Jumaat, Disember 11, 2009
Bimbang sistem sosial semakin buruk
TEMERLOH, 11 Dis: Negara sedang mengalami masalah sosial yang semakin buruk akibat daripada keruntuhan sistem sosial dalam masyarakat yang turut menyerang kehidupan pemimpin yang akhirnya mereka tidak lagi boleh dijadikan contoh dalam masyarakat.
Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ketika berucap pada program Jom Sertai PAS anjuran PAS Kawasan Temerloh, di kampung Sungai Kepong, dekat sini, semalam.
"Saya berasa sangat bimbang dengan keruntuhan moral yang berlaku dalam masyarakat. Lebih membimbangkan kita apabila pemerintah Umno BN tidak berminat untuk menyelesaikannya. Malahan, dikalangan pemimpin mereka juga turut terlibat dalam amalan rasuah dan penyelewengan,” katanya
Tambah Tuan Ibrahim, kemelut sosial yang berlaku dalam negara ini adalah disebabkan oleh pemerintah tidak memandang serius masalah tersebut kerana terlalu berfikiran metarialistik
"Semua perkara kalau mahu dilihat dengan kebendaan sudah tentu merosakkan. Sebab itu masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat seperti bunuh diri, pergaulan bebas, murtad semakin parah kerana masalah tersebut tidak menjadi keutamaan oleh pemerintah.
"Lebin memburukkan keadaan bila institusi kepimpinan yang bermula dari ketua keluarga hinggalah kepada kepimpinan negara tidak boleh dijadikan contoh akibat daripada meninggalkan ajaran agama dan terlibat dalam amalan maksiat dan kemungkaran,
"Bagaimana anak-anak mahu mencontohi ibu bapa jika mereka tidak bersembahyang serta melakukan maksiat. Bagaimana rakyat boleh jadi baik jika pemimpin melakukan rasuah, tidak amanah. Sebab itu masyarakat kita semakin rosak pada kadar yang sangat membimbangkan,"katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.