"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Februari 15, 2010

Mangsa Penculikan Di Tumbagaan Filipina?


WALAUPUN beberapa orang perunding yang pernah berkhidmat kepada negara membebaskan tebusan Abu Sayap dalam kes Sipadan dan Pandanan telah berlepas ke Siasi, Filipina sebelum ke Pulau Tumbagaan; namun Pihak Berkuasa Malaysia masih percaya bahawa mangsa dan penculik masih bersembunyi di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna.

Seorang perunding yang dikenali sebagai MYH ketika menghubungi Sabahkini.Net berkata beliau telah berjaya menghubungi seorang Gabenor di Filipina Selatan dan sedang membantu beliau mengesan mangsa yang dipercayai berada di sebuah perkampungan di Pulau Tumbagaan, berdekatan Pulau Languyan dan Pulau Ubian Selatan.
MYH mengakui, beliau telah memaklumkan perkembangan mangsa penculikan tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussin dan Menteri Pertahanan, Datuk Zahidi Hamidi sebelum berlepas ke suatu destinasi sulit di Selatan Filipina.

“Kita mungkin telah menemui mangsa culik setelah seorang Gabenor memaklumkan penemuan dia lagi mangsa culik berbangsa Suluk di Tumbagaan. Bagaimanapun kita akan kenalpasti dahulu sama ada dakwaan tersebut benar. Kita akan berusaha sedaya upaya menyelamatkan mangsa,” ujar MYH yang mengakui masih belum menerima sebagai isyarat daripada penculik.

Sebelum ini, MYH bersama beberapa orang pemimpin Sabah terlibat sebagai jru perunding membebaskan mangsa penculikan di Sipadan dan Pandanan; namun kali ini dipercayai dilakukan kumpulan lain yang belum dapat dikenalpasti sekalipun modus operandi hampir serupa.

MYH bagaimanapun enggan mendedahkan Gabenor mana yang membantu beliau dan pelan tindakan lanjut kerana bimbang disalah tafsir oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

“Kita tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi dan kini masih dalam peringkat perundingan. Biar Polis dan Tentera jalankan tugas mereka di Semporna dan kita guna cara kita agar masalah ini selesai dan mangsa dapat diselamatkan,” ujar MYH lagi.

Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)
-sabahdaily-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!