"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Disember 24, 2009

40 pasukan sertai kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda



KUALA LUMPUR, 24: DisKejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat belia seluruh negara sekaligus membuktikan sukan mampu menarik golongan anak muda.

Kejohanan anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Pusat itu berlangsung meriah di Subang Grand Sports Planet, Subang Jaya, Selangor dan diuruskan sepenuhnya oleh tuan rumah, DACS negeri Selangor.

Sebelum sampai ke peringkat akhir ini, DACS setiap negeri telah memilih empat pasukan terbaik untuk mewakili negeri melalui perlawanan yang diadakan di peringkat negeri masing-masing.

Hasilnya, hampir 40 pasukan mewakili Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan meyertai perlawanan tersebut bagi merebut piala pusingan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Pasukan Wilayah FC A yang mewakili Wilayah Persekutuan muncul sebagai johan perlawanan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1200, piala pusingan beserta piala iringan.

Naib juara pula diraih pasukan Wilayah FC B, juga dari Wilayah Persekutuan dengan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta piala iringan.

Manakala tempat ketiga masing-masing jatuh kepada pasukan Perak dan Pahang dengan wang tunai sebanyak RM300 dan piala iringan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan .

Sementara itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam uapan perasmiannya merakamkan ucapan tahniah kepada DACS Selangor yang berjaya mengadakan perlawanan tersebut dan berharap ianya akan menjadi program tahunan DACS.

Apa yang menarik, program sehari itu bukan sekadar acara sukan namun turut menitik beratkan syiar Islam yang uba ditonjolkan DPPP.

Pihak penganjur telah menyediakan ruang solat di tengah-tengah gelanggang futsal untuk memudahkan semua pemain, petugas dan pangadil mendirikan solat secara berjemaah.

Azan Zohor berkumandang di gelanggang futsal apabila seorang petugas, wakil DACS Pandan, Khusyairi telah melaungkan azan.

Inisiatif ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh generasi muda agar tidak mengabaikan solat walaupun dalam program sukan.

harakahdaily.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!