"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Disember 31, 2009

GERHANA BULAN SEPARA JUMAAT INI-JAKIM


PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – Bernama

2 ulasan:

  1. Sewaktu kita digalakkan untuk menunaikan solat sunat khususf sempena gerhana bulan dan selepas hanya 2 jam lebih kita menyambut tahun baru, ramai dikalangan kita berpesta dengan amalan-amalan jahiliyah di Dataran Merdeka.

    Kalau dahulu pada awal tahun 2007, selepas beberapa hari berlakunya tsunami pada 26 disember memimpa, kita menginsafi dengan bala tersebut sebagai peringatan ALLAH. Kini kita lupa lagi, nampak nya iman kita semakin lama semakin merudum. Tak kan lah bila terhantuk baru mengadah. Ingat-ingat lah bala ALLAH akan ditimpakan kepada sesiapa yang meninggalkan amal makruf dan nahi munkar. Kalau lah begini budaya kita setiap tahun, nampaknya perlunya penghisaban daripada ALLAH pada setiap tahun, barulah iman kita selalu maintain.

    Sepatutnya kita menginsafi dengan memerhati dengan mata hati segala fenomena alam ini sebagai tanda kebesaran ALLAH, dan betapa kerdilnya kita di sisiNYA. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita dan tingkat iman di dada. Wahai manusia, cubalah baca tentang kisah-kisah di dalam Al-Quran mengenai sejarah-sejarah ummat terdahulu yang ditimpa bala kerana meninggalkan suruhan ALLAH dan mengamalkan budaya-budaya mingkar lagi terkutuk di sisi ALLAH. Hari ini tanggal 30 Disember 2009, ada pula bayi dibuang. Astaghfirullah Azim, ini juga bala daripada ALLAH. Ya, memang tahap akhlak masyarakat kita sama seperti orang-orang Jahiliyyah dahulu.

    Siapa yang nak dipersalahkah? Rakyat? pemerintah atau ahli politik? Kalau dalam sesebuah keluarga, ibubapa dianggap sebagai pemerintah manakala anak pula sebagai rakyat. Kedua-duaya perlu memainkan peranan untuk mewujudkan kerajaan atau keluarga yang sejahtera iman, islam dan akhlaknya. Soalnya, diantara anak dan ibubapa siapa yang lebih besar dan diutamakan tanggungjawabnya.

    Sama-samalah kita fikirkan....

    BalasPadam
  2. Perhatikan Hadis ini : “إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)

    Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!