lebih menjamin ke'izinan' Allah untuk mengurniakan kemenangan yang hakiki.


DPPK Parit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!