"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Disember 03, 2009

Azhar digantung sidang, tidak mahu minta maaf


Ketua pembangkang di DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim dikenakan tindakan gantung daripada sidang dewan itu berikutan insiden "tunjuk punggung". Keputusan itu turut mendorong semua wakil rakyat BN keluar dari dewan. Beliau digantung sepanjang sidang dewan yang akan berakhir esok. Keputusan itu dibuat selepas beliau tidak mahu memohon maaf atas tuduhan menunjukkan punggung kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerjak).

"Saya cuma membongkok untuk ambil beg kerana beg saya berada di bawah, takkan pula saya nak lambung guna kaki dan tangkap, tapi dituduh menunjukkan punggung pula. Inilah satu contoh yang ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak sanggup menerima kritikan," katanya. Azhar menegaskan yang beliau tidak bersalah dan tidak perlu beliau meminta maaf. –Malaysia Today

malaysiatoday

1 ulasan:

  1. Sebelum ini beliau diperintahkan keluar dewan sebab sebut 'dua-tiga kerat kontraktor Melayu'. Semalam nak ambil beg, dikatakan tunjuk punggung.
    Speaker dah tak ade idea le tu.

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!