"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Disember 07, 2009

MALAYSIA DENGAN PASUKAN 1 MALAYSIA


Kekalahan Malaysia kepada Vietnam 1-3,sebenarnya sudah diramal oleh kebanyakkan pemerhati bola sepak Dunia.Kita seperti biasa sentiasa bersikap macam 'budak-budak' sekolah.Apa boleh buat,inilah realiti bolasepak Malaysia.Tidak hairan,pasukan kita tidak digeruni oleh Vietnam,Thailand dan mungkin juga Timor Leste walaupun dibelasah oleh Malaysia.

Sangat sukar menahan perasaan marah,lantaran itu sebagai jalan tidak profesional,baik bertumbuk dengan orang yang menimbulakan kemarahan itu.DPPK Parit tidak hairan langsung dengan perkembangan negatif sebegini kerana berpendapat,era Mokhtar Dahari sudah pun berlalu.Yang ada sekarang ialah penyambung/waris kepada kegemilangan Malaysia.Mengapa boleh terjadi perkara sebegini?


Di padang pengadil merupakan kuasa muktamad.Tidak kira samada ianya betul atau pun tidak pada mata pemain dan penyokong,keputusan telah dibuat.Sepatutnya,pemain muda negara perlu mengawal emosi,jangan terlalu berfikiran singkat.Akibatnya tentu sahaja 1 Malaysia yang malu,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Najib langsung tak ambil 'port' dengan hal-hal sebegini,tetapi sekiranya pasukan negara cemerlang,wah...bukan main lagi nak berucap tahniah.Di mana rasa tanggungjawab sebagai ketua Negara kononnya menyayangi rakyat?

Kembalilah pasukan 1 Malaysia berjuang sendirian,dengan membawa harapan rakyat.Di mana Ketua 1 Malaysianya?Mungkin sibuk dengan masalah kewangan yang semakin menghimpit jiwa?Salam 1 Malaysia...Kita ni negara Malaysia ke ataupun negara 1 Malaysia?Nama baru tu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!