"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Disember 31, 2009

Pengisian sambutan tahun baru biar tepati kehendak syarak





KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang menelan perbelanjaan besar. Orang ramai diajak berkumpul dan disajikan dengan program hiburan yang mengasyikkan.

Pada sesetengah perhimpunan, keadaan dicemari dengan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang menunggu kedatangan detik 12 tengah malam yang kemudian disusuli jerit pekik kegembiraan kerana kedatangan tahun baru.

Budaya itu semakin menular di kalangan masyarakat terutama golongan muda mudi walaupun sering diingatkan supaya sambutan tahun baru dihiasi dengan program bermanfaat sesuai dengan adat budaya Malaysia.

Sewajarnya sambutan tahun baru itu diraikan dalam suasana harmoni serta semangat perpaduan tanda rasa syukur serta kegembiraan atas kejayaan negara mengekalkan kestabilan serta keharmonian.

Justeru, sambutan yang lebih menjurus kepada aktiviti menyamai sambutan di negara Barat yang cenderung kepada program hiburan seperti konsert besar-besaran atau berpesta di pusat hiburan tidak menjadi ikutan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” – (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang yang rugi.” – (Surah Ali-Imran, ayat 149)

Malangnya ada kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan yang diberikan lantas ramailah daripada kita yang bukan sekadar terbabit dalam upacara sambutan tahun baru malah ada yang menganjurkan, mempromosi dan menggalakkan sambutan itu.

Umat Islam dilarang mengikut budaya sesuatu kaum yang bertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya itu, mereka akan tergolong bersama dengan kaum yang memusuhi Allah seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka.

Sikap sebegini dicela Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa mereka, atau anak mereka, atau saudara mereka, ataupun keluarga mereka.” – (Surah al-Mujaadalah, ayat 22)

Seperti yang sedia maklum, upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta yang dipenuhi perkara berunsur maksiat dan Allah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan terlarang.

Firman-Nya yang bermaksud:

“(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): “Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dulu bersuka ria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).” – (Surah Ghaafir, ayat 75)

Oleh itu, seorang Muslim yang menganjurkan, menghadiri, mempromosi ataupun membantu mengadakan perayaan yang tidak ada landasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru termasuk perbuatan yang melanggar peraturan ditetapkan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). – (Surah al-Maaidah, ayat 2)

Namun begitu, tidak menjadi kesalahan jika setiap kali muncul tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan muhasabah terhadap apa yang sudah berlaku dalam hidupnya dan berusaha membuat perancangan memperbaiki apa juga kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.

Justeru, apabila tibanya tahun baru tidak dilarang untuk seseorang itu menanam azam baru yang positif serta selari dengan syarak dan hendaklah dia bersungguh-sungguh memastikan azam itu menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.

Adalah lebih baik untuk umat Islam mengutamakan tahun baru Hijrah menurut kalendar yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah juga lebih wajar diperluaskan dalam urusan harian seluruh umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!