"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Februari 01, 2010

Getah skrap mampu cecah RM10 sekilo-bernama


mPihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan RM300 juta untuk penanaman semula getah membabitkan kawasan seluas kira-kira 30,000 hektar di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata peruntukan itu merangkumi pelbagai bantuan untuk pekebun kecil menjalankan penanaman semula termasuk baja dan anak pokok getah.

Di Kelantan sahaja Risda memperuntukkan sejumlah RM45 juta bagi penanaman semula getah melibatkan kawasan seluas kira-kira 3,300, katanya kepada pemberita Pasir Mas, malam tadi.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis penyerahan van jenazah sumbangan anak syarikat Risda iaitu Risda Fleet Sdn Bhd di Masjid Mukim Makmur, Lati di sini.

Wan Mohamad Zuki berkata harga getah skrap kini ialah antara RM4 hingga RM5 sekilogram dan mampu mencecah RM10 sekilogram mengikut kualiti tertentu.

"Kita menjangkakan harga getah akan terus kukuh memandangkan permintaan untuk bahan mentah itu semakin meningkat," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!