"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Disember 18, 2009

PERSAINGAN IDEALISME












Bila berbicara soal politik tentu sahaja persoalan idealisme merupakan perkara pokok dalam membentuk momentum persaingan di arena politik itu sendiri. Pemimpin-pemimpin politik perlu tampil dengan idea-idea baru yang mempunyai kapasiti sendiri
dalam memacu halatuju politik sesebuah parti atau negara.Sifat idealisme itu biasanya mengambar kan keupayaan seseorang kepimpinan itu dan parti yang diterajui nya .Inilah yang perlu nilai oleh pemain-pemain politik dalam menentukkan bentuk permainan dan persaingan kerana rakyat sebenarnya membuat justifikasi berdasarkan sesuatu yang dilihat praktikal walaupun kadang-kadang mereka terlupa memikir kan tentang implikasinya pada masa hadapan .
Tun Mahathir dizaman kemuncak kerjaya politiknya dilihat sebagai pemimpin negara yang berjaya membina reputasi dengan menampilkan idea-idea yang punyai kapasitinya tersendiri walaupun kadang kala menimbulkan kisis dan kontroversi .Beliau merupakan seorang pemimpin negara yang banyak menampilkan idea-idea baru dizamannya .Memang sesuatu yang idelis itu perlu dilihat melalui penampilan yang berbeza. Bemula dengan idea yang bersifat teknokratik melahirkan kereta nasional pertama negara hinggalah kepada sesuatu yang bersifat mega
projek seperti Klia sepang ,Putra Jaya , KLCC ,Bakun dan akhirnya bukan sahaja berjaya membina reputasi tetapi telah mencetuskan krisis kewangan tahun 1997 akibat pengaliran
wang keluar mata wang negara yang begitu banyak sehingga memberi kan ruang kepada opportunis-opportunis ekonomi seperti George soros memanupulasi mata wang negara .
Walaupun negara menghadapi tekanan ekonomi yang begitu hebat pada masa itu ,Tun mahathir berjaya mengurangkankan tekanan ekonomi dengan melaksanakan dasar menambat nilai mata wang negara . Itu adalah antara keupayaan memimpin yang ditonjolkan oleh Tun Mahathir dan menjadi kekuatan kepada umno pada masa itu ,tetapi akhirnya Tun Mahathir terpaksa mengundurkan diri secara langsung dari arena politik bukan kerana pelaksanaan dasar ekonominya kontroversi itu atau kerana berlakunya krisis kewangnan tetapi kerana korupsi dan salah guna kuasa yang ditentang oleh timbalan perdana menteri pada ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim dan kemudiannya menjurus kepada satu pembentukkan fenomena politik yang dinamakan gerakan reformasi . Sememang Tun Mahathir telah berjaya mecipta legasi politiknya tersendiri ,itulah adalah hakikat yang terpaksa kita akui sehigga kehari ini kerana apa yang ditinggalkan oleh beliau terus menjadi talian hayat kepada umno dan modal politik mereka.(legasi ).
Untuk menandingi Tun Mahathir dizamannya adalah terlalu sukar kerana sifat idealisme nya itu betul-betul berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat cuma kegagalan berliau melaksanakan pembunuhan karektor (character assassination) terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim menyebabkan berlakunya mobilisasi minda dikalangan rakyat yang kemudiannya membentuk dimensi politik baru didalam negara.
Bila berlaku perubahan kuasa ditampok kepimpinan negara ,kita melihat bagaimana sifat idelisme sesorang pemimpin itu begitu memainkan peranan dalam mendapatkan sokongan rakyat. Kerajaan yang dibentuk dibawah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadari dilihat telah gagal dalam
memberikan sesuatu yang idealis kepada rakyat menyebabkan Barisan Nasional kehilangan 5 negeri kepada kerajaan Pakatan rakyat pada pilihanraya yang ke -12 yang lalu, akhirnya kepimpinan BN / Umno itu diserahkan Dato Seri Najib Tun Razak maka dengan itu bermualalah satu bentuk persaingan yang baru .Bermula dengan reputasi yang begitu buruk kerana ada yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia. Kini konsep satu Malaysia itu telah digerakkan dengan begitu agresif dijadikan sabagai brand politik (political Brand)dan mula telah menyerap masuk kedalam masyarakat.Konsep yang dilihat cuba memberikan saingan kepada konsep politik yang dibawa oleh pakatan rakyat sebagai satu(neo coalition ) gabungan politik baru yang mampu memberikan saingan dan menggantikan Barisan Nasional sebagai sebuah gabungan politik yang menerajui Malaysia selama lebih 50 tahun.
Apa yang dikatakan persaingan idealisme itu kini bergerak dan berkembang dengan begitu pantas sekali kerana kondisi politik yang telah berubah dimana pakatan pembangkang telah menguasai beberapa negeri dan mampu melaksanakan dasar dan dan idealisme mereka didalam pentabiran negeri –negeri yang dikuasai .Apa yang mahu dilihat oleh rakyat bukan sahaja idea-idea yang berbentuk teknokratik semata-mata tetapi lebih kepada idea-idea berorientasikan sosial dan ekonomi ,lebih –lebih lagi untuk menghadapi permasalahan global yang semakin meruncing dari segenap sudut terutama masalah yang melibatkan kemorosotan ekonomi.Dari konteks ini Malaysia sendiri terpaksa bergelut untuk mendapat pelaburan Luar ( FDI )terpaksa bersaingan dengan negara-negara dunia ketiga seperti Vietnam ,kemboja,loas dan mymar malah untuk menyamai kadar kemasukan pelaburan asing kenegara –negara tersebut juga kita telah gagal . Ini antara contoh fakta-fakta yang perlu diambil kira selain fakta-fakta lain yang mencetuskan persaingan idealisme itu kerana politikal idealis itu juga perlu menguasai persoalan sosial dan ekonomi.
Najib dengan idea dan brand politik satu Malaysia itu begitu serius melahirkan produk-produk politik , dengan promosi yang begitu hebat dan produk politik yang begitu mahal hingga mencecah berbilion ringgit sesuatu yang menjanjikan (tough competition) persaingan yang sengit kepada (political rival ) saingan politik (pakatan rakyat) beliau .Sebagai contoh pasukan F1 Satu Malaysia , sebenarnya kita tidak perlu persoalkan berapa harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat tetapi renungkan bagaimana
satu idea yang dibayar dengan harga yang mahal itu dapat memberikan promosi yang cukup hebat kepada politik najib selain kita tidak menafikan impak ekonomi terhadap sesuatu yang seumpama itu .Mereka bukan sahaja bekerja dengan keras untuk melahirkan
produk politik ( political produk ) yang besifat teknokratik semata-semata malahan juga
produk-produk politik yang berorientasikan sosial dan pendidikan .Najib mempunyai permata negara ,yang diuruskan oleh rosmah mansor dan yang terbaru Umno juara Rakyat satu lagi produk khas untuk menghadapi pilihanraya yang ke -13 . Persoalan utama yang harus dibincangkan sekarang apakah produk –produk politik yang harus dihasilkan oleh Pakatan untuk ditawarkan kepada rakyat bagi menyaingi produk –produk yang ditawarkan oleh Umno dan barisan Nasional didalam pasaran politik negara .
Mungkin ada yang memberi jawapan Selangor dengan agenda merakyatkan ekonomi ,Bagaiman pula dengan Perak ,Kedah , Pulau –Pinang . Ini yang akan menjadi persoalan didalam benak dan pemikiran rakyat .Kalau Umno telah menampilkan moto Umno juara rakyat sebagai landasan gerak kerja mereka untuk
‘menghadapi PRU ke -13 bagaimana dengan ,,,,?sebenarnya rakyat tertunggu tunggu apakah Brand dan produk-produk politik yang bakal ditawarkan kepada mereka .
Kalau kita tenung betul-betul yang penting ialah apa yang dikatakan promosi dan improvasi idea itu perlu berlaku dengan melihat kepada perspektif yang berbeza.Rosmah dengan idea Institusi Permata Negara nya itu sebenar telah ketinggalan hampir 20tahun kalau hendak dengan dibandingkan dengan Institusi Pasti itu sendiri, cuma yang kurang ialah promosi dan improvasi .
Dalam konteks produk –produk politik pemuda pas perak telah menampak sedikit pencampaian melalui pelancaran “ Orang Muda Geng Kita” yang dijadikan landasan gerak kerja untuk melahir produk-produk politik bagi menghampiri golongan muda , tetapi usaha seumpama ini perlu dijadikan agenda yang berterusan . Mungkin apa yang diusaha kan selama ini oleh bekas Ketua Pemuda Pas Pusat yang dikatakan” era engagement "itu telah mula membuahkan hasilnya sekarang , ada yang berkata pemuda pas perak tidak dikenali secara peribadinya tetapi apa yang dilakukan oleh mereka ialah memperkenal kan pemuda pas itu sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ,satu usaha yang baik dan seharusnya diberikan sokongan .
Jelas sekali persaingan politik itu bermula dengan persaingan idealisme dan tahap persaingan itu semakin meningkat hari demi hari .Untuk terus berada dalam keadaan yang kompetetif ,perlu ada idea yang dicetuskan dan dilaksanakan setiap masa kerana hari ini maklumat bergerak dengan begitu pantas .Segala penumpuan
dan tenaga harus dipusatkan bagi menentukan kita terus relevan didalam arus politik semasa.


Botaman (dewan pemuda pas parit)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!