"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Disember 18, 2009

Tahun Baru Hijrah 1431







Telah 1431 tahun Rasulullah akhir zaman menubuhkan negara Islam pertama di Madinah dengan sebuah negara yang mempunyai perlembagaan pertamanya dalam dunia. Asas-asas yang diletakkan oleh Muhammad Rasullah SAW begitu kukuh dan amat demokratik.

Demokrasi bukan bermakna mengikut suara terbanyak. Demokrasi bukan bermakna menegakkan ketuanan bangsa dan puak. Demokrasi ialah mengikut kebenaran dan berpihak kepada kebenaran walaupun ianya terkena kepada diri dan keluarga sendiri apatah lagi bangsa sendiri.

Apakah kebenaran yang menjadi tonggak demokrasi itu? Mungkin kebenaran yang dituntut oleh Komunis bukannya kebenaran dari kaca mata golongan sekular. Mungkin para artis menjalankan aktiviti mereka berdasarkan kebenaran yang mereka fikirkan. Mungkin para bloggers menyuarakan pandangan mereka mengikut kebenaran pada akal mereka. Mungkin para cendikiawan dan pemkir meyuarakan sesuatu yang mereka fikirkan benar mengikut kefahaman mereka. Jadi apakah kebenaran yang menjadi tonggak kepada demokrasi yang diletakkan oleh Muhammad Rasulullah SAW bagi sebuah negara yang baru muncul di Madinah itu?

Kebenaran itu tidak lain ialah yang datangnya daripada Allah, Yang mencipta alam ini dan sedang mentadbir alam ini dengan penuh kebijaksanaan. Allah menempatkan masnusia di dalam dunia ini untuk mansia itu sendiri mentadbir dunia ini sebagai pengganti Allah. Allah telah membekalkan akal dan fizikal yang sempurna kepada manusia dan dibekalkanNya pula satu panduan yang amat lengkap bagi manusia itu sendiri, agar dunia ini penuh dengan kesejahteraan dan kedamaian. Penuh dengan keadilan dan rezeki yang melimpah dari langit dan perut bumi.

Soalnya sekarang, apakah manusia itu setelah diterangkan, yakin bahawa diri mereka dijadikan oleh Allah dan Allah sendiri membekalkan kepada mereka di dunia dan diri-diri mereka dengan bekalan yang membolehkan mereka mentadbir? Apakah manusia itu sendiri yakin bahawa satu panduan lengkap dalam sistem pentadbiran dunia ini telah diberikan melalui Muhammad Rasullah SAW ??

Kerana itulah Allah sendiri mencabar semua manusia dan jin melalui buku yang dibekalkan itu agar mencari dan membuktikan kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalamnya. Kalau manusia dan jin itu mampu membuat seperti yang ada di dalam buku itu, ayuh, ciptakan, lakukan sendiri beramai-ramai. Sehingga kini, manusia dan jin tidak dapat mencipta walauoun satu ayat yang menyerupai al Quran, kitab panduan yang dibekalkan kepada manusia itu.

Jadi kenapa masih sombong untuk menegakkan kebenaran dari fikiran sendiri yang tenyata pula bertentangan dengan kebenaran yang ada di dalam al Quran? Kebenaran adalah dari Tuhan kamu, janganlah kamu menjadi orang-orang yang ragu….. Semoga tahun hijrah yagn baru muncul ini membawa kita bersama-sama berhijrah dalam menegakkan kebenaran Allah kepada diri, keluarga, negara dan dan dunia ini!!

Seri Iskandar Weblog
PENYEBAR MAKLUMAT RAKYAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!