"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, Disember 09, 2009

ANTARA RASIS DAN NASIONALIS



Heboh diperkatakan didada-dada akhbar tuduhan yang dilemparkan oleh Tan Nazri Aziz yang mengatakan Tun Mahathir sebagai seorang yang rasis kerana beliau berpendapat bahawa ‘modul yang ada didalam btn seharusnya tidak rombak sedangkan Tan Sri Nazri aziz sendiri berpendapat modul yang ada tidak selari dengan konsep 1 malaysia yang diperkenalkan oleh Dato’seri Najib. Tun Mahathir menyatakan bahawa nazri seharusnya meninggalkan umno kerana tidak lagi mempunyai pemahaman yang jelas mengenai dasar dan perjuangan umno itu sendiri, beliau menyatakan bagaiamana Nazri boleh menuduh beliau rasis sedangkan dia sendiri mewakili parti yang berteraskan asas perkauman iaitu beradasarkan perjuangan politik nasionalis melayu . Jika berbicara mengenai Nasionalis, satu konsep rasa-rasanya semua orang sudah faham mengenainya iaitu perjuangan yang ‘berteraskan kepentingan bangsa persoalan nya benarkah apa yang diperjuangkan selama ini begitu luhur dan murni untuk kepentingan survivor bangsa melayu itu sendiri atau sekadar satu perjuangan untuk kepentingan peribadi atau kelompok-kelompok (kroni) tertentu sahaja dengan berselindung diatas nama nasionalis sedangkan apa yang dikatakan rasis itu adalah perkara yang sinonim kepada nasionalisme cuma yang membezakan kan ialah bentuk implementasi nya sahaja ,sammada ianya akan diheret kesatu peringkat yang dikatakan rasis yang ekstrem( ekstrem rasisme) seperti yang berlaku di afrika selatan pada satu ketika dahulu , apabila dasar menindas kaum kulit hitam dilaksanakan di atas satu alasan iaitu untuk menjaga survivor bangsa kulit putih .
Sebenar nya tidak timbul soal antara rasis dan Nasionalis ,kerana kedua-duanya merupakan perkara yang sama tidak punyai perbezaan. Konsep Nasionalis itu sebenarnya sudah tidak relevan tidak kira diperingakat nasional atau Global .Dunia hari ini mencari titik kebersamaan ,bukan lagi bergantung kepada satu konsep keberasingan yang sudah lapok yang dinamakan nasionalis itu ,dunia moden ini telah masuk kedalam satu era yang dikatakan (Neo coalition ) lihat sahaja bagaimana perkembangan politik dunia ,bermula dengan keruntuhan tembok berlin dan keujudan Kesatuaan negara-negara eropah (eu ) dan mereka terus titik persamaan dan mengujudkan kerjasama yang lebih mendatangkan manafaat . Dalam konteks kita dimalaysia rasa nya tidak perlu lagi kita bergan tung kepada nasionalis tua seperti Tun Mahatihir itu yang dilihat sepatut nya dijadikan bahan arkib sejarah sahaja atau kepada opportunis muda seperti Nazri Aziz
yang cuba membina reputasi untuk kepentingan politik peribadi .Kita perlu melihat kehadapan kerana survivor bangsa kita tidak perlu ditentukan oleh sifat nasionalis yang keterlaluan kerana hanya ada satu bangsa sahaja yang bersifat sedemikkian, atau kita mahu jadi seperti mereka (yahudi) yang meniupkan api permusuhan dan melakukan penindasan atas nama bangsa.Alangkah baiknya kalau kita memilih alquran dan sunnah itu sebagai titik penyatuan bukan memilih nasionalis yang kita tidak tahu entah dari mana.


Botaman(dppk parit)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!